Sabtu, 3 Ogos 2013

HAKIKAT YG DISEMBAH - Tulisan Sahabat - Sahibul Qarib



HAKIKAT YANG DISEMBAH (SURAH AL IKHLAS)

Hakikat yang disembah tak tahu; tak boleh disebut – tak boleh kata – tak boleh difikir – tak boleh dikaji, Hakikat Yang Disembah!; tetapi ganti untuk kita nak sebut dipanggil DIA – hakikat yang disembah itu DIA, tapi hakikatnya tak tahu – namaNya Allah. Apabila sebut namaNya Allah ganti daripada DIA yaitu ganti daripada Hakikat Yang Disembah. Maka sekiranya kita nak pergi kepada semata-mata Zat, bahawa Allah itu AL – A’AHADU { Alllah Ahad); QUL – HUALLAH - HU A’AHADUN { ALLAH ITU AHAD). Makna AHAD yaitu ia menunjukkan akan AhadiahNya.
Katakanlah : Dia Allah Yang Maha Esa.
Ahad itu menunjukkan Sifat ataupun nama bagi Sifat yang menunjukkan Ahadiah Allah – Ahadiah Zat. Apa dia Ahadiah Zat? yaitu Zat {Semata-mata Zat, ia tidak berserta sifat, ia tidak berserta nama; sebelum lagi dipangil dengan satu namapun; itu ia Ahad.
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang dia tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut. Al Insan(76) : 01
Yang disembah! Hakikat yang disembah itu tidak boleh disebut – tidak boleh dikata – kelu lidah nak menyebutnya. Hakikat Yang Disembah – Hakikat yang kita minta tolong – Hakikat yang kita berhadap; kelu lidah kita nak menyebutNya, itu hakikat Dia; yang boleh sebut tu nama – kalau nak dijadikan nama bolehlah sebut tetapi sebelum Dia jadi nama kelu lidah nak sebut, tak boleh sebut. Kosong dalam akal fikiran nak memikirnya. Kosong! – kosong daripada fikiran. Hakikat yang disembah itu tak boleh difikir.
Oleh kerana hakikat yang disembah itu kelu lidah nak sebut; tuli telinga mendengar – buta mata melihat – maka hakikat yang disembah itu digantikan dengan kalimat DIA, baru boleh sebut, kalau tak! – tak boleh nak disebut. Siapa yang menjadikan kamu? Dia! – nama apa Allah! barulah boleh sebut.. Kalau tak ganti dengan Dia, tak ditukar dengan kalimat Dia, tak boleh sebut. Tak ditukar dengan nama Allah, tak boleh disebut. Begitu sekali bersalahannya Hakikat yang disembah itu; Muhalaqahnya.

Makna terang, kalau timbul yang tersembunyi barulah terang, kalau masih tak timbul lagi, masih duduk ragu lagi, sekarang yang tersembuyi itu ialah Hakikat Yang Disembah; jadi Hakikat Yang Disembah ini lidah kita kelu nak sebut; akal kita tak boleh berfikir; buta mata melihatnya dan tuli telinga mendengarnya. Oleh kerana begini Maha Tingginya ia – Maha Sucinya ia – Maha Besarnya ia – tidak berdaya makhluknya nak fikir tak boleh – nak sebut kelu lidahnya Hakikat Yang Disembah itu maka digantikan dengan kalimah DIA (HU) – bila ganti Dia, baru boleh sebut; Dia tu banyak! Dia yang mana? Dia yang bernama Allah.
Jadi nama Allah ini menerangkan kepada seseorang, sehingga ternyatanya AIN ZAT yang tersembunyi itu. Kalau begitu ia sungguhlah ada Zat kerana namaNya ada. Tapi Allah bukan Zat. Ini ikhlas. Kalau selagi nampak bergambar – selagi boleh sebut yaini Hakikat Yang Disembah itu boleh disebut dengan lidah selagi itulah belum ikhlas. Itu dinamakan Surahtul Ikhlas. Suci sungguh – selesai sungguh – bersih sungguh Zat Allah Taala itu, Hakikat Yang Disembah itu sehingga nak sebut tak boleh; jika sekiranya Dia tidak izinkan.
Masa datangnya (kiamat) tiadalah seorangpun dapat berkata-kata melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia. Hud(11) : 105
Hakikat Yang Disembah itu ditukar dengan Kalimah Dia yang bernama Allah. Kalau tak – tak boleh kata apa, duduk senyap sunyi begitu, sehingga nak kata tak boleh tapi dengan kasih sayang rahmatNya, kemurahanNya maka dizinkan; maka digantikan dengan kalimah Hua, bila kata Dia barulah boleh mulut sebut.
Tapi nak fikir tak boleh juga, bersalahan dengan segala yang baru. Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka; bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran; dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya. Saba(34) : 23

Jangan bertuhankan Kalimah. Jangan bertuhankan Nama tapi kalau Dia tidak turunkan nama; tak boleh nak kata apalah kita, kelu – suara tak terbit juga, masih ada suara, bukan lagi!; begitu ikhlasnya hakikat yang disembah, sampai disini barulah ikhlas Tauhid seseorang itu. Barulah sampai maksud Kul Hua Allah Hu Ahad.
Teman yang Maha Tinggi itu adalah Rafequl A’la nak sebut tak boleh – nak kaji tak boleh – nak fikir tak boleh – Rosul masa wafatnya; kalam yang terakhir terbit ialah Rafequl A’la. Tapi kalau senyap saja tak pakai, dia kena bunyi. Jangan jadi serupa tok cha; dia tak mahu sebut tapi dia nak. Adakah orang islam nak jadi begitu juga? pakai ilmu tok cha(sami).
Kul Hua Allah Hu Ahad; Saidina Bilal apabila diletak himpit dengan batu didadanya kena dera ditengah panas, kalimah yang keluar dari mulutnya ialah AHAD – AHAD – AHAD; dia pergi kepada Ahad, kepada Rafequl A’la – kepada Ahdiah Allah – semata-mata Zat; tidak berserta Sifat dan tidak berserta Asma. Pada hal Saidina Bilal itu seorang hamba abdi tetapi aqidah dia sudah pun kepada Ahad – Ahad itu Ahadiah semata-mata Zat.
Kemudian Allah didatangkan lagi namaNya – namaNya itu Allah pada kali yang kedua; tadi ayat yang pertama – ayat yang kedua ALLAHHU SAMAD - Jadi ALLAHHU AHAD yaitu nama bagi Sifat yang menunjukkan ADIAH ALLAH – ALLAHHU SAMAD , nama yang menunjukkan WAHIDIAH ZAT yaitu ZAT BERSERTA SIFAT.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Tadi semata-mata Zat (AHDIAH) yaitu zat tidak berserta Sifat, Zat tidak bernama. Sekarang Wahidiah yaitu Zat berserta Sifat dan Bernama; itu WAHIDIAH. Hak yang pertama tadi semata-mata Hakikat Yang Disembah saja, tidak berserta dengan SifatNya, tidak lagi bernama; tetapi untuk nak mendekatiNya kerana Hakikat Yang Disembah itu tidak bernama; payahlah nak disebut, tidak boleh difikir dan dikaji, maka adalah namaNya; tetapi nama itu menunjukkan Sifat A’Ahdiahnya (ALLAHHU AHAD) – ALLAHHU SAMAD; Allah tu nama! tapi tak lain daripada Zat! sebab kalau tak diberi nama, tak boleh nak sebut langsung. Bila kata Allah tu, maksudnya Hakikat yang Disembahlah! Allah tu AL MAKBUD yaini Hakikat yang Disembah.
Allah yang sebenar-benar disembah itu menunjukkan Zatnya berserta Sifat dan dikenali dengan AsmaNya (NamaNya) yaini ALLAHHU SAMAD.
Jadi bila nyata ASSAMADU bahawa Zat Hakikat Yang Disembah; nama bagi Sifat Hakikat Yang Disembah yang menunjukkan WAHIDIAHNYA yaitu ZAT berserta SIFAT. Allah itu SIFATNYA tidak berhajat kepada yang lain, bahkan Allah itu menjadi sandaran kepada sekelian yang maujud. Allah itu ZAT yang bersifat ASSAMADU itu; Zat itu adalah tempat menyandarnya sekelian maujud.
 Menyandar bagaimana? kita menyandar kepada Dia – lapar menyandar ke Dia; diadakan rezeki dll; untuk maksud menyandar, bukan menyandar tubuh – menyandar makna tempat bergantung.

Jadi sekarang apa sahaja, hak tadi Ahadiah Dia itu tak ada berhubung dengan Sifat dan tidak menyata kepada yang lain; tetapi yang kedua ini Wahidiah dia berhubung dengan yang lain. Ahdiah semata-mata Zat. Wahidiah berserta Sifat; bila berserta Sifat adalah MazharNya dan adalah DalilNya; tapi semata-mata Zat tidak perlu kepada Dalil – tak perlu kepada Mazhar bahkan Tajjali terus; bila Dalil untuk Sifat dan Asma; Dalil untuk Afaal – Mazhar untuk Sifat dan Asma tetapi ZatNya Tajjali.
Allah! Dia – Dia ganti daripada Hakikat Yang Disembah dengan sebenarnya; Hakikat Yang Disembah dengan sebenarnya itu tak boleh nak sebut – tak boleh nak kata – tak boleh nak fikir – tak boleh nak banding – tak boleh nak rupa bentuk; maka amat susalah kepada sekelian yang lain hendak mendampingiNya atau nak menyadar(bergantung) kepada Dia. Maka Allah yang gantinya Dia, dikala itu semata-mata Zatnya tidak berserta Sifat dan Asma.
Tetapi apabila ia nak menyatakan kepada sekelian makhluk; maka Zatnya berserta Sifat dan berserta Asma. Bila Zat berserta Sifat barulah boleh disebut NamaNya(AsmaNya). Tetapi Zat bukan Sifat – Sifat bukan Zat, inilah WAHDIAHNYA. Allah ganti Dia! – ganti Hakikat Yang Disembah dengan sebenarnya itu – diganti dengan Dia – diganti dengan Allah kemudian berserta dengan Sifatnya Assamadu. Jadi Assamadu tempat bergantungan, tempat sandaran(gantungan) sekelian yang Wujud.
Bersandar disini maksud berhajat dan berkehendak kepadaNya; bukan kepada Assamadu – bukan kepada Allah – bukan kepada Dia tapi kepada Hakikat Yang sebenarlah; tetapi kalau tidak ada Assamadu tidak nyata SifatNya; jadi tak nyata bahawa Allah itu, nama yang disebut itu menjadi tempat gantungan bagi sekelian yang baru.
Bukan Assamadu itu yang tempat kita berkehendak; tempat yang kita berkehendaknya ialah kepada Hakikat yang bernama Assamadu itu bukan Assamadu itu. Jadi Assamadu itu untuk menyenangkan kita tempat buat perhubungan. Bila kata Allah terus pada Hakikat Yang Disembah – bila sebut Allah kembali kepada AhdiahNya, sebab Allah itu Wahidiahnya yaitu semata-mata Zat – Hakikat yang disembah itu bukan Assamadu – bukan Allah!
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Ar Rahman(55) : 27
Jadi sekarang Dia menyatakan AhadiahNya yaitu semata-mata Hakikat Yang Disembah. Dia menyatakan WahidiahNya yaitu Hakikat Yang Disembah itu berserta dengan SifatNya kemudian Dia menyatakan pula WahdiahNya(Wahdah) yaitu Dia menyatakan bahawa Dia itu tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
Lam Yalid – Dia tidak beranak – kerana beranak ini adalah satu kerana bagi wujudnya sesuatu yang lain; jadi bereti Zat Allah Taala itu tidak mengeluarkan anak. Sifat itu bukan anak Dia – Asma itu bukan anak Dia – sekelian Nur itu bukan anak Dia dan bukan sebab sekelian daripada Dia. Kalaulah Nur itu sebahagian daripada Zat – kalaulah sifat dan asma itu sebahagian daripada zat, bererti Zat ini beranak. Kalau sekiranya Nur itu anak Zat maka Nur itu adalah kuasanya seperti mana Zat; dia pula boleh buat alam lain lawan dengan ayah.
Jadi kalaulah sekiranya sifat itu zat – sifat sendiri berkuasa; sifat diri boleh menjadikan sesuatu berpisah ia dengan zat; sifat pun kenyataan bagi zat – sifat tak boleh nak buat apa; ia hanya kenyataan menyatakan bahawa Hakikat Yang Disembah itu sebenar yang menjadikan sekelian alam. Nama pun tak boleh buat apa.
Sekiranya Zat Allah Taala itu Dia beranak yaini keluar daripada Zatnya sesuatu yang lain samada keluar daripada Zatnya Hakikat Muhammadiah – keluar daripada Zatnya itu Muhammad, maka Muhammad anak Dia? bila Muhammad anak Dia; maka Muhammad boleh buat macam mana Dia boleh buat.
Walam Yulad – Begitu juga Dia tidak diperanakkan. Bukanlah Zat itu timbul daripada Sifat atau daripada Asma. Ada Sifat – ada Asma baru ada Zat! bukan begitu! ia kenyataan ujud Zat bukan timbul dari Zat. Bukanlah Zat itu timbul daripada Ujud – Ujud itu menyatakan bahawa Zat itu ada – Zat yang Wajibal Wujud bukan yang ujud itu Zat. Itu membawa kepada WadahNya – Wadahula Syarikala

Sudah mengetahui Ahadiah – Wahidiah kemudian pergi pula pada Wahdah maka surahtul ikhlas ini tiada suatu apa pun setanding dengan Dia pada yang lain daripada Zatnya. Sifat Dia tak boleh nak tanding dengan Dia – Asma Dia tak boleh nak tanding dengan Dia, apa lagi yang lain daripada Dia. Kesimpulannya tiga yaitu Ahdiah – Wahidiah – Wahdiah.
Dalam surah al – ikhlas ini Allah menyatakan Ahadiah ZatNya yaitu semata-mata Zat – Zat yang tidak berserta Sifat dan tidak Bernama; Hakikat Yang Disembah itu dia tidak bernama dan dia tidak bersifat pada AhadiahNya. Tetapi apabila sampai pada WahidiahNya Zat[Hakikat Yang Disembah] itu berserta Nama – berserta Sifat dan disebut NamaNya. Kemudian turun kepada peringkat Wahdah[Wahdiah], Zat[Hakikat Yang Disembah] berserta Sifat disebut NamaNya kenyataanNya pada sekelian Alam. Barulah Zat – Sifat – Asma – Afaal.
Bila kata BISMILLA HIR RAHMAN NIR RAHIM – manusia dengan segala alam perhimpunanNya – kemudian menyatakan Ujudnya Zat – Ujudnya Sifat – Ujudnya Asma – Ujudnya Afaal Allah. Bila kat KUL HUALLAHHU AHAD – pergilah kepada AhadiahNya yaitu semata-mata Zat. ALLAHHU SAMAD – pergilah kepada WahidiahNya, Zat berserta Sifat SAMADIAHNYA, sifat; yang segala lain berhajat padaNya. LAM YALID WALAM YULAD – WALAM YAKULLAHU KUFUAN AHAD – pergilah kepada WADAHNYA yaitu sekelian yang lain tidak boleh menyerupai Dia; sekelian yang lain hanya semata-mata Dalil atau Mazhar bagi Ujud Zatnya.
Allah suruh nabi kata, beritahu kepada orang kafir Quraish yang bertanya siapakah Tuhan yang sebenar wahai Muhammad maka Allah suruh Nabi beritahu kepada kafir Qurish HUA, makna melayunya DIA; adalah mengatikan pada sebutan ZAT HAKIKATUL MAKBUD, kerana Zat, Hakikat Yang Disembah dengan sebenar-benarnya itu tak boleh nak disebut, kelu lidah nak menyebutnya, tak boleh dilihat, tak boleh dibanding dan sebagainya.
Jadi oleh itu digantikan pada sebutan ZAT HAKIKATUL MAKBUD itu dengan perkataan HUA atau DIA. Bahawa HAKIKAT AL MAKBUD, Hakikat Yang Disembah dengan sebenarnya itu ialah SEMATA-MATA ZAT – tidak berseta Sifat – tidak berserta Asma, pada Hakikat AhadiahNya; yang itu dinamakan Ahadiah.

Dinamakan Surahtul Ikhlas kerana menyucikan Hakikat Ahadiahtul Makbud daripada kesamaran dari bilangan-bilangan nama Allah serta Sifat sebab bilangan nama Allah itu 99, jadi bilangan namaNya banyak sedangkan Hakikat Makbud itu hanya SE [Ahadiah] sahaja; Jadi kalau ArRahman pun Dia – ArRahim pun Dia dll, maka banyaklah bilangan-bilangan AsmaNya dan bilangan SifatNya.
Kesempurnaan ikhlas bagi Zat Al-Makbud – kesempurnaan menyucikan bagi Zat Al-Makbud itu, menafikan segala Sifat daripadaNya yaini Zat itu dinafikan Sifat daripadanya kerana tiap-tiap Sifat itu bukan suatu yang disifatkan. Makna Zat itu bukan Sifat jadi tiap-tiap sifat itu bukan suatu yang disifatkan bererti bahawa Sifat-Sifat Allah itu bukannya Zat tetapi tidak lain daripada menerangkan Hakikat Zat Al-Makbud.
Allah nama bagi Zat berserta segala Sifat. Bila kata Dia – Dia itu ganti pada sebutan Hakikat Al-Makbud. Bila kata Allah ganti daripada menyebut WAHUA, siapa Dia? adalah Allah. Jadi Allah itu nama bagi Zat berserta segala Sifat. Bila kata Allah – ArRahman – ArRohim - Al Malikul sehingga 99 dan segala Sifat Kemalatnya yang mengantikan Hakikat Al Makbud – Hakikat Al Makbud ini nak fikir tak boleh – nak sebut tak boleh, pasal Dia bersalahan dengan segala yang baru. Melainkan bila kata Dia yang bernama Allah barulah boleh sebut. Bila ganti kepada Dia yang bernama Allah barulah boleh sebut tetapi Hakikat Al Makbud tetap Dia dengan AhadiahNya; kerana segala Sifat itu bukanlah suatu tambahan diatas Zat.
Ahad ialah Ahadiah Hakikat Zat Al Makbud dengan tidak di iktibarkan pada bilangan-bilangan Sifat dan Asma – Sifat-Sifat dan Asma itu adalah penerangan-penerangan sebagai tempat timbulnya AIN yang tersembnyi yaini Hakikat Zat Al Makbud tersembunyi tiada siapa pun boleh cerita, menerangkan dan sebagainya tetapi Sifat dan Asma inilah yang menerangkan supaya nyata dan timbulnya AIN yang tersembunyi tetapi Hakikatnya adalah AIN yang tersembunyi itu sendiri.
Jadi ArRahman itu siapa dia? ArRahman tu Hakikat Al Makbud-lah tapi kalimah ArRahman itu – itu Asmanya, itu SifatNya tetapi Hakikat ArRahman itu ialah Al Makbud-lah yang disembah.
Perbezaan antara Ahad dan Wahid.
 AHAD ialah Ahdiah Hakikat Al Makbud yaitu zat Mutlak tanpa Sifat dan Asma. Bila kata Ahadiah hanya semata-mata Hakikat Al Makbud yang disembah. Tapi WAHID – bila kata Wahid ialah Wahidiah Al Makbud berserta bilangan Sifat dengan AsmaNya, barulah Wahidiah. Ditukarkan Asma bagi Zat berserta Sifat pula adalah menunjukkan hakikat WAHDAH AL MAKBUD, jadi daripada SifatNya ditukar disebut dengan Nama itu menunjukkan WAHDAH-Nya.
Assamadu nama bagi Sifat yang menunjukkan Wahidiah Al Makbud sebagi tempat sandaran yang mutlak, tak ada tempat lain hendak disandar melainkan kepada Allah Assamad yaini kepada Zat bagi tiap-tiap sesuatu yang lain, kerana berkehendaknya tiap-tiap yang lain daripadaNya kepadaNya. Segala yang lain daripada Allah kepada Zat itu semuanya berkehendak kepada Dia dan segala keadaan tiap-tiap sesuatu itu dengan Dia; semuanya sekali dengan Dia
Dialah yang Maha Kaya yang berhajat sesuatu yang lain kepadaNya oleh itu tiap-tiap sesuatu MAUJUD dengan UJUD-Nya tetapi bukan dengan Zat Al Makbud. Dalil Ujud Allah itu sekelian yang Maujud tetapi Ujud itu bukan Zat. Ujud itu Sifat yang menerangkan bahawa adanya Hakikat Al Makbud itu kerana segala yang MUMKIN itu melazimkan bagi Ujud dan bukannya Sifat Ujud; contoh: kita tenguk tanah basah je, melazimkan ada hujan tetapi tanah basah itu bukannya hujan – kita tenguk pohon kayu habis patah riuk, itu melazimkan adanya ribut tapi pokok patah riuk itu bukannya ribut. Melazimkan pokok tumbang itu adanya ribut. Jadi sekelian Mumkin ini Melazimkan bagi Ujud, takpadat tidak bila ada sekelian yang baru ini adalah Ujud; tapi bukannya Sifat Ujud Tuhan, Cuma Dalil Dia.

Maka tiada rupa bentuk – tidak ada bandingan – tidak ada yang menyerupai UjudNya. Allah Taala itu tak boleh dibanding, tak boleh dibentuk, tak boleh dirupa Ujud Allah. Beranak ertinya melahirkan sesuatu daripada diri dan satu kelahiran itu adalah satu juzud daripada juzud yang beranak itu; makna kalau anak itu sebahagian daripada emak dan ayah, itu baru dipanggil beranak! Jadi darah daging akaulah tu!

Kalau sebut beranak ertinya melahirkan sesuatu daripada diri sesuatu. Lahir sesuatu dari diri sesuatu dan satu kelahiran itu adalah satu juzud daripada diri yang beranak itu. Allah Maha Suci daripada meperanakkan sesuatu maknanya sekelian yang Maujud ini bukan terbit daripada dalam Zat Tuhan, bukan Zat itu terbit makhluk, Nur dll; tidak begitu – dan tidaklah sesuatu yang lain itu lahir dari Zat Al Makbud, bukan Zat yang sebenar disembah itu memperanakkan sekelian Alam ini.
Zat Allah Taala ini tidak beranak, bukalah maknanya sekelian makhluk ini terjadi daripada ZatNya tetapi ZatNya-lah yang mernjadikan sekelian Alam ini. Bukan terbit daripada ZatNya dan tidaklah sesuatu yang lain itu lahir daripada Zat Al Makbud bahkan sesuatu itu adalah kejadianNya yang menunjukkan Wahdatul Ujud Al Makbud; Dia sendiri sahaja menjadikan sekelian Alam ini. Jadi sekelian Alam ini menunjukkan Wahdatul UjudNya.
Dia Ahadiah – Ahadiah itu ZatNya. Wahidiah itu Asma dan SifatNya. Wahdah itu AfaalNya. Jadi bila kata Allah – Zat – Sifat – dan Afaal. Zat Maqamnya Ahadiah – Sifat dan Asma Maqamnya Wahidiah – dan AfaalNya Maqamnya Wadah. Tak ada yang lain daripada Dia menjadikan sekelian perbuatan itu melainkan Dia sahaja. Jadi bila Tauhidul Afaal ialah Wadahtul UjudNya – Pada Tauhidul Sifat dan Asma ialah Wahidatul UjudNya – Tauhidul Zat Ahadiahtul UjudNya, begitu! bukan makna Wahdatul Ujud itu kita didalamnya! Tidak!!
Makna sekelian makhluk yang dijadikan ini Dialah yang menjadikan, tidak ada dua yang menjadikan, melainkan Dia sahajalah yang menjadikan; itu yang dimaksud Wahdatul Ujud. Demikian juga Zat Al Makbud itu tidak dilahirkan oleh sesuatu yang lain. Bahawa Zat Al Makbud itu tiada berupa – tiada berbentuk – tiada berbagai – tiada bandingan dan tiada meminta-minta yang lain; tiada tercapai pada akal manusia untuk memikir Hakikat Al Makbud, bahkan wajib mempercayai dan meyakini Wahdatul Ujud Al Makbud itu.
Jadi sekarang jelaslah bahawa Allah s.w.t ZatNya itu Ahadiah makna Ahadiah semata-mata Zat tidak berserta Sifat dan Asma; yang Zat Allah Taala apabila berserta Sifat Dan Asma maka dinamakan dia Wahidiah. Apabila Zat Allah Taala itu berserta Sifat dan AsmaNya menjadikan sekelian Alam ini perbuatan AfaalNya disitu mertabatnya Wahdah
Allahhu Alam.

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA....
Assalamualaikum para pembaca yang budiman..

Saya ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kpd semua pengunjung   kerana terus menerus menghidupkannya / mengaktifkannya.

Sempena Hari Raya yang tidak lama lagi saya dengan setulus hati bermohon banyak banyak maaf kpd sdara semua atas segala salah dan silap ..dan atas kata kata / tulisan yang barangkali ada yang menyentuh hati dsb dsb..maafkanlah ya..

Bagi yang memandu berhati-hatilah ya..sebab kereta banyak ..bagi anak anak bapak jangan lupa baca password ..ambil RASA dan sentiasalah ingat akan Allah dimana jua sdra berada..Rasa jangan ditinggalkan kata BBM...

Ahad, 21 Julai 2013

DARI laman TAFAKUR MEDITASI ISLAM ( facebook )

LAQAD JA AKUM ( spt yg sdra salam akhir postkan ) LAKARAN dan KUNCI WASIAT..

Salam tentang komen saya berkaitan posting sdra SALAM AKHIR yang sangat menakjubkan itu ..ianya berkaitan rapat dengan apa ygmahu saya sampaikan dalam Lakaran Tulisan Tangan posting yang lalu ...

Saya telah satukan huraian saya dalam komen komen itu supaya senang sdra baca spt dibawah :-

..............

HURAIAN..

Zat Allah itu pada kita ..boleh kita kategorikan kepada dua ..pertama POSITIF - Asmaul HusnaNya HADI maksudnya MEMBIMBING...kesannya disebut dalam Ilmu sebagai MAKRUF ...kedua NEGATIF ( yakni pasangan positif ) Asmaul HusnaNya MUDHIL maksudnya MENYESATKAN kesannya dalam ilmu disebut sebagai MUNGKAR ...

Bila kedua-dua kategori Zat ini SENTIASA MELIPUTI ALAM dan diri kita sbg manusia maka KEUPAYAAN SEGALA Sifat Sifat Allah itu sentiasa ADA bersama kita ...umpama cahaya matahari sentiasa ADA..tak pernah takda...malam dimana takda cahaya matahari bukan bermakna cahaya matahari takda ..dunia berpusing...je...

Contohnya ..Zat Allah itu ada yang Asmaul HusnaNya ..YA RASHID maksudnya MAHA MENYEMBUHKAN ...Keupayaan Menyembuhkan ini telah DIANUGERAHKAN Allah sejak dunia ini ujud..sentiasa ADA...diluar badan kita ..dan didalam badan kita juga//contoh lagi Allah itu KAYA dan MENGAYAKAN ..Asmaul Husna utk KAYA = Ya Ghaniyyu manakalan Asmaul husna Yang MENGAYAKAN ialah YA MUGHNIY..maksudnya Keupayaan Allah dan Iradat Allah hendak mengayakan kita itu SENTIASA ADA..sudah Tuhan sediakan untuk kita..begitulah dengan lain lain Keupayaan yang dijelaskan oleh lain lain Asmaul Husna...

Itulah yang bapak Dr Bagindo Muchtar maksudkan bila berkata * apa lagi yang kamu minta pada Tuhan sedangkan apa yang kamu pinta itu telah Tuhan SEDIAKAN untuk kamu ..kejahilan dan kebodohan kamulah yang membuatkan kamu hidup susah...* ini kata kata BBM yang menggoncang kepala saya sejak lama ..dan Alhamdulillah Allah sampaikan pemahamannya..

Dalam KUANTUM FIZIK kita tahu KUDRAT ILAHI itu meruapakan ZAT MUTLAK yang merupakan GELOMBANG TENAGA YG BERGETAR disebut sebagai GELOMBANG ALAM KETUHANAN istilah sainsnya TENAGA KOSMIK....

GELOMBANG TENAGA KOSMIK ini sentiasa ada MELIPUTI sekalian Alam ..macam gelombang RTM -lah sentaiasa ada diudara..kita buka TV atau tidak gelombang sentiasa ada..mcm handphone kita juga ..gelombang yg dikodkan pada nombor handphone itu sentiasa ada wp kita tak guna hp tu..

Dalam Ilmu Hakikat kita ini disebut MUHAMMAD ...Ruh Allah yang menjadi Nyawa kita disebut Nur Muhammad ..dalam IP BBM bapak menyebutnya sebagai AKU....
Dalam Ilmu utk faham disebut ada dua Muhammad yakni Muhammad Awal ( Ruhullah ) dan Muhammad Akhir yakni badan. Pada hakikatnya ada SATU dan ESA je sebab Nur Muhammad itu ( Muhd Awal ) telah MENZAHIRKAN ( Tajalli ) menjadi JASAD ( Muhd Akhir ) mcm biji sawit GHAIB menjadi pokok sawit ..mati setitik dan sebutir telur dah jadi tulang daging darah dan pelabagai anggota kita mengandungi 16 trillion sel sel ( particle )

Ruhullah itu ada DUA WAJAH..satu menghadap ke Zat Allah Yang Meliputi sekalian alam itu satu menghadap kebadan..

Wajah Ruhullah yang menghadap Ke Alam itu ( Allah ) bertindak sebagai PENERIMA atau RECEIVER manakala apa yang diterima disampaikan kejasad kita sebut sbg TRANSMITTER....

Keseluruhannya kita katakan ZAT ALLAH YG MELIPUTI SEKALIAN ALAM itulah PEMANCAR segala KEMUNGKINAN ...dengan pelbagai KEUPAYAAN....manakala kita ini pula adalah PENERIMA atau RECEIVER..mcm radio-lah ..RTM itu sentiasa memancarkan gelombangnya..radio kat rumah tu yang menjadi penerima dan ke-nyata-an RTM itu...mcm itulah kita ini semuanya atas Sifat kita sebagai KEKASIH ALLAH...

Dalam Ilmu BBM ada dua perkara pertama disebut sebagai GERAK kedua apa yg disebut sebagai RASA yakni getaran dihujung hujung jari....

Untuk dapat GERAK dan RASA..passwordnya ialah DUA KALIMAH SYAHADAH..sebab atas Kehendak Allah ..Dua Kalimah Syahadah itu adalah password untuk mendapat gelombang Alam Lahut / Gelombang Ketuhanan / Gelombang Tenaga Kosmik ...
Maksudnya Kalimah Syahadah MENGHASILKAN Gelombang Ketuhanan / Gelombang Kosmik..disini maksudnya ialah ..dengan ada RASA Getaran Lataif ( Seni / halus / suci ) kita sebagai penerima sudah bersedia untuk MENERIMA atau CONNECT dengan pelbagai Gelombang Zat Allah spt yg dijelaskan oleh 99 Asmaul Husna itu.. yang sudah TERSEDIA diluar kita ..dia alam kita ini ( Zat Allah Meliputi seluruh Alam )....

Baiklah ..tak kanlah kita mahukan kesemua 99 gelombang yang membawa pelbagai keupayaan itu ? Pada satu satu masa kita berdoa untuk sembuh ..maka SANGKA SANGKA kita atau NIAT kita ialah untuk sembuh dari sakit...Asma' Allah Yang Maha Menyembuhkan ialah YA RASHID jadi bagaimana kita nak CONNECT dengan gelombang tenaga Ya Rashid itu ?????

Caranya begini...kita TENANG dahulu..baca password dan bila RASA GETARAN dihujung jari mula TERASA kita lafazkan NIAT kita....dan kita ZIKIR Ya Rashid didalam HATI ..tumpukan kpd Tafakur kita hingga kita rasa ...Yang Wujud Hanya Allah..dalam kes radio bila kita cari stesyen dengan memutarkan knob tu dan bila radio berbunyi ikut stesyen yg kita nak ( ikut gelombang ) bermakna gelombang stesyen pemancar SUDAH SAMA atau ESA dengan gelombang diradio ,,maka berbunyilah radio itu..ini disebut sebagai RESONANSI....dah berbunyi radio ..apa kita nak buat..takda apa ..dengar sajalah radio itu sebab itulah hajat atau niat kita..jangan diusik lagilah knob cari stesyen itu..dlamkes tafakur mcm mana kita tahu gelombang Ketuhanan dan RESONAN dengan gelombang AKU / Diri kita ? jap lg saya jelaskan ..nak hisap rokok dulu ya ....

oops ..saya teruskan..dalam tafakur kaedah BBM ...tanda kita dah berresonansi atau gelombang dah sama ..atau dah ESA ada dua ...pertama zikir hati tu berhenti sendiri ( tiba tiba kita sadar kita dah tak berzikir lagi ) kedua ialah RASA dihujung jari itu terasa amat kuat..maka teruskanlah tafakur hingga RASA itu reda / berkurangan dgn sendirinya....

apa nak buat lagi setelah gelombang berresonansi...dalam tafakur kita itu ? ..mcm radio tadilah..TAKDA apa melainkan BERSERAH dan MENYERAHKAN pada Zat Allah untuk menunaikan NIAT kita itu dengan PENUH YAKIN dan jangan sekali-kali guna OTAK / FIKIRAN ..untuk menghuraikan bagaimana Allah akan sembuhkan kita umpamanya ....YAKIN sepenuhnya Allah akan sembuhkan kita ..bagaimana Allah nak sembuhkan..bukankah Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Penyayang..Bukankah kita ini KEKASIHNYA...

Kalau nak KAYA ..maka zikirnya YA MUGHNIY..katalah kita ni kerani je..tak munasabah boleh jadi JUTAWAN ...ini SALAH sebab kita TAK YAKIN pada Tuhan dan kita tak berpegang bahawa pada Tuhan tidak ada YG MUSTAHIL..Tuhan nak bagi kita RM ..tak perlu nak dicetak ????mcm tu...jangan guna AKAL FIKIRAN lagi sebab akal fikiran ini memang nak berhujah je kerjanya...

Rumusan KUNCI WASIATNYA ialah : ALIF itu Allah..yakni KUN...yakni yang menganugerahkan pelbagai Gelombang Kudratullah ikut sangka sangka kita...MIM itu Muhammad yakni Sifat Allah dimana Allah ME-NYATA-KAN pelbagai Keupayaannya ( FAYAKUN - Jadi & Nyata )...ALIF itu TRANSMITTER...MIM itu RECEIVER..macm RTM ....dan Kotak TV dirumah...dan Gelombang Megahertz...ketiga-tiga mesti ada barulah ada KESAN dan HASIL pelbagai program RTM itu..begitu jugalah umpama kita manusia sebagai Tajalli Tuhan dimana Tuhan MENAMPAKKAN KEUPAYAAN 2 NYA YG AGUNG....itulah KUNCI WASIAT - ALIF - LAM - MIM yang saya terima pemahamannya..sebab kita ini sbg manusia BUKAN APA APA dan BUKAN SAPE SAPE ...La Maujuda Illalah ..

sekian pemahaman saya ..entah betul atau tidak saya serahkan semuanya kepada Allah SWT jua ..dan saya sampaikan sebagai sandaran Allah jua dgn hati yang ikhlas seikhlasnya...demi TAFAKUR ISLAMIK yang snagat tinggi nilai ibadahnya dibulan Ramadhan yang MULIA ini. Allah Hu Akbar.

Saya yakin kita semua disini..ahli ahli laman ini SUDAH CUKUP pemahaman tentang Ilmu Hakikat dan sudah TAHU sape kita dan kaitan serta hubungan kita dgn Allah SWT. Untuk Kenal DIRI dan Kenal Allah SWT kaedahNya ialah TAFAKUR dan cara pengenalan / Makrifahnya ialah dengan RASA..dan KESADARAN ...Carilah Kaedah TAFAKUR ISLAM yang anda suka bersesuaian dengan diri anda sendiri.

Bagi saya tidak ada yang SEMUDAH - SEINDAH dan EEFEKTIF berbanding Kaedah BBM...bukan promosi ..tetapi berdasarkan kajian ilmiah saya sendiri...Ini adalah kerana selain mencapai TAUHID HAKIKI - La Maujuda Bihaqqi Illallah - Tiada Yang Wujud Hanya Allah..kaedah BBM ini juga WAJAR diapplikasikan dengan percubaan percubaan ( baca pengalaman ) untu kita dapat MENIKMATI kehidupan DUNIAWI dengan Bahagia,,baik dari segi kesehatan, rumahtangga mahupun kewangan atau rezeki ...

semuanya TELAH DIANUGERAHKAN Allah SWT kepada kita...kerana MUHAMMAD itu adalah KEKASIH Allah....dan badan itu KEKASIH Nyawa..dan Nyawa memangnya mahu badannya HIDUP BAHAGIA dan SEJAHTERA....Firman Allah SWT ..maka NIKMATILah olehmu DUNIA dan NEGERI AKHIRAT yang telah diAnugerahkan kepadamu ..Akhirat disini maksudnya BATIN...dan Dunia = Zahir...

Rujuk Lakaran ...Yang disebut sbg DIRI RAHSIA atau AKU atau RUH ALQUDSI atau TIFLUL MAANI atau DIRI YG SEBENARNYA DIRI itu ialah ZAT ALLAH YG MUTLAK YG MELIPUTI DIRI kita YG MEMILIKKI SEGALA SIFAT MAKNUYAHNYA atau SIFAT MAHA MAHA itu...KESAN nya pada badan manusia UMUMNYA hanyalah SIFAT MAANI yg 7 itu.

Ini adalah kerana Atas KehendakNya INSAN itu adalah AKU pada MAKAM KEHAMBAAN dan ini terjadi kerana Allah MENGHADKAN Keupayan Sifat Maknuyah itu dengan LAPISAN LAPISAN CAHAYA KETUHANAN yang disebut sebagai RUH SULTANI - RUH RUHANI dan JASMANI...bila AKU sendiri KEMUKA maka kesan kesan Maknuyah itu akan NYATA atas KehendakNya bukan Kehendak kita sebab hal ini hanya berlaku apabila kita membuangkan segala kewujudan kita dalam KESADARAN yakni IMAN dan TAUHID kita.....dalam ilmu ini disebut sebagai MAKAM KETUHANAN .....yakni MAKAM AKU kata Bapak BBM..

Alhamdulillah pada jam 2.30 pagi ini ..saya sudah dapat menyampaikan huraian rajah lakaran yg susah utk difaham jika tidak ada PENJELASANNYA....Salam saya dah nak tidur ni...

TULISAN para sahabat ...MENG-ESA-KAN ALLAH oleh Adnan Dahalan

INTRO oleh Fakirabdillah..

CARA * BERTAUHID * YG MUDAH...

TAUHID maksudnya MENG-ESA-KAN Allah SWT. Kekeliruan TIMBUL dikeranakan kita tidak faham maksud MENG-ESA-KAN Allah SWT itu. Jika kita tidak faham maksudnya tentu kita tidak faham caranya atau amalannya.

BERTAUHID adalah amalan BATIN bukannya amalan ZAHIR. Maksudnya ialah KESADARAN kita yang boleh juga dikatakan sebagai KEYAKINAN kita.

MENG-ESA-KAN bermaksud kita sadar dan kita yakin bahawa YANG WUJUD dalam dunia ini ( termasuk kita ) adalah ZAT ALLAH belaka.

Dalam ILMU ..cerdikpandai bercakap tentang pelbagai peringkat TAUHID ..ada Tauhid Af'al - ada Tauhid Asma' - ada Tauhid Sifat - ada Tauhid Zat. Takpe ..jangan kita peningkan kepala tentang pecahan pecahan Tauhid itu ..biarkanlah ianya tinggal dalam Ilmu je...

Mula mula latih diri BERTAUHID AF'AL dulu. Maksudnya kita sadar - kita yakin dan kita betul betul percaya apa yang kita buat - apa yang kita fikirkan - apa yang kita mahu adalah perbuatan - fikiran - kemahuan - NYAWA kita SEBAB lojiknya badan kita ini MATI dan ianya KELIHATAN HIDUP disebabkan ada NYAWA meliputi badan kita itu. Orang yang SUDAH TIDAK ADA NYAWA - tidak boleh buat apa apa - tidak dapat berfikir lagi - tidak ada kemahuan lagi. Ini lojik akal atau dalil AQLI.

Nyawa itu cakap Melayu. Dalam Al-Quran NYAWA itu disebut sebagai SEDIKIT dari RUH ALLAH yang ditiupkan kebadan kita sejak didalam PERUT IBU lagi yang membuatkan kita HIDUP menjadi ORANG.

Jadi berdasarkan lojik ( dalil Akal ) dan Ayat Al-Quran ( dalil NAS / NAQLI ) yang berbuat - yang berfikir - yang berkehendak itu adalah NYAWA dan bukannya BADAN.

Dalam Ilmu BBM ...yang berbadan dan bernyawa bergelar manusia itu disebut oleh bapak sebagai * aku kecil * ditulis dalam huruf kecil juga ( aku ) manakala NYAWA yakni DIRI RAHSIA atau DIRI YG SEBENARNYA itu ( baca kita yang sebenar-benarnya itu ) disebut oleh bapak sebagai AKU...

Bila kita ingat ..kita sadar ..kita yakin bahawa ..segala perbuatan kita itu adalah Perbuatan RUH ALLAH ...maka terbatallah kesadaran kita bahawa * kita * ( baca aku ) yang berbuat ..sebaliknya kita melihat ...kita ingat..kita yakin ..kita sadar ..bahawa segala perbuatan kita ..segala kehendak kita ..segala fikiran kita adalah PERBUATAN Allah SWT belaka ( bahasa arabnya AF'AL )

Ini disebut sebagai ber-TAUHID AF'AL....
Saya dengar ceramah dan saya baca tulisan ramai juga ustaz yg mengsyorkan agar kita MENGESAKAN Zat - Sifat - Asma' & Af'al Allah SWT ..dan juga mengsyorkan agar kita MENGESAKAN diri kita dengan Allah SWT .....TETAPI saya belum ada dengar ..belum ada terbaca ustaz ustaz MENJELASKAN caranya..jadi kita yang bawah bawah ni tertanya tanya dan tidak tahu apa nak dilakukan...adakah dgn cara sembahyang ..berpuasa ..naik haji atau berzikir ke atau macam mana ...
ADNAN DAHLAN..meneruskan...
Menyatakan Keesaan Allah

Tugas mengesakan Allah ( tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk beribadat kepada ku), sehinggalah kita menemui mati ( kullunafsin za ikhotul maut)..

Tugas sebenar kita ialah mengakui bahawa Allah itu Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang maha Esa yang ternyata pada badan diri sendiri dan kepada setiap zarah ujud alam maya pada ini..

Tugas inilah yang telah kita terima sebagai amanah yang mana tidak sanggup diterima oleh makhlok lain selain daripada kita sebagai setiap Insan.. Tugas menanggung rahsia Allah (huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru huwal batinu) begitu murni dan menjadikan taraf kita sebagai makhlok termulia disisi Allah...

Marilah sama-sama kita jaga dan pelihara kemuliaan itu dengan memulangkan segala-gala haq (zat, sifat, nama dan perbuatan) kepada yang berhaq iaitu zat mutlak yang bernama Allah, yang dahulunya Dia tidak bernama apa-apa pun kerana belum ada sebarang penzahiran...

Prnzahirannya adalah sebagai tanda atau ayat-atat yang menerangkan kewujudan Dia sendiri, tetapi didalam bentuk kepelbagaian sifat, nama dan perbuatan yang sudah barang tentu berada didalam keEsaannya sendiri bukan didalam bentuk ujud selain dari dia sendiri....

Tanda wujud Allah yang tertera pada badan diri kita dianggap sebagai sesuatu yang lain dari wujud Allah adalah membuatkan kita akan terjerumus kelembah kesyirikan yang tersembunyi kerana tanda-tanda atau ayat-ayat ini semata-mata dizahirkan keatas badan diri kita semata-semata untuk memperkenalkan dirinya sendiri....

Jika tidak dizahirkan segala tanda dan ayat-ayat sebegini rupa ia tidak mungkin dapat dikenali dengan senyata-nyataNya seperti sekarang ini...

Untuk menyatakan kenyataanNya yang terlalu nyata ini hendaklah kita mengistiharkan perang dengan hawa nafsu kita sendiri iaitu sifat keakuan diri...

Hapuslah sifat keakuan diri dengan mengaku yang Allah itu Allah sehinggalah ternyata Allah itu Maha suci dari sifat kekurangan..

Tugas inilah menaikkan taraf kita dari seorang hamba kepada taraf seorang khalifah ( pemerintah iaitu sebagai pengganti Allah untuk memerintah sebuah alam iaitu setiap badan diri sendiri)..

Tugas ini adalah menjadi kewajipan keatas setiap individu lelaki dan perempuan... Setiap seorang daripada kita tidak kira samada kita seorang lelaki atau perempuan mesti dan wajib mengesakan Allah pada segala oerbuatan, nama dan sifat yang tertera kepada badan sendiri dan setiap zarah....

Wahai badan diriku dan para sahabat sekalian marilah sama-sama kita jadikan misi suci ini ( mengesakan Allah pada setiap detik dan saat ) sebagai satu wasah perjuangan bagi melanjutkan perjuangan Rasulullah saw.. InsyaAllah.. Amin

Marilah jadikan perjuangan kita untuk menegakkan dua kalimah syahadah diatas muka bumi ini sebagai satu tugas murni melalui manamana halaman yang kita sertai...

Jauhilah perbalahan dari kepelbagaian pendapat, sama-samalah kita bermuzakarah untuk menyatukan kesemua umat diatas kemuliaan Dua kalimah syahadah ini...

Berprganglah dengan manamana pegangan pun, tetapi jangan sampai kita mensyirikkan Allah dengan menjadikan diri kita sebagai tuhan sembahan kita ( Allah berfirman tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan) atau mengadakan Tuhan yang lain disamping Allah..

Inilah yang paling penting didalam kehidupan seharian kita iaitu suci kita dari sifat keakuan diri iaitu suci dari syirik ( yang terang dan tersembunyi)..

Syirik yang tersembunyi dan ianya sentiasa melekat kepada badan diri kita sendiri selagi kita belum mengistiharkan perang dengan hawa nafsu sendiri ( sifat keakuan diri)..

Perjuangan kita untuk berperang dengan nafsu sendiri inilah wajib didahulukan dari yang lain dan telah menjadi seruan utama daripada Nabi Muhammad saw kepada kita iaitu perang yang paling utama ialah berperang dengan hawa nafsu sindiri..

Hawa nafsu sendiri itu hendaklah kita mengambil faham sebagai sifat keakuan diri dimana unsur utamanya ialah berkeinginan untuk memiliki sifat yang wajib bagi Allah untuk dirinya....

Wadah perjuangan kita ialah dengan menyedari dan merasai segala sifat yang wajib bagi ALLAH yang tertera keatas badan diri ( jasad dan roh) sendiri, setelah menyedari dan menyaksikan sifat yang wajib bagi Allah yang tetera pada badan diri sendiri, maka mengakulah bahawa sifat yang wajib bagi Allah yang kita sedang rasai itu adalah sifat Allah...

Pengakuan kita yang sifat Allah itu adalah sufat Allah secara automatik sifat itu ternafi kepada badan diri sendiri san selain dari Allah...

Wahai para mujahidfin, bangunlah segera untuk memperjuangkan perjuangan suci ini dengan berperang melawan nafsu sendiri..

Semuga perjuangan suci kita ini akan dapat membangun sebuah daulah yang mendapat barikah dua kalimah syahadat...
Sekarang ini kita belajar ilmu mengenal diri, mengenal Allah, setelah sekian lama kita belajar kita pun tahulah tentang diri kita dan juga tentang Allah seperti yang dipelajari itu..

Rengkasnya seperti yang dikehendaki dan ditekankan didalam ilmu pengetahuan ini ialah Tuhan itu hanyalah Esa sahaja iaitu Allah yang mempunyai segala-gala sifat yang wajib keatas dirinya sahaja, sifat yang wajib bagi Allah itu hanya layak diletakkan dan diberikan hanya kepada Allah sahaja kerana Allah itu tidak berlaku perubahan padanya, dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila..

Manakala maklok atau hamba pula ialah merupakan tanda-tanda kewujudan Allah yang sedang Allah perkenalkan untuk memperkenalkan dirinya sendiri, jadi setiap makhlok ini sebenarnya bersifat ia dengan sifat yang mustahil bagi Allah iaitu berlawanan dengan sifat wajib bagi Allah...

Contoh Allah bersifat dengan sifat Ada, sekalian makhlok bersifat dengan sifat tidak ada (tiada)..

Bersalahan Allah taala bagi segala yang baharu hendaklah difahamkan secara tahkit yang putus hanya Allah sahaja yang bersifat yang wajib keatas dirinya dan segala maklok bersifat dengan sifat mustahil bagi Allah... Pertentangan sifat inilah yang membuatkan Allah itu sentiasa bersifat dengan bersalahan Allah itu bagi setiap makhlok....

Maka setelah itu kita pun tahulah seperti yang kita perpegangkan ini, keadaan ini membawa makna keatas diri kita, kita sudah tahu tentang ilmu mengenal diri dan mengenal Allah...

Masaalah yang timbul dan amat-amat mengelirukan kita semua ialah apa yang telah kita tahu hasil dari pelajaran kita ini tidak sama dengan apa yang kita sedang hadapi sepanjang kehidupan harian kita sekarang ini...

Contohnya kita belajar pada hakikatnya, Allah sahaja yang ada, selain dari Allah tidak ada.. Apa yang kita sedang hadapi sekarang ini ialah kita yang ada tetapi Allah tidak ada...

Dari sini timbullah berbagai kilaf dan pendapat, para 'arifibillah yang bersusur galur dari Rasulullah dapat menyelesaikan masaalah ini pada badan diri mereka sendiri dengan cara mengalami sendiri perjalanan rohani, mereka menjalani sendiri perjalanan rohani melalui badan diri mereka sendiri untuk mengetahui kebenaran ini...

Seperti yang kita telah tahu bahawa diawal tadi bahawa dalam misi Allah hendak memperkenalkan dirinya dia telah menyatakan tanda-tanda atau ayat-ayat pada diri kita ( harus ditekankan bahawa Allah mengatakan itu adalah tanda-tanda wujud Allah - bukan ujud selain dari Allah, apakah yang dimaksudkan dengan tanda itu, ialah kenyataan wujudnya sendirilah), tapi kita yang salah berpegang, Allah kata tanda wujudnya, kita kata ujud kita (Apakah yang Allah katakan kepada mereka ini, Tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan... Harus diperhalusi berhubung dengan apakah yang dimaksudkan dengan hawa nafsu?

Sebenar yang dimaksudkan dengan hawa nafsu ialah kita mengguna pakai sifat yang wajib kepada Allah kepada diri kita sendiri....

Untuk membetulkan pegangan ini, Allah telah menurunkan ramai Rasul dan Nabi, dan diwarisi kepada Auliak Allah sehingga sekarang ini bagi menjaga keEsaan Allah tidak tercemar....

Jadi apabila kita merasai akan ujud diri kita sendiri ini, ada tersedia jalan untuk menyelesaikan masaalah ini, dari sinilah timbulnya Agama iaitu fahaman yang diperpegangkan oleh diri seseorang.. Agama yang diiktiraf oleh Allah hanya lah Islam sahaja iaitu sentiasa menyerah diri kepada Allah (iaitu orang-orang yang muhlisin yang tidak mampu ditentang oleh iblis, mengikut janji Allah dengan iblis)...

Terdapat banyak kaedah perjalanan bagi menyelesaikan masaalah syirik yang sentiasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini...

Pokoknya bagaimana kita nak menghilangkan ujud diri disamping ujud Allah, kaedahnya mengaku yang segala sifat bagi Allah hanya milik Allah sahaja, perlaksanaannya melalui badan diri masing-masing...

Contoh :-

Kita ambil sifat wujud, kita telah tahu yang sifat wujud itu sifat wajib bagi Allah, untuk memperkenalkan dirinya Allah telah memberitahu kepada kita bahawa dia telah memngadakan tanda-tanda kewujudannya pada diri kita, apakah tanda yang telah tunjukkan itu? Iaitu wujudnya yang dizahirkan dalam bentuk rupa ujud kita... ( jangan lupa yang ujud kita itu hanyalah sebagai tanda wujud Allah),

Bangun saja dari tidur, kita sedar akan keberadaan badan diri kita ( kesedaran inilah yang selalu dikatakan barang siapa mengenal dirinya),

Setelah kita sedar akan keberadaan kita hendaklah kita mengumpulkan ilmu yang telah kita pelajari dan ketahui tadi untuk digembeling sebagai proses untuk melawan hawa nafsu kita, dimana badan diri kita tidak mahu melepaskan rasa keberadaan diri kita ini, badan diri kita tetap juga nak menggunakan tanda wujud Allah ini sebagai miliknya sendiri, kuatkanlah pegangan kepada ilmu kita yang telah kita pelajari dulu dan mengakulah pada badan diri kita sendiri bahawa tanda wujud yang sedang kita rasa dan naimati itu adalah wujud Allah yang sedang diperkenalkannya

Apabila berjaya mengadakan pengakuan yang wujud yang Allah sedang perkenalkan itu asalah wujud Allah ( maka tertunailah sudah akan maksud kenallah akan tuhannya, beristiqomahlah sehingga kita tidak lagi kembali berpegang pada rasa ujud diri sendiri kerana itu adalah syirik yang amat tersembunyi)...

Pada masa ini kita rasa kita yang sedang mengenal Allah sebab didalam rasa dan perasaan kita, kita yang merasa akan kewujudan Allah itu, masih ada dua wujud lagi iaitu wujud Allah dan ujud diri kita..

Beristiqomahlah didalam mengadakan pengakuan yang ujud yang kita sedang rasai itu wujud Allah sehingga kita dapat berpegang betul-betul dengan merasai kita yang sedang mengakui wujud Allah, didalam masa yang sama kita serapkankan akan rasa yang sedang kita rasai itu kepada Allah yang sedang merasai kewujudan Allah itu, jika perlu bantulah dengan memberi soalan kepada kesedaran yang sedang kita sedar tentang wujud Allah itu, contoh siapakah yang sedang sedar akan kewujudan Allah itu? Tunggulah jawapan sehingga terjawab Allah, selagi belum menemui jawapan Allah teruskanlah perjuangan murni ini,

Setelah dapat menetap pada rasa perasaan yang sedang mengenal Allah sekarang ini adalah Allah sendiri....

Teruskanlah sehingga tidak timbul lupa lagi padanya, sentiasa ingat... Ketika ini kita sudah bukan kita lagi kerana kita sudah hilang kesadaran pada badan diri kita sendiri, yang tinggal Allah yang sedar akan keEsaannya,

Inilah keadaan dimana dikatakan barang siapa mengenal tuhannya, maka binasalah jasadnya....
Bagaimana kita nak bertuhankan kepada Allah ?

Barang siapa mengenal diri, mengenallah ia akan tuhan, Barang siapa mengenal tuhan, binasalah dirinya...

Sekarang cuba kita kembali kepada diri kita, tumpukan kepada perasaan kita tanpa memikirkan apa, cuba bawa ingat atau menyebut Allah, Allah didalam hati.

Teruskan membuat tumpuan kepada perasaan kita sendiri semakin dalam..... Sekarang cuba kita tanya kepada perasaan kita itu... Kita rasa kita ada tak? Cuba rasa keberadaan kita, rasa betul-betul akan keberadaan kita ini, keujudan diri kita.

Sekarang apa yang sedang kita rasa, rasa akan keberadaan, rasa akan keujudan diri kita... (terapkan pengetahuan kita yang diri sebenar diri itu ialah roh kita bukan badan kita, roh kita yang sedang merasa keberadaan kita, bukan jasad kita yang sedang berasa keberadaan kita )..

Kita rasa keberadaan kita inilah makna, kita sedang mengenal diri kita sendiri..... Roh sedang mengenal dirinya.. Rohlah yang sedang rasa keujudannya ...

Teruskan didalam sedang merasai keberadaan diri, tenangkan dan tumpukan kepada keberadaan diri kita tanpa memikirkan apa-apa dan cuba menyebut-nyebut akan nama Allah, sambil menyeru nama Allah didalam hati,

Setelah kita betul-betul tenang dan masih merasai keberadaan kita, perasaan kita itu masih tertumpu kepada keberadaan diri itu, tanyalah kepada perasaan kita itu, ada siapakah ini? Ikut sahaja apa sahaja jawapan yang perasaan anda jawab itu.. Sebelum perasaan yang anda sedang rasa itu sendiri menjawab Allah ketika rasa keberadaan itu, maksudnya sekarang kita sedang merasai keberadaan Allah..

Kita sedar sekarang ini kita sedang merasai keberadaan Allah, kita sendiri sedar yang kita sedang merasai kewujudan Allah pada perasaan kita itu ( inilah yang dikatakan hanya Muhammad yang mengenal Allah).... Barang siapa mengenal dirinya kenallah akan tuhannya....

Nabi Muhammad saw berkata " Aku mengenal Allah dengan Allah"

Teruskanlah dengan perasaan kita yang sedang kita rasai sekarang ini, apa yang kita sedang rasa sekarang ini..

Kita sedang merasai akan kewujudan Allah, kita sedang menikmati akan kewujudan Allah, kita asyik dengan rasa kita sedang merasai kewujudan Allah..

Panggillah, sebutlah, serulah nama Allah didalam batin anda, didalam perasaan anda sambil perasaan itu didalam keadaan merasai kewujudan Allah ...

Asyik kita dengan perasaan kita sedang mengenal Allah itulah hanya Muhammad yang mengenal Allah..... ( barang siapa kenal diri kenal Allah )...

Didalam keasyikkan kita sedang merasai kewujudan Allah itu, kemukakanlah soalan kepada perasaan anda yang sedang anda rasa mewujudan Allah itu, siapakah yang sedang merasai akan kewujudan Allah sekarang ini?, ikut sahaja jawapan yang diberikan oleh perasaan yang sedang anda rasa sendiri itu ( apa sahaja jawapan yang anda terima )...

Jangan berhenti menyoal kepada perasaan anda yang sedang merasai kewujudan Allah itu selagi jawapan Allah tidak anda terima daripadanya...

Semasa perasaan anda yang sedang rasa kewujudan Allah itu meenjawab Allah ( didalam keadaan Allah yang sedang merasai kewujudan Allah )

Apabila anda sudah berjaya berada didalam keadaan Allah yang sedang merasai kewujudan Allah ( Tiada hamba tiada tuhan hanya wujud Esa semata-mata)..

Inilah apa yang dikatakan "ariftu robbi bi robbi" mengenal tuhan dengan tuhan"...

Dia yang Awal itu namanya Hu
Dia yang akhir itu namanya Allah
Dia yang batin itu namanya Muhammad
Dia yang zahir itu namanya Adam..