Isnin, 22 Mac 2010

BUKU PENGANTAR ILMU HAKIKAT - Alfakirabdillahabdullahalgemasi

PENGANTAR ILMU HAKIKAT
Apakah hakikat anda itu ?


Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu
Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad
Alinsanu Sirri Wa Ana Sirruhu


Oleh

AL-FAKIR ABDILLAH ABDULLAH
AL-GEMASI



PEMBUKA KATA

Saudara Pembaca,

Maka diwujudkan oleh Allah apa yang disebut sebagai ILMU HAKIKAT. Ini adalah kerana Allahlah Yang Memilikki ILMU itu dengan Sifat ALIMUNNYA. Yang ada pada kita hanya TAHU atau PENGETAHUAN yang amat sedikit. Itupun dari Allah jua. Jika tiada diberiNya kita Sifat Ilmu itu maka kekallah kita menjadi manusia BODOH dan DUNGU.

Tiada siapa umat pun berani mengatakan bahawa Ilmu Hakikat milik Allah itu SALAH, SESAT, TIDAK BENAR dan MENYESATKAN kerana Allah itu Maha Benar dan Maha Mengetahui.

Tetapi apabila disebut sahaja bahawa Ilmu Hakikat itu jugalah ILMU MENGENAL DIRI maka ramailah yang mengatakan ianya Ilmu Sesat, Ilmu Yang Tidak Benar malah Ilmu Yang Menyesatkan. Kenapa begitu ? Kerana mereka mereka itu BUTA dan PEKAK. Buta kerana dibutakan. Pekak kerana dipekakkan. Siapa yang membuta dan memekakkan mereka ? Allahlah siapa lagi Yang Berkuasa ? Mereka buta kerana tidak mahu mencari dan membaca Hadith Qudsi. Tidak mahu membaca Al-Quran dalam ertikata menggali ilmu dari Kitab Suci itu. Mereka pekak kerana tidak mahu mendengar Kebenaran.

Ironi yang malang ialah telah menjadi lumrah sebahagian manusia pula, suka kepada benda benda dan perkara perkara yang dikatakan sesat dan tidak benar itu. Maka ramai juga yang meminatinya dan ingin mempelajarinya. Oleh kerana ianya dianggap sesat maka adakah orang yang berani mengajarkan ilmu sesat ini dimasjid masjid, disurau surau, diinstitusi ilmu atau membicarakannya didalam majlis majlis ilmu seperti Seminar, Forum Perdana dan sebagainya ?

Kita katakanlah ilmuan-ilmuan yang membicarakan ilmu yang mereka anggap benar adalah LEBAI LEBAI BESAR. Itu yang bertaraf rendah. Yang bertaraf tinggi kita katakanlah mereka mereka itu adalah ULAMA’ ULAMA BESAR.





Maka dimanakah orang yang berhajat untuk menjadi Lebai Kecil ingin mempelajari Ilmu Sesat yang diminatinya itu ? Hanya orang gila berminat belajar ilmu sesat. Itulah yang perlu kita beritahu kepada Lebai Lebai Kecil ini.

Saudara Pembaca !

Orang gila tidak tahu dia sesat. Kalau dia tahu maka bertambah gila dan sesatlah dia. Oleh itu dengan Kudrat Iradat dan Sifat IlmuNya Yang Agung digerakkannya aku yaitu penulis yang menamakan dirinya sebagai SiFakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi untuk menulis Risalah Kecil ini bagi memperkayakan lagi bahan bahan ilmu sesat yang nyata terlalu miskin. Ianya ditulis dengan niat dapat membantu orang sesat keluar dari kejahilannya yang menyebabkan kesesatan itu.

Adalah diharapkan Risalah Kecil ini dapat membantu anda dalam keinginan mencari ilmu yang dikatakan sesat itu. Ini adalah kerana Kesesatan itu pada pandangan penulis adalah disebabkan Kejahilan sesaorang tentang dirinya sendiri. Maka carilah DIRI HAKIKI anda untuk membantu supaya anda tidak sesat.

Namun begitu penulis INGIN MEMBERI AMARAN kepada orang yang menganggap dirinya benar . ANDA TIDAK BOLIH MEMBACA Risalah ini. AMARAN ini juga ditujukan kepada orang orang yang menganggap dirinya lebih islam dari saudara seagamanya. Takut takut Kesesatan ilmu ini akan menjadi orang benar itu menjadi gila yaitu GILA ISIM dan orang yang mengaku lebih Islam dari orang lain itu menjadi fasik hingga menjadi zindik. Maka taraf lebihnya itu akan menjadi milik orang lain pula.

Wabillah Hi Taufik Wal Hidayah. Selamat membaca dan Selamat faham.

Yang benar tetapi dikatakan sesat,

AL-FAKIR ABDILLAH bin ABDULLAH AL-GEMASI
10hb Ogos 2006.




BAB DUA

MEMPERKATAKAN HAKIKAT

DEFINASI HAKIKAT

Hakikat bermaksud apa yang sebenarnya berkaitan sesuatu perkara itu. Boleh juga dikatakan “substance “ sesuatu benda atau perkara itu. Jadi ianya ialah apakah sebenarnya sesuatu perkara itu. Ianya juga berkaitan dengan sesuatu yang asli, dan sesuatu yang kekal yang disebut sebagai hakiki.

DEFINASI ILMU HAKIKAT

Ilmu Hakikat merupakan salah satu cabang Ilmu Agama Islam. Baginda Rasullullah banyak merujuk tentang ilmu ini dalam Hadith Hadith baginda. Namun begitu orang orang yang menentang Ilmu Hakikat akan mendakwa bahawa Hadith Hadith itu sama-ada palsu atau daif. Begitulah sifat orang yang menentang kebenaran.

Apa yang ditulis didalam Risalah Kecil ini merupakan intipati intipati Ilmu Ilmu Hakikat ini merupakan salah satu cabang Ilmu Tasuf Islam. Ianya menumpukan kepada Hakikat Manusia yang dirujuk sebagai Insan, Hakikat Alam Mayapada ini dan juga Hakikat Zat Wajibul Wujud yaitu Allah Tuhan yang menciptakan kesemuanya. Tumpuan utama ialah dalam hal hal Mengenal Allah atau Makrifatullah dan kaitan Rahsia Allah dengan Diri Sebenar manusia itu.

Berlandaskan satu Hadith Qudsi yang menegaskan bahawa sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Allah Tuhannya, maka Ilmu Hakikat ini juga dirujuk sebagai Ilmu Mengenal Diri.





ADAKAH ILMU HAKIKAT atau ILMU MENGENAL DIRI ITU ILMU YANG BENAR, TIDAK DIMURKAI DAN TIDAK SESAT ?

Pertelingkahan ilmu antara Ahli Feqah yang menggelarkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan Ahli Tasauf telah bermula seawal abad ketiga Hijrah dan telah terus berlarutan hingga kehari ini, zaman kita ini.

Oleh kerana mereka mereka yang mendakwa diri sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah itu merupakan pihak majoriti dan selalunya merupakan pihak berkuasa atau pemerintah, maka ramai juga umat Islam dahulu dan sekarang yang beranggapan bahawa Ilmu Mengenal Diri ini sesat dan menyesatkan. Ramai pula diantara mereka mereka itu bertaraf ulama’. Kita merujuknya sebagai Ulama’ Syariat atau Ulama’ Feqah.

Penulis ingin menegaskan kepada pembaca bahawa Ilmu Hakikat ini merupakan satu bidang Ilmu Islam seperti Ilmu Feqah dan Ilmu Syariat jua. Ianya merupakan Ilmu Syariat Batin atau boleh kita katakan peningkatan ilmu kepada tahap yang lebih tinggi dan lebih mendalam dari Ilmu Syariat biasa yang kita rujuk sebagai Syariat Zahir.

Seperti Ilmu Islam yang lain ianya juga berlandaskan Dalil Dalil NAQLI dan Dalil Dalil AQLI. Terdapat banyak Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith baik Hadith Qudsi mahupun Hadith Biasa yang menjadi asas asas dan hujah hujahnya.

Ada ramai ulama’ ulama ‘ yang menulis banyak kitab kitab berkaitannya. Dan ramai diantara ulama’ ulama ‘ ini yang ada susur galurnya menuju Rasullullah melalui Sayyidina Ali dan keturunan keturunannya. Malah Sultanul Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani membincangkan Ilmu Hakikat ini secara khusus didalam kitab SIRRUR ASRAR nya. Jadi jika orang bertaraf Sultanul Aulia’ mengakui kebenaran Ilmu Hakikat ini, bagaimana pula ulama’ ulama’ bertaraf manusia biasa boleh menghukum ilmu ini sesat dan menyesatkan ? Pembaca fikirkanlah sendiri.






ILMU AGAMA ISLAM ITU BERTINGKAT NAIK SEPERTI JUGA KEHIDUPAN MANUSIA DIDUNIA INI BERTINGKAT-TINGKAT.

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa kehidupan kita didunia ini penuh dengan tingkatan tingkatan, atau tahap tahap atau level level atau “ hierachy “. Itulah Keagungan, Keindahan dan Kesempurnaan Penciptanya, Allah SWT.

Begitu jugalah halnya dalam hal menuntut ilmu. Kita bermula dari Sekolah Rendah sebagai asas, meningkat ke Sekolah Menengah sebagai tengahnya, kemudian meningkat lagi hingga ke Kolej atau Universiti sebagai matlamat akhirnya.

Dalam proses peningkatan ini penyingkiran berlaku dimana jumlah atau kuantiti akan terus berkurangan hingga dari segi pekerjaan yang berlandaskan pencapaian ilmu maka adalah lebih ramai kerani dari pegawai dan lebih ramai buruh / pekerja dari jurutera.

Dan akhirnya didalam kehidupan kita didunia ini kita dapati adalah lebih ramai orang susah dari orang kaya dan orang yang kaya raya adalah lebih sedikit dari orang yang kaya.

Kita juga dapati dalam sistem kehidupan didunia, tingkat tingkat itu saling perlu memerlukan dalam erti sering landas berlandaskan, dimana yang ramai atau yang dibawah itu menjadi asas kepada “ hierachy” atau piramid kehidupan itu.

Begitu jugalah halnya dalam Ilmu Agama Islam kita. Ilmu asasnya ialah Ilmu Syariat atau Ilmu Feqah sepertimana Sekolah Rendah menjadi asas kepada sistem pendidikan akademik kita. Kemudian sesaorang muslim itu wajar pula meningkatkan pengetahuan agama dengan mempelajari dan mengamalkan ILMU TARIQAT, seterusnya belajar dan mengamalkan Ilmu Hakikat dan akhirnya Ilmu Makrifatullah. Pada penulis Makrifatullah itu

bukanlah ilmu yang boleh dipelajari tetapi ianya merupakan matlamat ilmu dan matlamat mengamalkan ilmu. Jadi ianya adalah kemuncak pencapaian ilmu dan amalan.

KENAPA ORANG ISLAM TIDAK SUKA MENDALAMI ILMU AGAMA.

Pada hakikatnya itulah Kehendak Allah kerana asas itu hendaklah pihak yang ramai itu. Yang lain merupakan perkara khusus hingga ketahap khusus lagi khusus.

Namun begitu umumnya umat islam amat berpuashati dengan hanya mengetahui perkara asas agama yaitu Rukun Iman dan Rukun Islam sahaja. Pada mereka tidaklah perlu mendalami ilmu agama. Yang penting ialah beramal ibadah sebanyak dan sebaik mungkin kerana amal ibadah inilah yang membuat mereka tidak dihumbankan keneraka sebaliknya akan mendapat nikmat syurga. Inilah yang dikatakan DARAJAT.

Yang demikian ramailah umat islam pada hari ini berpendapat bahawa membaca Al-Quran itu hanyalah dengan “ mengaji “ dan melagukan Al-Quran kerana pahalanya banyak. Tidaklah perlu dibaca dan dikaji Al-Quran itu untuk menggali ilmu Ketuhanan apatah lagi ilmu dunia. Dalam hal ini memanglah benar bahawa kitab Al-Quran itu telah mereka sucikan dengan menyimpan didalam almari sahaja atau membacanya dimalam jumaat atau dimalam malam bulan Ramadhan untuk mendapat pahala sebanyak mungkin.

Mereka sembahyang kerana takut berdosa dan inginkan syurga sedangkan Allah telah memberi ingatan bahawa SOLAT itu amat berat sekali bagi mereka yang mengerti. Allah juga memberi amaran paling keras kepada mereka yang lalai dalam sembahyangnya. Tempatnya ialah Neraka Wail dan hadiahnya adalah sumpahan CELAKA dari Tuhan mereka. ( Celakalah bagi orang yang lalai didalam sembahyang mereka )

Peringatan ini ditujukan kepada mereka YANG LALAI DIDALAM SOLAT mereka dan BUKANNYA kepada mereka YANG LALAI SEMBAHYANG atau tidak sembahyang. Wahai pembaca fahamilah ayat ini betul betul.

Penulis ingin bertanya kepada para pembaca secara ikhlas. Adakah benar bahawa kelalaian dalam sembahyang itu berlaku semasa anda membaca Fatihah dimana ketika anda membaca Fatihah itu, bermacam macam lintasan fikiran berlaku dibenak anda ?







Jika ini benar, maka sembahyang anda adalah tidak khusu’ dan telah diberi tanda pembatalan oleh Allah dengan adanya lintasan lintasan fikiran tadi ketika anda membaca Fatihah. Fatihah itu adalah INTI kepada sembahyang anda. Fikirkanlah sebabnya dan dalamilah ilmu agama anda wahai saudaraku untuk mendapat jawapannya agar solat anda diterima Allah kerana khusu’. Penulis ingin bertanya bahawa adakah dikatakan ikhlas jika anda berbuat sesuatu untuk mendapatkan balasan ? Balasan pahala dan syurga ?

Mereka sebenarnya terlupa tentang HUSNUL KHATIMAH & SUUL KHATIMAH yaitu hak memberi pahala & syurga atau hak menghukum dosa dan neraka adalah Hak Mutlak Allah Taala’ . Mereka juga tersilap faham bahawa mereka sepatutnya bergantung kepada Allah Tuhan mereka dan bukannya bergantung kepada amal mereka. Puncanya ialah mereka tidak faham akan konsep TAUHID sebenar yang berlandaskan NAFI & ISBAT dimana pada hakikatnya manusia itu tidak dapat berbuat apa-apa pun, kesemuanya adalah AF’AL atau kelakuan Allah dengan menjadikan manusia itu sebagai sandarannya sahaja. Allah berFirman : Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu ( baik buruk atau baik ) tetapi manusia itu ego dan masih juga mengatakan aku yang berbuat. Allah itu Tuhan aku ini hambanya.

Apabila pihak yang menguasai “ pemerintahan agama “ terdiri dari ulama ulama Feqah maka kesedaran dan peluang untuk mendalamai Tauhid & Aqidah sebenar terbantut akibat hukum sesat pada Tarikat apatah lagi Ilmu Hakikat. Maka berterusanlah kehendak Allah akan kekuatan asas Ilmu Agama dimana golongan syariat kekal ditahapnya kerana kejahilan yang sebenarnya merupakan SESAT yang mereka dakwa itu. Sesat itu ialah kejahilan.

Selanjutnya ramailah umat islam yang bergantung pada amal dan bukan kepada Allah. Ramailah umat islam yang tidak mengerti apakah yang dikatakan Nafi & Isbat kerana mereka sangatlah yakin bahawa merekalah










yang berbuat. Merekalah yang berusaha, merekalah yang pandai , merekalah yang berjaya dan mereka jugalah yang sembahyang, puasa, menunaikan rukun haji, berzakat dan sebagainya.


BAB TIGA

SEDIKIT BERKAITAN TASAUF

SEKOLAH SEKOLAH / ALIRAN ALIRAN DALAM ILMU TASAUF

Sekurang-kurang ada dua aliran fahaman dalam Ilmu Tasauf itu sendiri.

Pertamanya ialah apa yang disebut sebagai Tasauf Sunni Al-Ghazali, mengambil nama pelopornya Imam Ahmad Al-Ghazali. Sesuai dengan tujuannya yaitu untuk meredakan perbalahan ilmu antara Ahli Feqah dan AhliTasauf dan mendapatkan penerimaan Ahli Feqah, Imam Al-Ghazali mengutarakan perkara perkara penyucian batin dalam hampir semua karangannya dalam usaha sesaorang muslim itu untuk Mengenal Allah SWT.

Beliau lebih bertumpu kepada pembersihan jiwa dari tahap Nafsu Terendah yang dirujuknya sebagai Nafsu Ammarah kepada Nafsu yang Suci Bersih yang dipanggilnya sebagai Nafsu Al-Kamilah atau Insan Kamil. Imam Ghazali berpendapat sesaorang salik itu akan mendapat Nur Cahaya Ilahi didalam hatinya yang membolehkannya melihat Tuhan dalam Fana’ atau Mabuk Ketuhanan pada tahap Tauhid Peringkat Tertinggi. Cara pencapaiannya hanya satu yaitu mengikut methodologi Tariqat melalui zikir zikir yang dibimbing oleh Murshid sesuatu Tariqat itu dan melalui amalan amalan pembersihan jiwa dari sifat sifat yang tercela.

Namun Imam Ghazali menegaskan bahawa terdapat kesamaan antara makhluk dengan Khaliknya tetapi perkara ini tidak boleh dibincang didalam kitab tanpa mendatangkan kesalahan ( kepada orang Feqah ). Oleh kerana itu katanya biarlah ianya hilang dalam tumpukan debu hingga ditemui sendiri oleh orang yang mencarinya.

Aliran kedua disebut sebagai Aliran Wahdatul Wujud atau Ajaran Mertabat Tujuh yang dipelopori oleh Abu Mansur Husein Al Hallaj dan diperincikan oleh Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi.







Ajaran Ibnu Arabi bukan bertumpu kepada amalan sesaorang salik itu tetapi bertumpu kepada penjelasan apakah yang dikatakan Alam, Manusia dan apakah yang dikatakan Tuhan Allah itu. Kepada Ibnu Arabi Tiada Wujud Yang Lain Melainkan Wujud Allah melalui Pentajallian Allah dalam bentuk alam serba ganda ini.

Manusia itu dirujuknya sebagai Alam Kecil atau Al-Alamul Saghir dimana Allah menampakkan DiriNya dalam bentuk yang paling sempurna.

Penjelasan Ibnu Arabi berkaitan Pentajallian ini adalah mengikut konsep yang diketengahkannya yaitu Pandang Yang Satu Nampak Yang Banyak dan Pandang Yang Banyak Nampak Yang Satu. ( Suhudil Wahdah Fil Kasrah, Suhudil Kasrah Fil Wahdah ) Yang Satu itulah banyak dan yang banyak itulah yang satu.

Di Nusantara ini kedua-dua aliran yang disebutkan diatas telah disatukan oleh ulama terkenal Melayu yaitu Syeikh Abdus Samad Palimbani melalui kitabnya yang tersohor SAIRUS SALIKIN. Beliau menganjurkan bahawa ajaran Tauhid Peringkat Tertinggi Imam Al-Ghazali adalah serupa dengan ajaran Ibnu Arabi yang menegaskan bahawa Tiada Yang Wujud Di-Alam Maya Pada ini Melainkan Allah SWT.

Penulis berpendapat bahawa Ajaran Syeikh Abdus Samad inilah yang menjadi rujukan utama penganut penganut Ilmu Mengenal Diri di Malaysia ini kerana pada zaman kegemilangan Sekolah Pondok kitab Sairus Salikin merupakan kitab wajib sesaorang murid itu.








BAB EMPAT

KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT / ILMU MENGENAL DIRI.

TUMPUAN

Ilmu Hakikat atau Ilmu Mengenal Diri bertumpu kepada penjelasan apakah hakikatnya manusia itu dan apakah hakikatnya Tuhan Allah itu.

Yang ditumpukan bukan sahaja dalam hal Makrifah atau Mengenal tetapi juga dalam hal sama-ada sesaorang manusia itu boleh menemui Tuhannya ketika hidup didunia ini.

Juga dibincang dengan khusus berkaitan NYAWA manusia itu yang dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU.

a. Apakah Ruhku merupakan makhluk yang bersifat baharu jika ditafsir sebagai Ruh yang dicipta oleh Allah ?

b. Atau Ruh itu Ruh Allah yang dipinjamkan sementara kepada manusia semasa manusia itu hidup dan diambil oleh Allah semula yang menyebabkan manusia itu mati ?

c. Atau Ruhku itu boleh ditafsir sebagai Allah sendiri ? Jika ditafsir sebagai Allah sendiri maka ianya akan membuatkan Allah itu bertempat yaitu didalam diri manusia. Ini dikatakan sebagai HULUL sedangkan ulama’ berpendapat HULUL itu adalah BID’AH

d. Jika sekiranya ditauhidkan bahawa Allah itu MELIPUTI sekalian manusia dan Allah jugalah yang meliputi sekalian alam, maka Allah itu berada dimana mana diseluruh alam ini, baik alam Saghir manusia atau Alam Kabir yaitu alam mayapada ini.

e. Allah pula menegaskan bahawa manusia ( Hakiki ) itu adalah Rahsia Allah dan Allahlah Rahsianya.

f. Allah juga menegaskan DIA DEKAT malah terlalu dekat dengan manusia itu hingga lebih dekat dari urat leher manusia itu sendiri.




Maka wajiblah kita BETAUHID bahawa TIADA YANG NYATA DALAM DIRI KITA MELAINKAN ALLAH SEMATA-MATA Jika ini yang ditauhidkan maka apakah Dalil Dalil Naqli dan Aqlinya ? Ilmu Hakikat mengemukakan dalil dalil untuk menegakkan apa yang diyakini oleh orang orang yang percaya.

Yang demikian penganut Ilmu Hakikat yakin seyakinnya bahawa Allahlah yang dirujuk sebagai DIRI HAKIKI manusia itu atau DIRI RAHSIA manusia itu. Ruhku bukanlah Ruh Ciptaan Allah atau Ruh Yang Dipinjamkan tetapi RUHKU itu adalah ALLAH SENDIRI.

Yang demikian RUH itu pasti mempunyai SIFAT 20 YANG WAJIB BAGI ALLAH yaitu 1 Sifat Napsiah, 5 Sifat Salbiah, 7 Sifat Maani dan 7 Sifat Kaunuhu atau Sifat Maknuyah.

Masaalahnya ialah pada zahirnya kesemua Sifat Sifat diatas nyata kelihatan kesan wujudnya pada manusia itu melainkan Sifat Sifat Maknuyah yang MAHA itu. Perkara ini juga menjadikan tumpuan dalam Ilmu Hakikat.

a. Adakah Sifat Sifat Allah yang ada pada Ruh itu hanya 13 ?

b. Atau Ruh itu tidak memilikki Sifat Sifat Allah itu. Yang kelihatan ada adalah Sifat Sifat Allah yang dipinjamkan sementara kepada Ruh.

C Atau Sifat Sifat Maknuyah itu ada tetapi ke-ada-annya MASIH GHAIB. Ia akan hanya kelihatan WUJUD melalui kesannya jika manusia itu dapat menembusi balutan balutan cahaya atau lapisan lapisan ruh ruh yang disebut diatas ?

Namun begitu adalah DITEGASKAN bahawa manusia itu BUKAN ALLAH. Yang dikatakan Allah ialah DIRI HAKIKI manusia itu sahaja. Yang dikatakan manusia ialah manusia yang hidup berjasad dan bernyawa manakala DIRI HAKIKI ialah Zat Serba Zat yaitu Ruh Al-Qudsi Allah Yang Maha Hidup dan yang menghidupkan Ruhani manusia itu.





Ruhani pula seterusnya menghidupkan Jasad yang pada hakikatnya mati dan dihidupkan. Hanya manusia bodoh yang gila sahaja mengakui dirinya Allah.

Yang demikian, Ilmu Hakikat atau Ilmu Mengenal Diri bertumpu kepada Perintah Allah agar sesaorang muslim itu Mengenal Tuhannya melalui Hadith Qudsi Hadith Qudsi dan Ayat Ayat Al-Quran yang menjadi Dalil Dalil Naqlinya. Antaranya ialah :-

a. Awaluddin Makrifatullah ( Awal awal agama ialah Mengenal Allah )
Maka wajarlah akhir agama itu Bertemu dan Beserta Allah.

b. Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu ( Sesiapa yang mengenal Dirinya sungguh telah mengenal Tuhannya )

c. Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad ( Sesiapa yang telah mengenal Tuhannya maka binasalah jasadnya ) .

d. Alinsanu sirri wa Ana sirruhu ( Manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya. )

e. Manusia itu adalah makhluk paling sempurna

f. Manusia itu menanggung amanah Allah yang tidak mampu ditanggung oleh makhluk lain

g. Sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian manusia dan sekalian alam.

h. Allah itu lebih hampir kepada manusia itu dari urat leher manusia itu sendiri.

i. Allah meniupkan RuhNya kepada jasad manusia.

j. Allah perkuatkan manusia itu dengan Ruh Al-Qudsi.

k. Bahkan didalam diri kamu, tidak kamu melihatnya ?





l. Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu

m. Sesungguhnya Aku dari Cahaya Zat Allah dan semua makhluk adalah dari cahayaku

Oleh kerana Allah SWT itu Terlalu Ghaib dan Terlalu Besar, Terlalu Luas, dan Terlalu Suci, maka akhirnya manusia itu sedar bahawa adalah mustahil baginya sebagai manusia untuk mengetahui secara terperinci akan Tuhannya itu apatah lagi untuk mengenalNya dalam ertikata yang sebenar.

Yang demikian, Ilmu Hakikat dalam usaha untuk menunaikan Perintah Mengenal Allah ini, telah menggali Dalil Dalil Naqli dari Al-Quran dan Hadith Hadith tentang jalan atau cara cara yang diterangkan oleh Allah dan dijelaskan oleh Rasul untuk mencari Jalan Makrifatullah itu.

Maka adalah jelas bahawa sesaorang muslim itu perlulah Mengenal Dirinya untuk Mengenal Tuhannya.

Oleh itu perlulah difahami dahulu akan hakikat Diri itu. Seterusnya difahami pula hakikat hubungan antara Diri dan Tuhan melalui pemahaman apakah hakikatnya yang dikatakan Manusia Sempurna itu, apakah yang diAmanahkan Allah kepada manusia itu dan juga maksud Rahsia yang dinyatakan Allah melalui Firmannya.

Setelah memahami dan mengimani perkara perkara diatas maka wujudlah apa yang dikatakan Tauhid Peringkat Tertinggi yaitu Tiada Yang Wujud Pada Diri Manusia itu dan didalam Alam Mayapada ini melainkan Allah semata-mata ( LA MAUJUDA ILLALLAH ).

Maka fahamlah dia bahawa yang dikatakan Muhammad itu ialah Sifat Allah Yang Agung yang bukan sahaja menjadi makhluk pertama diciptakan Allah bahkan menjadi ABU Al-Arwahnya dan menjadi nyawanya.

Juga ditumpukan kepada perkara KEESAAN ALLAH melalui SIFAT MUHITH atau SIFAT MAHA MELIPUTINYA. Hanya dengan memahami SIFAT MUHITH dalam ertikata yang sebenar sesarang salik itu akan





dapat mencapai TAUHID PRINGKAT TETINGGI dan memahami siapakah yang dikatakan hamba dan siapakah yang dikatakan Tuhan.

Berlandaskan KEESAAN Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al, sesaorang salik itu akan bertauhidkan bahawa dirinya sebagai manusia sebenarnya, tidak wujud dan kosong melainkan menjadi SANDARAN kepada Tuhan untuk menunjukkan KebesaranNYA, KeagunganNYA KeindahanNYa dan KesempurnaanNYA ( Akbar, Jalal, Jamal dan Kamal ) sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud :

Yang lain adalah kosong melainkan ZATNYA

Tauhid sisalik bermula dengan Nafi dan Isbat dan akhirnya menjadi Tiada Nafi dan Tiada Isbat. Baginya tiada langsung perbuatan manusia itu baik pada dirinya mahupun pada orang lain. Kesemuanya adalah Perbuatan atau Af’al Allah SWT, Tuhannya sesuai dengan Firman Allah :

Sesungguhnya Aku yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu.

Mereka mengatakan yang baik itu dari Tuhan mereka dan yang buruk itu dari diri mereka sendiri, katakanlah kedua-duanya adalah dari Tuhan mereka.

Fahamlah juga ia bahawa, manusia diwujudkan oleh Allah untuk DiriNYA dan bukan untuk yang lain. Manusia itu diwujudkan sebagai SANDARAN bagi Tuhan untuk menunjukkan kepada DiriNYA SENDIRI akan KebesaranNYA, KeagunganNYA, KeindahanNYA dan KesempurnaanNYA.

Yang demikian manusia itu umpama pen atau pensil kepada penulis. Yang menulis itu bukannya pen atau pensil tetapi manusia sebagai penulis. Begitulah contohnya bahawa Yang Berbuat itu bukannya manusia yang berbuat. Yang Berbuat itu ialah Allah sendiri. Maka jelaslah maksud ayat diatas kepada penganut Ilmu Mengenal Diri itu










Seterusnya berlandaskan Tauhid bahawa TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH, Ilmu Hakikat menjelaskan RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM mengikut pengertian Hakikat. Asasnya tetap sama yaitu Rukun Iman dan Rukun Islam pada pengertian Syariat.



BAB LIMA

MANUSIA PADA PANDANGAN ILMU HAKIKAT.

Pada pandangan Hakikat manusia itu adalah :-

a. Makhluk paling sempurna diciptakan Allah.

b. Manusia itu menanggung Amanah Allah.

c. Manusia itu adalah RAHSIA ALLAH.

d. Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad.

e. Manusia itu adalah keterpaduan DUA MUHAMMAD menjadi satu.

f. Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna.

PECAHAN MANUSIA

Manusia itu terdiri dari dua perkara. Ianya terdiri dari BENDA dan BUKAN BENDA ( Immaterial )

Yang dikatakan BENDA ialah TUBUH atau JASAD atau ZAHIRnya. Yang dikatakan BUKAN BENDA ialah BATINnya yaitu NYAWA atau RUHNYA.

Ilmu Hakikat mengatakan bahawa manusia itu terdiri dari DUA MUHAMMAD. Kenapa pula dipanggil MUHAMMAD ?

Ada dua sebab. Pertama manusia itu dicipta oleh Allah mengikut EJAAN NAMA MUHAMMAD itu sendiri. MIM pertama ialah kepalanya, HA pula tangannya, MIM kedua pula pusatnya dan DAL merupakan kakinya. ( Dengan satu MUHAMMAD manusia itu belum boleh berdiri kerana tangannya hanya ada satu ) Maka ia memerlukan satu lagi MUHAMMAD yang melengkapkannya menjadi Insan Yang Sempurna.




Kedua ialah kerana Ruh Manusia itu yaitu Muhammad Awal berasal dari RUH AGUNG yaitu Sifat Allah Yang Agung NUR MUHAMMAD yaitu Nabi kita Muhammad. ( Rujuk Hadith )

MUHAMMAD ZAHIR / MUHAMMAD AKHIR

Yang pertama ialah Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir yaitu Batang Tubuh atau Jasadnya yang zahir yang dapat dilihat dengan mata kepala. Tubuh atau Jasad ini disebut sebagai MANUSIA SEMENTARA YANG ZAHIR. Ianya juga dirujuk sebagai ADAM.

Jasad atau tubuh manusia ini terdiri dari pelbagai anggota. Anggota atau organ organ ini juga boleh dibahagikan kepada dua yaitu anggota luar badan dan anggota dalam badannya. Anggota anggota itu pula terdiri dari jutaan sel sel atau molekul yang halus halus dan seni seni.

MUHAMMAD BATIN / MUHAMMAD AWAL

Yang kedua ialah Muhammad Batin atau Muhammad Awal yaitu Nyawanya. Yang dikatakan Nyawa atau Batin itu juga terdiri dari dua perkara,

Pertama apa yang disebut sebagai RUH dan yang kedua ialah apa yang disebut sebagai DIRI RAHSIA atau DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI manusia itu.

Ruh / Ruhani

Yang dikatakan RUH itu terdiri dari Lapisan Lapisan Balutan Cahaya Cahaya yang terdiri dari Balutan Balutan yang akan diterangkan selepas ini.

Ruhani Yang Batin itu tidak dapat dilihat tetapi terasa oleh kita akan wujudnya kerana nyata pada kita akan kesan kesan kewujudannya. Hal sebegini dikatakan GHAIB.








Ada pelbagai nama yang digunakan didalam Ilmu Hakikat untuk merujuk apa yang dikatakan RUH itu. Ada yang memanggilnya Muhammad Mustafa Rasullullah, Ruhani, Al-Latifah Rabbaniah dan lain lain lagi.

Tugas utama Ruhani ialah menghidupkan Jasad melalui Jantung. Ruhanilah yang menyebabkan Jantung manusia itu berfungsi. Ruhani jugalah yang menyampaikan HAK ALLAH kepada Jasad yaitu Sifat Sifat MaaniNYA yang tujuh itu. Jadi Ruhani juga dirujuk sebagai RASUL . Maka sesuailah gelarannya sebagai Muhammad Mustafa Rasullullah.

Diri Hakiki / Diri Rahsia

Begitu juga halnya berkaitan DIRI HAKIKI manusia itu. Banyak namanya. Ada yang merujuknya sebagai Diri Rahsia, Diri Yang Sebenarnya Diri, Diri Tajalli, Tiflul Maani dan lain lain. Allah pula merujuknya didalam Al-Quran sebagai Ruhku yaitu Ruh Al-Qudsi Allah.

Allah SWT juga merujuknya sebagai AKULAH RAHSIANYA didalam Hadith Qudsi yang telah dinyatakan sebelum ini. Yang pasti ianya adalah RUH ALLAH yang memilikki Sifat Sifat Allah Yang Agung. Dialah yang merupakan SUMBER MAHA HIDUP yang menghidupkan NYAWA atau Ruhani manusia itu yang seterusnya menghidupkan sel sel anggota anggota Jasad hingga ianya boleh berfungsi seperti yang dikehendakki oleh Penciptanya.

Balutan Balutan Cahaya / Pecahan Ruh

Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah sahaja yang mengetahui sepenuhnya. Oleh kerana itu RUHKU ini telah dibalut oleh Allah dengan pelbagai balutan agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri. Dari segi ilmunya balutan balutan ini dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya.






Butirannya adalah seperti berikut :-

a. Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT dan ia dikenali sebagai RUH AL- QUDSI

b. Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT dan ia dikenali sebagai RUH SULTANI

c. Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT dan ia dikenali sebagai RUH RUHANI

d. Manakala Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI dan ia dikenali sebagai RUH JASMANI.

Seperti anggota anggota Jasad juga BALUTAN BALUTAN CAHAYA ini merupakan Zat Serba Zat yang seni seni yang hanya diketahui Allah. Ia merupakan SUMBER HIDUP manusia itu sendiri.

Tempat Ruh Didalam Jasad

Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tempat tempat Ruh Ruh diatas didalam Jasad manusia adalah seperti berikut :-

a. Ruh Jasmani Letaknya antara kulit dan daging

b. Ruh Ruhani Didalam jantung manusia itu

c. Ruh Sultani Di Baitillah Mukmin yaitu satu bahagian khusus
di-jantung manusia itu

d. Ruh Al-Qudsi Didalam RASA

RUH RUH yang merupakan Balutan Balutannya itulah yang dirujuk sebagai DIRI BATIN MANUSIA itu dan RUH AL-QUDSI itu pula dirujuk sebagai DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI MANUSIA itu yang oleh Allah dirujuknya sebagai RAHSIA dan RAHSIAnya adalah ALLAH sendiri.





Maka inilah yang dirujuk oleh Allah didalam Al-Quran :-

Jika mereka bertanya tentang AKU Ya Muhammad maka katakanlah Aku DEKAT dan menyahut seruan orang yang memanggil Aku.

DIRI inilah yang diperintah oleh Allah untuk dikenali oleh manusia itu melalui Hadith :-

Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu

Yang demikian jika manusia itu dapat mengenal DIRI ini maka kenal ia akan Tuhannya Allah SWT. Maka sudahlah ianya menunaikan Perintah Allah yaitu :-

Awaluddin Makrifatullah.

Makna MENGENAL

Ilmu Hakikat juga mendefinasikan makna MENGENAL itu.

Apakah maksud sebenar MENGENAL itu. Mengenal yang bagaimana ? Adakah mengenal itu bermaksud mengetahui atau mengenal dalam ertikata tahu, atau mengenal dalam ertikata telah bertemu atau mengenal dalam ertikata telah bertemu dan sentiasa bertemu atau sentiasa boleh bertemu atau sentiasa bersama kerana telah menjadi ESA ?

Jika mengenal ditafsir dari segi TAHU maka cukuplah mendapat ilmu pengetahuan sahaja, yaitu kita tahu apa yang dikatakan Ruh dan Diri Hakiki itu.

Umpamanya bagi kita Diri Hakiki itulah ialah Allah Tuhan yang meliputi seluruh DIRI dan Jasad kita. Tuhan yang dekat. Bagi kita ia tidak pula bermakna Allah itu bertempat kerana Allah itu meliputi sekaliannya yaitu semuanya, tiada yang berkecuali. Oleh kerana Allah itu MAHA MELIPUTI maka Tuhan itu ada dimana-mana. Oleh kerana Dia ada dimana mana maka tidaklah Dia bertempat.






Bagi kita, Ruh Al-Qudsi yang meliputi sekalian manusia itu adalah Ruh Al-Qudsi Yang Esa , Ruh Yang Tunggal Tetapi Maha Meliputi, terlalu luas dan terlalu Agung, Besar dan Maha Ghaib. Walaupun Jasad kelihatan seperti sempadan , sempadan itu umpama sarung sahaja kerana MELIPUTI itu bukanlah didalam dan bukanlah diluar. MELIPUTI SEMUANYA.

Jika Mengenal itu ditafsir sebagai tahu, telah bertemu dan sentiasa ada bersama, maka kita perlu menyoal dan ilmu perlulah memberi jawapan jika ilmu itu dikatakan benar.

Soalnya ialah bolehkah kita sebagai manusia yang terdiri dari Jasad Yang Mati ( tetapi dihidupkan oleh Nyawa ) dan Nyawa Yang Hidup itu mengenal sebahagian dari kita yaitu NYAWA itu ?

Soalan kedua ialah jika dikatakan boleh BERTEMU dalam ertikata BERJUMPA bagaimanakah caranya yang ditunjukkann oleh ilmu. Adakah dalil dalil Naqli dan Aqlinya dan adakah wujud manusia yang telah bertemu dirinya itu pada zaman kita ini atau pada zaman dahulu ?

Inilah persoalan persoalan yang hanya dapat dijawab oleh Ilmu Hakikat kerana tiada jawapan yang memuaskan boleh diberikan oleh Ilmu Syariat dan Ilmu Feqah.

Ruh Ruh / Balutan Balutan Cahaya & Diri Hakiki Itu Esa

Pecahan pecahan diatas pada hakikatnya TIDAK WUJUD. Ianya perlu diwujudkan oleh ulama’ untuk menjelaskan ilmu. Ini bermaksud Ruh Ruh dan Diri Hakiki itu pada hakikatnya adalah satu dan yang sama jua. Itulah Diri Batin atau Nyawa kita. RUH atau Diri Batin yang telah bertemu dengan Allah di Alam Ruh dan membuat pengakuan serta penyaksian.

Alastu Birabbikum ? Qalu Bala Sahidna.







Manusia Sebagai Makhluk Sempurna

Yang mengatakan bahawa manusia itu adalah makhluk paling sempurna ialah Allah sendiri.

Paling sempurna hendaklah dilihat dari segi perbandingan. Maksudnya dibandingkan dengan makhluk makhluk yang lain, maka manusialah yang paling sempurna. Tiada yang dapat menandinginya dari segi kesempurnaan itu. Ini bermakna manusia itu lebih sempurna dari Malaikat, Iblis, Bulan, Matahari , Bintang Bintang malah dari kesemua makhluk yang ada.

Berdasarkan kehidupan kita sendiri dan apa yang kita lihat di-sekeliling kita berkaitan manusia lain, kenyataan Allah Tuhan kita ini amat pelik bagi kita. Betapa tidak. Hidup kita didunia ini, penuh dengan kesusahan dan kepayahan. Dalam hal mencari rezeki sahaja kita terkial-kial. Sempurna apakah kita ini ? Dunia pula menjadi haru biru kerana manusia itu atas sifat tamak halobanya sentiasa berbunuh-bunuhan. Kehidupan anak anak muda kita, penuh kekayalan dengan penyalahgunaan dadah dan mengamalkan seks bebas ? Maka adalah jelas pada pandangan zahir kita bahawa hidup dan kehidupan manusia itu penuh dengan kelemahan dan kekecewaan, tidak sempurna dan tidak bahagia.

Bertentangan dengan kenyataan diatas Allah pula menegaskan bahawa manusia itu ialah makhluk paling sempurnaNYA. Berdasarkan Iman dan Tauhid kita, mustahil Firman Allah itu tidak benar. Maka percayalah kita bahawa manusia itu paling sempurna tanpa faham sedikitpun maksud sebenar kenyataan Allah itu.

Jadi apakah jawapannya ? Hanya Ilmu Allah sahaja yang mengetahui dan dapat memberi jawapan. Dan ilmu itu ialah Ilmu Hakikat Allah.

Dari segi akal kita manusia itu lebih sempurna dari Malaikat, Jin, Syaitan dan Iblis kerana manuia itu ada Jasadnya, yang tersebut terdahulu tiada berjasad.






Manusia itu lebih sempurna kerana Malaikat hanya dapat berbuat kebaikan manakala Iblis hanya dapat berbuat jahat. Manusia pula boleh melakukan kedua-duanya yaitu baik dan jahat.

Ilmu Hakikat menjelaskan bahawa Kesempurnaan manusia itu terletak pada Hakikatnya atau Diri Hakikinya bukan manusia yang berbadan dan bernyawa. Kita berikanlah nama baru untuk menunjukkan perbezaan. Perkataan kita ialah INSAN. Pada Insanlah letaknya Kesempurnaan itu. Manusia itu jadi susah, haru biru, sesat dan tidak bahagia kerana SALAH
MENJALANI KEHIDUPAN. Ini adalah kerana KEJAHILAN manusia itu sendiri kerana tidak mengenal Dirinya. Maka bergantunglah ia kepada Benda Mati dan bukan kepada Benda Hidup. Hidupnya dengan menggunakan tenaga yang sedikit sedangkan tenaga yang membuatkan dirinya SEMPURNA itu tidak diketahuinya.

Hanya Ilmu Hakikat yang ada jawapan dalam perkara ini. Tidak ada dalam Ilmu Feqah dan Ilmu Syariat.

Manusia itu menanggung Amanah Allah.

Yang memberitahu kita bahawa manusia itu menanggung AMANAH ALLAH kepada kita ialah Allah sendiri melalui FirmanNYA didalam Al-Quran. Amanah ini diberikan kepada kita sebagai manusia oleh Allah tanpa kita memintanya. Allah juga mengatakan bahawa makhluk lain seperti gunung, lautan bulan bintang dan sebagainya tidak sanggup menerimanya kerana takut akan mengkhianatinya. Apakah manusia itu tidak akan mengkhianati Allah berkaitan amanah itu ? Kenapakah Allah terlalu yakin bahawa manusia itu boleh menjaga Amanahnya ? Hanya Allah Yang Maha Tahu.

Apakah yang dikatakan amanah itu ?

Adakah amanah itu ialah Allah telah melantik kita sebagai KhalifahNya dimuka bumi ini ? Atau amanah itu bukan berkaitan Khalifah tetapi berkaitan RUHKU.

Pada Jasad, yang diamanahkan kepadanya ialah Nyawa. Pada Nyawa yang diamanahkan kepadanya ialah Jasad. Pada manusia yang diamanahkan kepadanya ialah RAHSIA ALLAH yaitu RUHKU.






Tanggungjawab semuanya adalah menyedari bahawa Amanah itu bukan miliknya. Ianya hanya diamanahkan sahaja. Amanah itu milik Pemilik Hakiki yaitu Allah. Tanggngjawab yang memegang Amanah ialah mengembalikan Amanah itu kepada Pemiliknya.

Manusia itu adalah RAHSIA ALLAH.

Allah yang memberitahu kita bahawa kita ini sebagai manusia adalah RAHSIA ALLAH. Dan ALLAH memudahkan kita dengan mengistiharkan bahawa RAHSIA itu adalah ALLAH SENDIRI. Jadi siapakah manusia itu ? Dan manusia yang manakah yang dikatakan Allah menjadi RahsiaNya itu dan bagaimana pula penjelasan Allah bahawa Rahsia itu ialah DiriNya sendiri ?

Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad.

Kita tahu tentang perkara ini kerana Nabi Muhammad SAW memberitahu kita melalui Hadith baginda.

Jika junjungan kita dari Cahaya Zat Allah dan kita pula dari Cahaya atau Nurnya, maka bolihlah kita katakan bahawa kita ini sebenarnya adalah NUR MUHAMMAD. Apakah yang dikatakan Nur Muhammad itu ? Ilmu Hakikat membicarakan hal ini dan ini dijelaskan dalam bahagian lain Risalah ini. Teruskanlah membaca.

Manusia itu adalah keterpaduan DUA MUHAMMAD menjadi satu.

Allah menjelaskan perkara ini didalam Al-quran malalui Surah … Ayat ….
Bunyinya semacam perumpamaan sahaja. Maka perlulah kita mentafsirkan dan memahamkannya.

Allah membiarkan dua lautan mengalir dan bertemu, diantara keduanya ada batas, masing masing tidak melampaui masing masing.








Lautan pertama ialah Lautan Batin. Ini dinamakan sebagai Muhammad Awal atau Muhammad Batin. Lautan kedua ialah Lautan Zahir atau Lautan Jasad. Ini dinamakan Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir. Keduanya bertemu dalam bentuk kita sebagai manusia.

Diantara zahir dan batin ini ada pemisah atau batas atau sempadan. Apakah batas itu ? Bolehkah batas itu dipecahkan hingga dua lautan itu menjadi satu ? Pelajarilah Ilmu Hakikat untuk mencari jawapan. Walaupun ada jawapan Risalah ini tidak akan menjawab semua soalan anda.

Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna.

Perkara ini adalah pendapat Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi.

Tajalli bermaksud penampakan zahir. Jadi ianya bermaksud Allah menampakkan DiriNya secara zahir melalui rupa dan kelakuan manusia itu dalam keadaan KamalNya ( KesempurnaanNya ).

Selepas penampakan melalui manusia ini, maka tiadalah lagi penampakan lain yang lebih sempurna. Maka dikatakanlah manusia itu merupakan Pentajallian Allah yang terakhir yang paling sempurna.

Untuk memahami perkara ini anda hendaklah mengkaji Sifat 20 Allah selumat-lumatnya, ( kata kata Syeikh Anuar – Sibuta Gua Impian ) dan carilah kesemua Sifat Sifat 20 itu didalam diri anda sendiri.

Manusia Itu Dari Allah Dan Akan Kembali Kepada Allah

Manusia itu dari Allah dan kepada Allahlah dia akan kembali. Apakah maksud dari Allah itu ? Adakah ianya bermaksud bahawa manusia itu diciptakan oleh Allah atau manusia itu memang sebenarnya datang dari DIRI ALLAH sendiri kerana ia sentiasa ada bersama Allah ?







Terdapat perbezaan fahaman dan keimanan dalam perkara ini diantara Ahli Syariat dan Ahli Hakikat.

Ahli Syariat berpendapat bahawa manusia itu dijadikan Allah dari TIADA kepada ADA dan oleh kerana ianya dijadikan maka manusia itu BERSIFAT BAHARU atau HAMBA. Manusia dijadikan dengan Perintah JADI yaitu KUN. Maka wujud dan jadilah manusia itu sebagai manusia.

Pada pandangan Ilmu Hakikat, manusia itu tidak dijadikan dan manusia itu bukan bersifat baharu. Manusia itu telah ADA bersama Allah yaitu dialam Ilmu Allah. Bagaimanakah benda yang tidak ada boleh menerima Perintah KUN kerana KETIADAANnya itu membuatkan perintah KUN itu tidak ada yang menerimanya atau tidak akan ada kesannya.

Bagi Ilmu Hakikat manusia itu telah ada dan sentiasa ada bersama Allah yaitu didalam ILMU ALLAH.

Perintah KUN bukan membuatkan terjadinya manusia itu tetapi ianya MENYATAKAN manusia itu dari bentuk bakat bakat kepada bentuk bentuk terperinci. Bakat bakat terpendam dalam Ilmu Allah ini disebut sebagai SYAN atau Hakikat Muhammad atau A’YAN SABITAH, manakala Yang Zahir secara terperinci itu disebut sebagai syuyunat dalam bentuk Pentajallian Cinta Allah terhadap DiriNYA melalui manusia melalui Pernyataan yang disebut sebagai TA’AYUN. Jadi ada Taayun Awal, ada Taayun Tsani dan sebagainya.

Pentajallian Allah dan penzahiran manusia ini disebut juga berkaitan dengan KUNZA MAHFIYYAN atau PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI. Allah itu ISYKI / CINTA dan RINDU dengan DIRINYA sendiri dan terhadap DiriNYA. Allah mentajallikan manusia untuk melihat Keagungan, Keindahan dan Kesempurnaan DiriNYA sendiri. Allah tidak mencintai Yang Lain kerana Yang Lain atau Ghayr itu pada hakikatnya TIDAK ADA.









Manusia Itu Dijadikan dari API, AIR, ANGIN dan TANAH.

Didalam Al-Quran, Allah menerangkan bahawa sumber kejadian manusia itu adalah dari api, angin air dan tanah. Mengetahui sifatnya perkara perkara itu maka kita mengatakan hanya Allah sahajalah yang dapat menyatukan perkara perkara yang berlawanan dan kekal dalam keadaan aman dan damai. Kita katakan Allahlah yang menyatukan Yang hangat dan Yang Dingin menjadi manusia. Pada zahirnya hanya nabi adam diciptakan dari Api, Air, Angin dan Tanah. Kita pula tercipta dari DI, WADI, MANI dan MA’NIKAM.

Penulis berpendapat biarlah perkara jadi jadi ini menjadi Rahsia Allah. Pada kita kita datang dari Allah ( Jalan datang ) dan kita akan kembali kepada Allah ( Jalan Pulang ). Yang kita tumpukan sebagai penganut Ilmu Hakikat ialah bagaimanakah kita datang ? Macam manakah kita datang dahulu ? Dan bila kita kembali adakah kita akan kembali seprti mana kita datang dahulu ?




BAB ENAM

TUHAN DARI PANDANGAN ILMU HAKIKAT

Berkaitan dengan Allah tiada apa apa perbezaan kepada Allah baik dari segi ilmu manakah DIA dilihat.

Sifat Sifat Allah itu jelas dapat kita fahami melalui Sifat Sifat 20 yang wajib kita tahu berkenaanNYA. Ini tidak pula bermakna Sifat Sifat Allah itu hanya 20. Yang wajib kita ketahui itu adalah 20. Mahasuci Allah yang sangat kurang SifatNya. Pada Ilmu Hakikat tiap tiap objek atau benda itu adalah Sifat Allah. Maka jadilah Sifatnya berbillion hingga tiada siapa yang boleh membilangnya.

Sifat Sifat Allah juga, boleh kita ketahui melalui Nama Nama atau Asma’ Asma’Nya. Yang perlu kita tahu ada 99. Banyak lagi Nama Nama Allah yang kita tidak tahu. Allah itu merupakan Asma’ bagi Zat Wajibul Wujud Yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita manusia dan kesemua isi alam maya ini.

Kenapakah Allah itu selain Asma’Nya Allah memperkenalkan DiriNya melalui 99 Nama Nama yang kita sebut sebagai ASMAUL HUSNA ? Hanya orang yang suka berzikir dan berwirid dengan menyebut atau mengingat Nama Nama ini akan mengetahui perbezaan RASA antara Nama nama itu. Ingatlah akan kenyataan terdahulu bahawa tempat RUH AL-QUDSI itu ialah didalam RASA.

Ilmu Hakikat menjelaskan bahawa tiada seorang manusia pun dapat mengetahui tentang Hakikat Allah itu. Malah Ibnu Arabi mengatakan bahawa pengetahuan manusia tentang Allah itu adalah TIDAK TAHU. Ini adalah kerana Allah itu terlalu Suci, terlalu Ghaib dan terlalu Besar, Agung dan Sempurna hingga tiada sesuatu pun yang menyerupainya dan serupa dengannya.









Maka Ilmu Hakikat mendalami Dalil Dalil Naqli untuk memahami perintah Allah dalam Hadith Hadith Qudsi :

Awaluddin Makrifatullah / Awal Awal Agama ialah Mengenal Allah.

Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu

Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad

Dengan mengupas sedalam-dalamnya petunjuk Allah melalui Hadith Qudsi :

Alinsanu Sirri Wa Ana Sirruhu.

Jadi yang ditumpukan didalam Pengajan Hakikat ialah kaitan antara Rahsia Allah dan Diri itu. Juga digali dari Ayat Ayat Al-Quran berkaitan penjelasan Allah berkait perkara perkara yang dinyatakan diatas yaitu hubungan antara Diri dan Rahsia Allah dan juga apakah yang dikatakan Amanah Allah didalam diri manusia itu.

Yang demikian TUMPUAN ILMU HAKIKAT dalam usaha MENGENAL ALLAH ialah dengan MENGENAL DIRI HAKIKI manusia itu. Jika pengajian ilmu berkaitan hal ini dilakukan maka TAHUlah manusia itu tentang apa yang dikatakan DIRInya itu. Akan tetapi tahu atau pengetahuan tentangnya belum pasti telah dapat membuatkan sesaorang itu Mengenal akan Dirinya lantas pula Mengenal akan Allah Tuhannya. Ini adalah kerana sifat ilmu itu, hanyalah memberi pengetahuan. Jadi manusia yang berilmu HANYA TAHU belum lagi MENGENAL dalam ertikata mengenal yang sebenar-benarnya.

Inilah yang membingung dan merungsingkan pelajar pelajar Ilmu Hakikat termasuk penulis yaitu pengertian sebenar KENAL dan kehendak yang mendesak-desak untuk BERTEMU DIRI seterusnya SENTIASA BERSAMA DIRI. Bagaimanakah cara atau jalannya sesaorang itu setelah Mengenal diri dari segi pengetahuan dapat pula BERTEMU dengan Diri itu dalam ertikata betul betul BERTEMU yaitu BERJUMPA ?






Tidaklah ramai antara pelajar pelajar Ilmu Hakikat yang berjaya SAMPAI KETAHAP ini. Ini adalah kerana perkara ini terlalu SENI dan RAHSIA, seperti kata Imam Al-Ghazali “ Tumpukan Debu” . ianya harus dicari dalam tumpukan debu. Apakah yang dikatakan Tumpukan Debu itu ?

Teruslah mencari dan mencari. Carilah jawapannya pada Diri anda, pada Al-Quran anda dan pada Al-Furqan anda. Jika tidak dapat juga maka berhentilah mencari . Terimalah Ketetapan Allah. Anda bukan orang yang dipilihnya untuk mendapat Rezeki Yang Tidak Terhitung-Hitung banyaknya itu !!!!.

Yang pasti ialah anda tidak akan dapat bertemu DIRI anda dalam Ilmu, malah ilmu itu menjadi HIJABNYA. Jadi pada tahap tahap tertentu maka wajiblah anda BERHENTI MENCARI ILMU dan bertumpu pula MENCARI DIRI didalam Jasad anda dengan pandangan BATIN atau dengan AMALAN BATIN. Amalan diluar tidak berupaya sampai kematlamat ini. Percayalah.

Yang boleh dijadikan petunjuk ialah, pencarian Yang Maha Ghaib hendaklah dengan Yang Ghaib juga. Ianya tidak dapat ditemui melalui amalan amalan zahir sebab yang dicari itu berbentuk BATIN. Maka rujuklah petunjuk Allah berkaitan PANDANGAN BATIN ini.

Penulis hanya mencadangkan kepada pembaca, teruslah membaca tulisan ini, mudah-mudahan anda akan menemui jawapan yang langsung atau tidak langsung kerana penulis pada hakikatnya tidak menulis. Yang menulis itu ialah DIA. Hanya DIA sahajalah yang dapat memberi jawapan kepada anda melalui sandaran sandarannya yaitu manusia. Tanyakanlah soalan ini kepada guru guru manusia anda. Mudah-mudahan anda sampai kepada apa yang penulis sebut sebagai THE ULTIMATE OBJECTIVE atau MATLAMAT AKHIR YANG PASTI.

Dari segi yang lain pula anda hendaklah berani MENGAKU dan MENYATAKAN bahawa DIRI HAKIKI anda itu ialah ALLAH, Tuhan yang anda cari cari. Tuhan yang meliputi Diri anda sebagai manusia, Tuhan Yang Maha Hidup dan Yang Menghidupkan anda.







Setelah mengaku maka anda hendaklah pula MEMBUAT PENYERAHAN dan yakinlah bahawa DIRI anda sendiri akan membawa anda BERTEMU denganNya dan bertemu dengan ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM di Negeri Asal anda yaitu di ALAM LAHUT.

Sekian buat seketika berkaitan Tuhan. Perbincangan seterusnya berkaitan Tuhan dari segi pandangan Ilmu Hakikat akan disentuh dalam bab bab lain Risalah ini. Maka teruskan membaca.

8 ulasan:

  1. 1.Tiada siapa umat pun berani mengatakan bahawa Ilmu Hakikat milik Allah itu SALAH, SESAT, TIDAK BENAR dan MENYESATKAN kerana Allah itu Maha Benar dan Maha Mengetahui.
    Soalan?1.apa beza syariat,tarekat.hakikat dan makrifat..

    BalasPadam
  2. 2.Ironi yang malang ialah telah menjadi lumrah sebahagian manusia pula, suka kepada benda benda dan perkara perkara yang dikatakan sesat dan tidak benar itu. Maka ramai juga yang meminatinya dan ingin mempelajarinya. Oleh kerana ianya dianggap sesat maka adakah orang yang berani mengajarkan ilmu sesat ini dimasjid masjid, disurau surau, diinstitusi ilmu atau membicarakannya didalam majlis majlis ilmu seperti Seminar, Forum Perdana dan sebagainya ?
    Soalan?Pernah tgk dalam forum.ada org Tanya apa itu nur muhamad..ustaz mengatakan ia terlalu panjang dan mgkin ssh utk difahami..pada saya salah 1 punca ramai yang x mencari khususnya golongan muda yg hanya mengambil islam dengan apa yg dipelajari dari skolah..

    BalasPadam
  3. 3.Mereka sembahyang kerana takut berdosa dan inginkan syurga sedangkan Allah telah memberi ingatan bahawa SOLAT itu amat berat sekali bagi mereka yang mengerti. Allah juga memberi amaran paling keras kepada mereka yang lalai dalam sembahyangnya. Tempatnya ialah Neraka Wail dan hadiahnya adalah sumpahan CELAKA dari Tuhan mereka. ( Celakalah bagi orang yang lalai didalam sembahyang mereka ) Peringatan ini ditujukan kepada mereka YANG LALAI DIDALAM SOLAT mereka dan BUKANNYA kepada mereka YANG LALAI SEMBAHYANG atau tidak sembahyang. Wahai pembaca fahamilah ayat ini betul betul.
    Soalan?
    Sahaja aku solat/sembahyang subuh 2 rakaat kerana ALLAH SWT..
    1.mintak tolong gi uraikan SAHAJA AKU,SEMBAHYANG……KERANA ALLAH SWT..
    Saya mtk tlg sebab kenal gi..tkt yg sy fhm xbtl.

    BalasPadam
  4. 4. Jika ini benar, maka sembahyang anda adalah tidak khusu’ dan telah diberi tanda pembatalan oleh Allah dengan adanya lintasan lintasan fikiran tadi ketika anda membaca Fatihah. Fatihah itu adalah INTI kepada sembahyang anda. Fikirkanlah sebabnya dan dalamilah ilmu agama anda wahai saudaraku untuk mendapat jawapannya agar solat anda diterima Allah kerana khusu’. Penulis ingin bertanya bahawa adakah dikatakan ikhlas jika anda berbuat sesuatu untuk mendapatkan balasan ? Balasan pahala dan syurga ?
    Masih teringat cerite zaman rasul.dimana sahabt nabi meminta dipotong bisulnya ketika solat.kerana ai tidak akan rasa sakit kerana kusyuk bersolat…..alang2 teringat ni Tanya gaklah…pernah terbaca ketika nabi Muhammad isyak mikraj jasab nabi berada di rumah..dimana ia disahkan oleh anak baginda..btl ke Gi…crita ckt..

    BalasPadam
  5. 5. Penjelasan Ibnu Arabi berkaitan Pentajallian ini adalah mengikut konsep yang diketengahkannya yaitu Pandang Yang Satu Nampak Yang Banyak dan Pandang Yang Banyak Nampak Yang Satu. ( Suhudil Wahdah Fil Kasrah, Suhudil Kasrah Fil Wahdah ) Yang Satu itulah banyak dan yang banyak itulah yang satu.
    6. Mereka mengatakan yang baik itu dari Tuhan mereka dan yang buruk itu dari diri mereka sendiri, katakanlah kedua-duanya adalah dari Tuhan mereka.

    Fahamlah juga ia bahawa, manusia diwujudkan oleh Allah untuk DiriNYA dan bukan untuk yang lain. Manusia itu diwujudkan sebagai SANDARAN bagi Tuhan untuk menunjukkan kepada DiriNYA SENDIRI akan KebesaranNYA, KeagunganNYA, KeindahanNYA dan KesempurnaanNYA.

    Yang demikian manusia itu umpama pen atau pensil kepada penulis. Yang menulis itu bukannya pen atau pensil tetapi manusia sebagai penulis. Begitulah contohnya bahawa Yang Berbuat itu bukannya manusia yang berbuat. Yang Berbuat itu ialah Allah sendiri. Maka jelaslah maksud ayat diatas kepada penganut Ilmu Mengenal Diri itu.
    Soalan?
    1.saya nak Tanya Makna TAKDIR sebenarnya-benarnya…dulu kat skolah ada blajar takdir ada 2..
    1 bleh ubah 1 bleh bah
    Bleh ubah=berusaha untuk Berjaya
    Xbleh ubah=ajal,maut jodoh ditangan ALLAH…(jodoh klau tunggu xpun xde duit skang payah gak,still kene usaha,dah mcm bleh ubah plak)
    Saudara gi.sy harap gi jgn salah phm..sy xpernh nak sesal pun tentang ketentuan ALLAH SWT..tp sy nak lebih faham..br best..)

    BalasPadam
  6. 7. Terdapat perbezaan fahaman dan keimanan dalam perkara ini diantara Ahli Syariat dan Ahli Hakikat.
    Ahli Syariat berpendapat bahawa manusia itu dijadikan Allah dari TIADA kepada ADA dan oleh kerana ianya dijadikan maka manusia itu BERSIFAT BAHARU atau HAMBA. Manusia dijadikan dengan Perintah JADI yaitu KUN. Maka wujud dan jadilah manusia itu sebagai manusia.
    Pada pandangan Ilmu Hakikat, manusia itu tidak dijadikan dan manusia itu bukan bersifat baharu. Manusia itu telah ADA bersama Allah yaitu dialam Ilmu Allah. Bagaimanakah benda yang tidak ada boleh menerima Perintah KUN kerana KETIADAANnya itu membuatkan perintah KUN itu tidak ada yang menerimanya atau tidak akan ada kesannya.
    Bagi Ilmu Hakikat manusia itu telah ada dan sentiasa ada bersama Allah yaitu didalam ILMU ALLAH.1.xphm…kesian kat aku..

    BalasPadam
  7. Salam,

    Saudara iwanali84, katahuilah bahawasanya Manusia yang telah MENGENAL ini mewarisi sifat² sepertimana sifat² yang layak dimiliki oleh golongan² MENGENAL ini lah, saudara usah ambil hati atau sebagainya kerana memang sifat² golongan ini sememangnya sebegitu.

    Nasihat saya, Carilah guru secepat mungkin keran soalan yang tidak dijawab sejak APRIL 2010 sehingga SEPTEMBER 2010 ini agak lama dan boleh mengakibatkan anda tidak yakin dengan usaha yang anda lakukan.

    Sedia maklum, golongan ini akan sentiasa menceritakan berkenaan ilmu MENGENAL mereka sehingga akhir tempohnya tinggal di muka bumi ini.

    Mereka tiada ekonomi, mereka tiada politik, mereka tiada sosio-ekonomi malah mereka juga tiada perjuangan. Mereka ada hanya mendekatkan diri dengan apa yang mereka kenal sahaja. Mereka menerima arahan mengikut gerakan hati (sulbi) yang suci mereka sahaja.

    Golongan ini memang sukar untuk di ubah kerana golongan ini boleh dikatakan mengikut kehendak sendiri (yakin dengan Gerakkan yang dilintaskan melalui hati mereka). apabila golongan ini di api²kan, mungkin akan ada yang mengambil tindakan, mungkin juga mereka tidak mengambil kisah langsung mengenainya.

    Pada Mereka, terdapat tahap² untuk mencapai kelazatan hidup di dunia ini, manakala jika semua manusia telah MENGENAL, maka memang tidak akan ada peperangan dan pepepecahan kerana setiap individu yang MENGENAL ini tidak mengejar untuk jadi kaya, kebolehan untuk bina bangunan tinggi, kapalterbang mahupun tamadun yang tinggi.

    sekian sahaja pendapat saya.
    p/s: saya hanya berpendapat, jangan "kunfayakun" kat saya pulak yer... ;)

    BalasPadam
  8. assalam, sebenarnya belum dapat di pastikan samaada sahih atau tak ,hanya yg m,amalkan saja yg tahu, pengamal ilmu hakikat teruskan jika ilmu di yakni, bg yg pengamal syariat susah mau faham , tak apa . yg penting al quran dan al hadis jgn tinggal belajar dan kaji. jgn di ambil bulat-bulat sekira ilmu itu tidak di yakin, bertanya kepada guru yg mereka katakan mursyed . kalau tak faham jua jgn paksa , kerna allah tak suka kepada hambanya yg berlebih tp tak faham. ok peace be upon you.

    BalasPadam