medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Selasa, 27 Disember 2011
AJARAN GURUKU ...001
Oh Tuhan dimanakah engkau, ku seru dan ku cari namun DIA diam membisu seribu bahasa. Aku bingung dan aku hiba yang ku cari tak jumpa2, dimana aku dimana engkau aku terlupa hal yang sebenar, antara duduk dan juga berdiri, antara gerak dan juga diam, antara masuk dan juga keluar, antara putih dan juga hitam, antara siang dan juga malam, antara hamba dan juga Tuhan.......
Kita bersama kita seiring, sehingga aku lupa akan keadaan, kini ku tahu kini ku sedar tempat ku kini ia berada, antara diantara tiada antara, berpisah tidak bersekutu pun tidak ia satu tidak berpihak, antara aku dan juga dia hanya satu tidak serupa, tempat dudukku itulah singgahsana, nyatalah akuku menyatakan akunya, cermin ku lihat tempat berpandangan, menyatakan wajah sifat ke-elokkan, kesempurnaan diri ia sertakan maka itulah namanya perhentian,
Hilang nya aku nyatalah ia, nyatalah ia ujudnya diri, sifat agung ia tajalli dari tali ikatan ilahi, gerak peyambung ikatan ilahi terjadi ia dengan sendiri, aku ikuti perjalanan ini sehingga sampai ke destinasi.
Aku duduki pada tempatnya kini ku berdiri untuk menyatakannya, qudrat iradat utusan sifat itu semua tajalli zat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalammualaikum..
BalasPadamkita di sini hanya untuk menafi dan mengisbatkan saja..sebagai pelakon yang mengikut skrip yang diarahkan oleh pengarahnya..
Salam, tuan fakir....lama x posting ilmu2 hakikat.
BalasPadamtuan..saya nak tanya la,saya ada sedikit kemusykilan berkenaan dgn :
BalasPadam1)Segala-galanya hanya adalah Allah,tapi segala-galanya bukan Tuhan. betul atau salah tuan?
2)Apa beza wajibul wujud dgn wajibul syuhud?
3)Macam mana kita nak tahu,bila kita dah berserta dgn diri sebenar diri?
4)dengan merasai aura(arus elektrik)pada tubuh kita,adakah itu dikata berserta atau bagaimana?
saya sukar nak membezakan tenaga hidup,jasad dan dimana saya?