Khamis, 30 Jun 2011

BUKU BUKU Karangan Bapak Dr Bagindo Muchtar....Deletion Of Entries.

Salam para pembaca yang budiman.

Saya mohon maaf kerana terpaksa memadamkan semua entries buku buku karangan Bapak Dr Bagindo Muchtar kerana sebab sebab yang saya tidak mahu menjelaskannya. Anggaplah tiada rezeki kita .

Jika pembaca berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ILMU Bapak Dr Bagindo Muchtar yang mulia ini..carilah murid murid Allahyarham yang MULIA lagi ALIM dalam Ilmu yang walaupun sudah lama diperkenalkan oleh Bapak yang mulia itu tetapi hanya segelintir manusia sahaja yang mengetahuinya.

Tidak seperti ilmuan dan pengkaji barat dan jepun yang berbangga dengan kajian dan pencapaian mereka dan menyebarkannya dimedia..orang Melayu islam masih dibelenggu dengan kejumudan, taksub dan ego yang sukar difahami dan memilih seperti nenek moyang kita dahulu..MERAHSIAKAN ILMU...Apa nak dibuat sudah memang perangai melayu seperti itu. Sekali lagi saya mohon maaf.

fakir.

Isnin, 6 Jun 2011

BATINKU - Karangan Allahyarham Bapak Dr Bagindo Muchtar ( BBM )

DR. BAGINDO MUCHTAR
Batinku



SEPATAH KATA DARIKU

Kupersembahkan karyaku (risalahku) ini bagi mereka peminatpeminat yang masih dalam mencari-cari akan keakuannya, dan seterusnya mencari jalan
untuk dapat mengenal akan diri sendiri, dan terutama kuhidangkan untuk anak-anak didikku, anak-anakku yang telah mendapat dan menerima aliranku dan yang telah bergerak di bidang ilmu pengetahuanku dan yang telah dapat banyak merasakan akan manfaatnya ilmu pengetahuanku denganmengamalkannya.

Mengingat akan pengalaman-pengalaman yang sudah-sudah dan pengertian yang belum begitu mendalam difahami oleh kebanyakan anak didikku, maka kucubalah menyusun dan merangkaikan karyaku ini dengan tujuan untuk lebih lekas dapat difahami dan dapat dimengerti lebih mendalam, kerana janganlah hendaknya ilmu pengetahuan yang telah diperdapat atau diterima melalui badan diriku bertaklid padaku atau terlampau dipergantungi padaku yang dianggap sebagai Bapak atau guru, malahan tujuanku terutama supaya dapat berdiri sendiri pada keakuan dan ilmu masing-masing

Maka tak apalah rasanya bagi mereka yang sangat bergantung padaku, pada keakuanku selama ini, adalah karyaku ini untuk sebagai petunjuk dalam membimbing dari keakuanku kepada keakuan sendiri masing-masing.

Harapanku semoga dengan berhasilnya mereka menemui ‘Aku’- nya sendiri dan dapat serta sanggup berdiri sendiri pada diri yang sebenarnya diri, tercapailah hendaknya tujuanku hendak ‘melahirkan manusia baru sampai dapat tercipta dunia baru dengan masyarakat baru’ yang menjalankan kehidupan berlahir dan berbatin.

Dan terhadap Tuhan, kututup ‘Sepatah Kata’ dariku ini dengan menyusun jari yang sepuluh, menghunjamkan lutut nan dua, menundukkan kepala yang satu, memohon ampun kepada-Nya.

Wabillahitaufiq walhidayah

Aku

(BAGINDO MUCHTAR )

BATINKU


Apakah sebenarnya kebatinan itu? Pada umumnya, orang menganggap adalah apa yang dinamakan kebatinan itu, iaitu yang tak nampak atau sesuatu yang keadaannya tak nyata. Dan bagi mereka yang telah banyak pengalaman dan berbuat terhadap dan dengan kebatinan, maka orang dan dia sendiri menamakan dirinyaseorang ahli kebatinan.

Sedari kecil aku sangat tertarik kepada ilmu kebatinan. Pernah aku perdapat yang berupa kata-kata yang harus dihafal atau isimisim yang akan dibacakan untuk digunakan pada saat-saat diperlukan. Dan pernah pula aku dijadikan anak angkat oleh seseorang yang kemasukan (trance) untuk mendapat benda atauuntuk keperluan sesuatu.

Kesemua itu aku terima bukan untuk begitu saja dipercayai dan diyakini, melainkan aku terima untuk ingin mengenal dan mengetahui. Pelajaran yang kuterima pada umumnya, kata-katanya seperti orang berpantun saja dan ada pula ayat-ayat Quran yang harus dibaca umpamanya untuk keperluan sesuatu.

Selalu bila ada waktu terluang, tak habis-habisnya aku berfikir atau memikirkan apa hubungannya itu kata-kata atau ayat-ayat dengan sesuatu yang dihadapi atau yang akan dihadapi bila diperlukan. Ditanyakan kepada orang yang memberinya (guru) mendapat jawapan tidak memuaskan, dan kesimpulannya kita harus meyakini dan membawakannya saja, habis perkara.

Akan tetapi, jiwaku tidak puas menerima saja cara begitu dan begitulah segalanya itu selalu menjadi buah pemikiranku. Apa memang adakah hubungannya, kait-mengaitnya satu sama lain? Keakuanku tak dapat begitu saja menerimanya secara kenyataan.

Walaupun dalam perjalanan kehidupanku (pengalaman) banyak terjadi dan tersua olehku yang aneh-aneh, akan tetapi kesemuanya itu kuanggap sebagai satu kebetulan saja. Akan tetapi sungguhpun begitu, segala sesuatunya itu tetap menjadi buah pemikiran bagiku untuk memecahkannya.

Dan di antara kata-kata yang berupa pantun-pantun yang kuterima itu atau yang diturunkan orang padaku itu, yang amat menarik bagiku ialah permulaannya selalu dengan menyebut nama Allah iaitu ‘Bismillah al-Rahman al- Rahim dan pada penutupnya selalu dengan, “Berkat kalimah Lailaha ill-Allah.”




Sebagai seorang yang beragama, tentu aku percaya akan adanya Tuhan dan Yang Ghaib. Akan tetapi bagaimanakah hubungannya Yang Ghaib dengan diri sendiri? Dan apa sebenarnya Yang Ghaib itu dan apa benar adakah Yang Ghaib itu?

Tuhan tentu tak dapat dikaji sedalam-dalamnya, bukan? Sebagai seorang beragama wajib percaya akan ada-Nya. Akan tetapi Yang Ghaib, bagaimanakah keadaan-Nya? Berupakah atau tenagakah dia?

Pada umumnya, pengertian ghaib iaitu tidak nampak atau tidak nyata. Begitupun pula tenaga (daya) pun tidak nampak, akan tetapi sewaktu-waktu seseorang dapat merasakannya sehingga sampai orang menamakannya ‘tenaga ghaib.’ Tenaga ghaib sudah pasti terbitnya dan timbulnya dari yang ghaib atau tenaga dari yang ghaib (sesuatu yang tidak nyata).

* * *
Apakah sebenarnya kebatinan itu? Dan sampai di manakah tingkatan ilmu pengetahuan seorang ahli kebatinan? Mungkin berlain-lain pandangan seseorang mengenai kebatinan dan ilmu kebatinan. Masing-masing akan mengatakan dia yang benar dan lebih benar dari yang lain. Yang Maha Benar ialah Tuhan.

Terlepas dari kebenaran seseorang memahami kebatinan dan ilmu kebatinan, maka ini aku huraikan fahamku sendiri tentang soal kebatinan dan ilmu kebatinanku dengan jalan mengupas dan meneliti batinku sendiri sampai aku dapat mengenal diriku sendiri, serta memecahkan akan rahsia-Nya sehingga dapat aku mengatakan, “Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku.”

Dalam-dangkalnya kebatinan seseorang bergantung pada dasar dari ilmu kebatinannya sendiri dan kelebihan seseorang akan kelihatan pada tindak-laku perbuatannya atau di waktu bertemu satu sama lain yang golongannya termasuk ahli kebatinan atau pada waktu mengamalkan ilmu pengetahuannya.

Pengalamanku yang bertahun-tahun dalam perjalanan mengamalkan apa yang ada padaku, terutama di bidang pengubatan, membebaskan diri seseorang dari kesulitan-kesulitan yang dialami, tekanan-tekanan perasaan dan lain-lain, bahkan sampai kepada menurunkan ilmu pengetahuanku pada mereka yang berminat hendak mengamalkan pula seperti apa yang kuamalkan, pengalaman-pengalaman yang aneh-aneh yang tadinya tak diduga sebelumnya yang tak makan di akal akan bisa terjadi tetapi terjadi, menyebabkan aku tak habis-habisnya berfikir dan merenungkan apa yang telah ada pada diriku itu sehingga mendatangkan kemahuanku yang teguh untuk mengetahuinya lebih mendalam dan aku sangat ingin memecahkannya secara ilmiah dan bukan secara mistik (yang harus menerima dan mempercayainya saja).


Aku yang tadinya belum tahu, dengan mengingat dan mempelajari kembali apa yang telah terjadi pada waktu aku mengamalkan apa yang ada padaku, dengan beransur dan teratur telah menjadi tahu. Walaupun belum keseluruhannya aku tadinya belum mengerti padanya, lambat-laun telah menjadi mengerti walaupun belum keseluruhannya. Sampai akhirnya, aku dapat mengenal dan menemui diriku sendiri dengan rahsia yang terkandung padanya sehingga rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku pula, sehingga kedudukanku (bagaimana aku sebenarnya) aku rahsiakan pula.

Siapa yang dapat memecahkan rahsiaku? Terserah pada yang tahu dan Yang Maha Tahu adalah Tuhan.

Bagaimana caranya aku dapat mengenal dan menemui diri sendiri? Pengalamanku yang bertahun-tahun melakukan sesuatu untuk sesuatu, mencari sesuatu dengan sesuatu, menyimpulkan bagiku bahawa untuk tujuan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu, seseorang harus mengembara mengadakan dan melakukan perjalanan zahir dan batin kerana dalam perjalanan pengembaraan itu, bermacam-macam pengalaman yang akan diperdapat kerana akan bermacam-macam pula keadaan dan kejadian yang akan ditemui dan dilalui, kerana lain padang lain belalang, lain lubuk lain pula ikannya dan akan bermacam-macam pula pelajaran akan diperdapat berkat dari pengalaman-pengalaman yang telah tersua terhadap badan diri sendiri dan terhadap diri orang lain yang menghubungi atau yang berhubung dengan diri kita.

Dan tak dapat dimungkiri, bahawa untuk mendapat dan mengetahui sesuatu, seseorang harus mempunyai cara atau metode (method), analisa atau pemecahan, yang mana sebahagian besar orang menamakan tarekat. Tarekat bererti jalan. Sesuatu jalan yang dijadikan amalan untuk mendapatkan sesuatu.

Tarekat apa yang kupakai atau apa dan bagaimana jalanku? Aku tak bertarekat seperti orang bertarekat, melainkan aku mempunyai jalan sendiri yang aku perdapat dan temui setelahnya aku banyak berbuat dan berlaku di waktu aku mengadakan perjalanan pengembaraan. Dan setelahnya aku dapat mengenal dan mengetahui akan jalan yang telah aku perdapat itu, dan denganpengalaman bertahun-tahun berjalan pada jalan tersebut, maka dapatlah aku mengatakan bahawa adalah jalan yang ada padaku itu antara lain ialah jalan untuk mengenal diri sendiri, dan terhadap orang banyak aku dapat mengatakan bahawa adalah tarekatku, tarekat untuk mengenal diri sendiri.

Dan begitulah aku dapat mengisahkan, kisah hasil perjalananku sebagai seorang manusia awam mencari seorang hamba Allah yang menamakan ‘Aku’ terhadap badan dirinya, yang bagi setiap orang tempatnya dan letaknya terahsia sebelum dapat menemuinya di tempatnya. Kisahku ialah begini:

Jumaat, 3 Jun 2011

SELAMAT BERTEMU SEMULA...



Salam pembaca yang Di-Rahmati Allah..

Alhamdulillah saya dalam keadaan boleh menulis semula ..dan disamping itu saya juga telah diizinkanNya menubuhkan satu GRUP DISKUSI di Facebook beralamat @ http://www.facebook.com/home.php?sk=group_157303017670026 ..Tajuk Laman = BBM + TASAUF. BBM maksudnya Bapak Dr Bagindo Muchtar ..kerana disamping memuzakarahkan ILMU KETUHANAN laman ini juga menumpukan kepada KAEDAH TAFAKUR BBM.

Bagi pembaca yang berminat untuk menjadi ahli silalah pertamanya ADD saya ( Omar Abdullah ) sebagai friend yg akan membolehkan saya ADD sdra/sdri sebagai ahli GRUP tersebut.

Sekian terimakasih.

fakir