Rabu, 30 Jun 2010

PIH YG DIWARISKAN - ENTRI 12 - Fakirabdillah



PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN
Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUABELAS ( 12 )

KAMUS SUFI anda ..............tiada dalam entri ini

Mertabat Tujuh boleh juga dibicarakan saperti dibawah :-

PERTAMA - AHADIAH / AHDIYYAT

Yaitu ESENSI atau ZAT Allah Yang Mutlak, Tanpa Nama ( Asma’) dan Sifat yang menurut Ibnu Arabi tidak mungkin boleh dikenal oleh sesiapapun ...tahu kita mengenainya ialah TIDAK TAHU sehingga disebut oleh Arif sebagai LA TAAYUN atau Tidak Nampak. LA DHUHUR ( Tidak Lahir ) GHAIBUL MUTLAK atau Ghaib Mutlak.

Manakala Ahli Tarekat saperti Imam Ghazali & Abdus Samad Palimbani pula berpendapat Zat Tuhan Yang Mutlak pada peringkat ini dapat dilihat dengan mata hati oleh orang yang mendapat anugerah melalui methodologi tarekat.

KEDUA - WAHIDAH

Yaitu Penampakan Pertama atau Sempadan Pertama. Juga disebut sebagai Ta’ayun Awal dari Zat Allah Yang Mutlak berupa HAKIKAT MUHAMMAD ( Al-Haqiqatul Muhammadiah ) yang bererti Ilmu Allah Mengenai DiriNya serta Alam semesta ini secara global atas Jalan Perhimpunan atau Collectivity.

KETIGA – WAHIDIYYAH

Yaitu Penampakan Kedua atau Sempadan Kedua atau Taayun Tsani dalam rupa Hakikat Insan ( Al-Haqiqatul Al-Insaniyyah ) ertinya Ilmu Tuhan Mengenai DiriNya serta Alam details Semesta ini secara Terperinci atau in details atas jalan Penceraian.

HURAIAN

Tiga mertabat diatas ( Ahadiah – Wahidah – Wahidiyyah ) menurut Syeikh Abdus Samad Palimbani adalah Qadim dan Azali kerana pada mertabat ini tiada ada yang maujud melainkan Zat Allah dan Sifat SifatNya.

Sekalian makhluk pada ketika itu Hanya Wujud Dalam Ilmu Allah, belum zahir didalam Wujud luar ( Kharij ). Pada tingkatan ini Tuhan belum menampakkan diriNya dalam rupa Alam lahir.

KEEMPAT – ALAM RUH / ARWAH

Juga disebut Alam Nur Muhammad yaitu Nur Muhammad yang dijadikan Allah dari NurNya ( Nurzat )

Ruh Tunggal yang merupakan Asal atau Ibu kepada ruh segala makhluk baik manusia ataupun yang lain. Ruh ini dipanggil sebagai ABU – AL – ARWAH atau Ibu Segala Ruh.

KELIMA – ALAM MITHAL / MISAL

Yaitu differensi dari Nur Muhammad itu dalam Ruh Persaorangan. Differensi difahamkan saperti laut melahirkan dirinya dalam bentuk ombak dan buih.

KEENAM – ALAM AJSAM / ALAM BENDA

Yakni Alam Benda yang terdiri dari empat unsur / anasir yaitu Api / Angin / Tanah & Air.

KETUJUH – ALAM INSAN / ALAM PARIPURNA

Yang Terhimpun padanya 6 mertabat tersebut diatas.

Mertabat ini juga disebut sebagai Kenyataan Zahir Allah ( Penampakan Lahir Allah ) Yang Kemudian Sekali.

HURAIAN 1


Empat mertabat ini ( Arwah / Mithal / Ajsam / Insan ) memilikki wujud pada 3 tempat :-

Pertama Dalam Ilmu Tuhan yang global ( Ijmali ) sebagai Wujud Keadaan ( Wujud Syu’un ) pada Mertabat Wahidah

Kedua – Prototype Yang Tetap ( yaitu bakat bakat dari keupayaan terpendam ) digelar A’yan Tsabitah pada Mertabat Wahidiyyah

Ketiga – Wujud Yang Lahir / Zahir ( pada kharij )

Wujud pada tempat pertama dan kedua adalah Wujud Potensial ( Wujud Shalubi ) dan Wujud Ketentuan ( Wujud Taqdiri ). Wujud pada tempat ketiga adalah Wujud berbentuk Perlaksanaan ( Wujud Tanjizi )

HURAIAN 2

Allah SWT itu adalah SATU SATUNYA WUJUD. Tiada wujud lain ( ghayr ) Wujud itu TIDAK BERBENTUK, TIDAK TERBATAS dan TIDAK BERHINGGA.
Meskipun demikian Allah menampakkan diriNya dalam bentuk dan batas tanpa berubah dari keadaanNya yang Tidak Berbentuk, Tidak Terbatas dan Tidak Terhingga itu, dalam bentuk Alam Semesta termasuk Manusia.

Sabda Nabi SAW :-

Allah sekarang seperti Allah dahulu jua.

bersambung.....................

Selasa, 29 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI SEBELAS ( 11 )



KAMUS SUFI anda ..............

KITABUL MUBIN = Loh mahfuz
KIYANI = diniawi
LIQA = muka , wajah
MAHIYYAT = bakat
MAWAHID = orang yeng mengesakan Allah

ALAM MITHAL

Ertinya mithal ialah contoh = ikhtibar = petunjuk

Pemahaman :-

Petunjuk Zat ialah SifatNya
Petunjuk Malaikat ialah Ruh
Petunjik Ruh ialah Jasad

Maknanya :-

Ghaib Zat Allah dalam SifatNya = Nur Muhammad
Ghaib Sifat ( Muhammad ) didalam Malaikat
Ghaib Malaikat didalam Ruh Manusia
Ghaib Ruh manusia didalam Jasad manusia

Juga bermakna :-

Manusia itu adalah MITHALAN sebab :-

Jasad sesifat Ruh
Ruh sesifat Mlaikat
Malaikat sesifat Nur Muhammad
Nur Muhammad ialah Sifat Zat
Sifat itulah Zat

Alam Mithal adalah Alam Nyata yaitu dikandung bapa selama 40 hari.

Untuk menunaikan janji Allah memindahkan Ruh manusia itu dari Alam Ruh kepada Alam Nyata yaitu dunia ini melalui proses Pentajallian Secara Menurun atau NUZUL 14 tingkatan. Masuk melalui ubun ubun bapa Nanamah namanya, turun hingga kepusat DI namanya, terus kepinggang WADI namanya, turun kehujung zakar, MANI namanya dan terpancar ke Rahim Ibu MANIKAM namanya.

MANI juga dikenali sebagai A’YAN SABITAH yaitu bakat bakat terpendam didalam ILMU ALLAH yang mengandungi manusia lengkap itu ( AKBAR ) siap dengan jasad serta ruhnya. Wujud didalam diri bapa dalam keadaan wujud tetapi belum kelihatan nyatanya oleh mata, umpama wujudnya seluruh pokok sawit dalam sebiji benih pokok sawit.
Banyak nama nama digunakan untuk menghuraikan proses pengwujudan / pentajallian ini . Antaranya ialah :-

Syiar Allah = perjalanan Zat dari ubun ubun ke pusat
Sunnah Rasul = perjalanan Sifat dari pusat ke- zakar
Mani Yang Nyata = manusia yang ghaib / Nurzat / Ar-Rahman
Khusu’ Tawadduq = pemindahan mani ke rahim perempuan yaitu penyampaian SIRR / Rahsia dari Alam Mithal ke Alam Ajsam ( Rahim Ibu ) melalui junub.

ALAM AJSAM

Ertinya :-

Proses pesenyawaan mani bapa dengan telur ibu atau proses pengwujudan jasad dan penyatuan ruh dengan jasad untuk menjadi manusia dalam bentuk bayi.

Prosesnya :-

Selama sembilan bulan banyak sekali nama nama panggilannya mengikut umur dan pertumbuhan lembaga bayi itu. Antaranya ialah Mani menjadi darah, darah menjadi daging, daging menjadi tulang.

Maka sempurnalah jasad & ruh. Hiduplah bayi itu membesar menjadi kanak kanak terus menjadi dewasa. Kalau terlalu panjang umurnya menjadi PIKUN dan setelah itu ia mati berpindah kealam BARZAH sebelum pulang kenegeri asalnya disebut ALAM AKHIRAT bersama Allah.

Inilah ALAM INSAN yaitu Alam Kehidupan Manusia didunia ini hingga dia mati.

Bersambung.................Mertabat Tujuh juga boleh dilihat .....

Ahad, 27 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI SEPULUH ( 10 )



KAMUS SUFI anda ..............

JABARUT = peringkat dibawah Lahut dan diatas Malakut
KHATRAT = bisikan hati dari Alam Ghaib
KERAMAT = perbuatan luar biasa oleh wali Allah
KHIDR = namanya ialah Baliya Ibn Mulkan yang telah meminum Air Kehidupan
KALAM – i – ZATI = Kalam Zat tanpa perkataan & bunyi
KALAM – i – TAFSILI = kata kata dalam perkataan = Kalam – i- Lazfi

PENTAJALLIAN MANUSIA MELALUI TUJUH ALAM

Saudara muslimin & muslimat yang dihormati !

Barangkali ada baiknya kita ulangi semula apa yang telah kita pelajari setakat ini, berkaitan penciptaan manusia agar pemahaman kita lebih mendalam. Kali ini marilah kita melihat penciptaan manusia itu dari Alam – Alam Penciptaannya.

Dengan
Tajallinya BENIH yaitu Mani Setitik
Maka
Terciptalah Manusia Yang Lengkap ( Akbar )
Dikandung oleh
Mani itu ( ain Sabitah ) ialah WUJUD tetapi belum nyata wujudnya – umpama
Dalam biji sawit lengkaplah segala-galanya yaitu akarnya, batangnya, pelepah, bunga, tandan buah malah biji biji sekali..
Bererti
Wujud Jasad ( Jasmani ) & Wujud Ruh ( Ruhani )
Melalui
Tujuh ( 7 ) Alam atau Mertabat Pentajallian.

Dalam Ilmu Hakikat ini dirujuk sebagai MERTABAT TUJUH.

ALAM LAHUT

Dimana Wujud Zat sedia-dianya. Belum ada satu pun wujud yang lain.

ALAM JABARUT

Ditajallikan Muhammad Mustaffa ( Hakikat Muhammad ) yaitu Sifat Zat Yang Agung melalui NURZAT melalui ILMUNYA yang SIRR / RAHSIA oleh KUDRATNYA disebabkan IRADATNYA.

Apabila Tajalli SifatNya Muhammad Mustaffa, maka dipancarkanNyalah HAYATNYA maka hiduplah Muhammad didalam Wahdaniat pada SifatNya yaitu MENGESAKAN ZAT yang menjadikanNya.

Muhammad dikatakan Mustaffa yaitu yatim piatu kerana ianya tiada diperanakkan atau beranak. Asma atau namaNya ialah Allah.

ALAM MALAKUT

Muhammad Mustafa pula mentajallikan malaikat melalui NurNya Nur Muhammad. Satelah terciptanya Malaikat, oleh kerana asyiknya Muhammad kepada ZatNya, Muhammad telah menyatakan kepada malaikat bahawa Ianya bernama Allah yaitu Tuhan Sekalian Alam.

Maka malaikat pun mengenali Allah melalui Sifat 20 di-Alam Malakut dan kenallah malaikat akan dirinya bahawa ianya adalah sifat kepada Sifat Zat Yang Agung, Muhammad Mustaffa.

ALAM RUH

Penciptaan Dunia

Allah telah memerentahkan malaikat Jibrael, Izrael, Mikael & Israfil untuk mencipta dunia ini.

Izrael mencipta bumi dan kehidupan
Jibrael mencipta langit dan lautan
Mikael mencipta bulan dan matahari
Israfil mencipta angin dan udara

Satelah terciptanya dunia, barulah Allah menciptakan manusia untuk dijadikan Khalifah didunia . Manusia diciptakan oleh Allah atas permintaan Muhammad. Malaikat dijadikan panduan menzahirkan rupa manusia :-

Jibrael sebagai cermin
Mikail sebagai rupa
Israfil menghantar ruh
Izrail sempurnakan sifat

Maka wujudlah manusia yang lengkap dengan segala sifat malaikat dikenali sebagai RUH. Ianya dikenali sebagai MANUSIA AWAL. Yang demikian malaikat ialah kembar manusia dan manusia itu sesifat malaikat. Dialam ruh manusia ujud tetapi belum kelihatan oleh pandangan kerana belum diberi jasad.

Setelah Ruh Manusia diwujudkan dari sifat malaikat, Zat memperkenalkan diriNya melalui SifatNya Muhammad Mustaffa sebagai Tuhan Manusia & Tuhan Semesta Alam bernama Allah.

Maka Ruh Manusia pun mengenali akan Tuhannya yaitu Zat Mutlak melalui SifatNya Yang Agung Nur Muhammad bernama Allah

Ruh Manusia juga mengenali dirinya yaitu:

Dirinya sesifat malaikat.
Malaikat sesifat Muhammad Mustaffa / Nur Muhammad.
Muhammad Mustaffa pula ialah Sifat Zat Mutlak Yang Agung ditajalikan melalui NURZAT.
Zat pula meliputi (SE) SifatNya yaitu Muhammad Mustaffa.
Sifat Zat pula ialah Zat Mutlak itu sandiri.

Ruh memohon agar Allah memberikan DUNIA untuk ditadbirnya sebagai khalifah. Tuhan menunaikan permintaan dengan memberikan Jasad dan alam semesta untuk didiami dan ditadbir oleh ruh manusia (Jasad = Alam Saghir / Kecil Alam Semesta = Alam Kabir / Alam Maya.

Sebelum ruh manusia diberikan Jasad dan Dunia, Allah telah meminta mereka membuat Perjanjian dan Pengakuan seperti berikut:

- Ruh berikrar dan mengaku bahawa Zat Mutlak yakni Allah-lah Tuhan Semesta Alam dan mereka ( ruh & alam ) adalah HAMBA.
- Sebagai hamba mereka tidak akan menyengutukan Allah dengan yang lain. Yang Wujud Hanya Allah.
- Akan tetap mengenali Asal Usul Dirinya dan mengembalikan Hak Allah yang diberikan kepadanya yaitu jasad & ruh dengan sempurna ( tidak akan memisahkan ruh & jasad atau SE-kan dirinya )
- Akan menjadi CERMIN BERGILAP bagi allah dan menjaga RAHSIA dan AMANAH ALLAH serta mengembalikan rahsia dan amanah itu kepada Allah bila tiba masanya.
- Menjalankan SYIAR ALLAH

Allah pula berjanji :-

- Ruh akan diberi Jasad sesifat dirinya ( ruh )
- Urusan kehidupan ruh didunia adalah semata-mata urusan Allah dan perbuatan manusia adalah Af’al Allah semata-mata.

Bersambung...........................ALAM MITHAL

Jumaat, 25 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah - ENTRI 9



KAMUS SUFI anda ..............

ILMI SAFINA = ilmu yang disampaikan dengan cara risalah
ITHBAT = menyatakan dengan positif
ISTIJLA = pemerhatian oleh Allah tentang KesempurnaanNya
ITTIHAD = kesatuan – benda benda tidak wujud dan wujud benda benda itu adalah wujud Allah
ITTISAL = berhubung, bersambung
INFISAL = bercerai – berasingan
JALAL = agung / lenyapnya Sifat dalam Zat
JAMAL = indah / manifestasi Sifat

Sambungan dari entri lapan .........................

Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah,

Satelah membaca lapan entri yang dipetik dari Manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat Yang Di-Wariskan, marilah kita RUMUSKAN semula pelajaran kita setakat ini.

RUMUSAN..........PROSES PENTAJALLIAN

ZAT MUTLAK ghaib dalam SIFATNYA yang iaNya tajallikan melalui NURNYA / NURZAT yang disebut sebagai HAKIKAT MUHAMMAD.

Hakikat Muhammad pula ghaib dalam Sifatnya yaitu NUR MUHAMMAD. Nur Muhammad ilah IBU SEGALA RUH ( Abu – al- Arwah ) Disini Dia menamakan DiriNya sebagai ALLAH.

Sabda Nabi :-

Aku dari Cahaya Allah dan segala yang lain adalah dari Cahayaku.
Aku adalah AHMAD tanpa MIM ( Alif – Ha – Mim – Dal ) jadi ( Alif – Ha – Dal )

Ibu Ruh Nur Muhammad mentajallikan MALAIKAT. Malaikat ghaib didalam RUH AWAL MANUSIA yang digelar RUH QUDSI atau NUR MUHAMMAD MUSTAFA RASUL ALLAH. Maka dikatakanlah bahawa manusia itu sesifat Malaikat.

Seterusnya Ruh Muhammad sebagai ibu ruh menciptakan alam semesta ini. Ianya tidak lain dan tidak bukan selain ZAT MUTLAK yang meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian manusia dengan Sifat Maha MeliputiNya.

GHAIB maksudnya ialah WUJUD tetapi TIDAK KELIHATAN oleh mata kasar tetapi dirasakan kewujudannya oleh pancaindera atau mata hati.

SUHUDIL KASRAH FIL................

Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Arabi bila mengungkapkan kata kata termashur ini :-

LIHATLAH SATU PADA YANG BANYAK
LIHATLAH YANG BANYAK PADA YANG SATU
YANG BANYAK ITULAH YANG SATU & YANG SATU ITULAH YANG BANYAK
DAN YANG SATU ITULAH SATU YAKNI ZAT MUTLAK ALLAH

Barangkali inilah maksud sebenar SE / ESA / MELIPUTI itu yang bermaksud bahawa kita in Se-zat, Se-sifat, Se-asma’ & Se-afal dengan Allah Tuhan kita itu. Jika telah SE tidak lagi boleh dipisahkan.

Kembalikan hal ini kepada manusia. Jasad & Ruh atau Badan & Nyawa atau Jasmani & Ruhani tidak boleh dipisahkan . Jika sudah SE , maka jadilah Jasad itu Ruhani , Ruhani itulah Jasad, kerana asalnya adalah yang SATU jua. Ia SE, ESA / MELIPUTI.

Barangkali ini jugalah maksud :-

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Kita datang dalam bentuk dua jisim yaitu ruh & jasad. Kenapa pula bila kembali kita kembalikan Ruh kepada Allah dan jasad kebumi ?

Tidakkah wajib kita kembalikan jasad juga kepada Allah yaitu kembalikan kedua-duanya kerana kedua-duanya itu adalah satu atau esa, tidak boleh dipisahkan ? Inilah jalan kembali yang sebenarnya yang patut kita cari.

AWAL ZAT ...AKHIRPUN ZAT

Dan barangkali ini jugalah maksud AWAL ZAT – AKHIRPUN ZAT JUA.

Arif mengatakan jika didunia ini, kita pisahkan diri kita dengan Allah kerana kita bertauhidkan Allah dan alam itu BERFARAQ atau TERPISAH, maka kembalilah kita dengan terpisah jua. Jika didunia ini, kita bertauhidkan SE- ALLAH maka kita kembalipun SE jua. Wallah Hu Alam.

Setakat perbincangan kita pada tahap ini, fakir rasa otak kita semua boleh menerima kenyataan bahawa Ruh manusia itu asal usulnya ialah ZAT ALLAH. Oleh kerana pentajallian melalui konsep SE / ESA / MELIPUTI, maka Ruh Manusia itu ialah Allah pada hakikatnya Allah.
Dialah DIRI yang patut Dikenal saperti sabda Baginda Rasul – Kenal Diri maka kenallah akan Allah – Saperti yang telah dikatakan dahulu adalah mustahil seseorang itu dapat membayangkan atau kenal Allah kerana Allah itu Mahasuci dari dapat dibayangkan rupaNya oleh sesiapapun.

Ingat – Ruh Manusia bukannya manusia yang berbadan dan bernyawa itu. Maksudnya selagi kita belum sampai ketahap INSAN KAMIL atau sebelum mengenal Diri sendiri maka belumlah lagi kita mencapai tahap INSAN.

METHODOLOGI UNTUK MENCAPAI TAHAP INSAN

Ada dua methodologi yang boleh saudara pilih jika berhajat untuk mencapai Tahap INSAN . Namun fakir mengingatkan bahawa ianya adalah KETENTUAN ALLAH belaka.

Pertama melalui methodoligi Tarekat. Pilihlah Tarekat dan ikutilah ajaran murshid anda. Kedua melalui methodologi Tafakur. Bolehlah anda cuba methodologi yang disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar dan cara cara Ustaz Abu Sangkan.

Pendidikan Ilmu Syariat yang menebal mungkin menyebabkan sesetengah orang sukar untuk menerima kenyataan ini , tetapi itulah hakikatnya.

Sementara itu pemahaman berlandaskan HUKUM AKAL sahaja tidak boleh dipakai jika tidak disahkan oleh dalil dalil NAQLI yakni Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith. Oleh itu saudara perlu merujuk kepada Al-Quran & Kitab Hadith.

Sekiranya masih berlaku was was kerana kefahaman bahawa Zat Allah itu Mahasuci dari disamakan dengan YANG BAHARU, maka mohonlah Petunjuk Allah.

Dan sekiranya anda mahu berwaspada maka cukuplah setakat anda yakin bahawa ruh kita itu dibekalkan dengan Sifat Sifat Ketuhanan yaitu Sifat Maani dan Maknuyah Allah dan bertauhidlah dengan mentashdiqkan bahawa Tiada Yang Nyata Hanya Allah.

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI LAPAN ( 8 )



KAMUS SUFI anda ..............

HADITH QUDSI = Wahi / wahyu yang diturunkan Allah menurut perkataan Nabi itu sendiri. Allah berkata kepada Nabi dalam bentuk jasmani Nabi, dalam bentuk Malaki Nabi, dalam bentuk Ruh Nabi. Dalam yang pertama itu Allah berkata-kata dalam perkataan perkataan bahasa, dalam yang kedua dalam bentuk awalan awalan surah surah tertentu ( huruf muqatta ) dalam yang ketiga dalam bahasa keruhanian.

HULUL = penjelmaan
HADI = orang yang membimbing ke jalan yang benar
HAL = keadaan dzauk
HUKAMA = ahli ahli falasafah
HIJAB = tabir
IBLIS = sangkaan tentang yang lain daripada Allah
ILMI SINA = ilmu yang disampaikan dari hari kehati

Sambungan dari entri 7.................

Disinilah maksud ..............

MAKSUD KALIMAH TAUHID

KALIMAH TAUHID peringkat khusus yaitu yang diertikan dengan qasad :-.

Aku mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa tiada yang nyata dalam diriku melainkan Zat Allah semata-mata.

Maksudnya ialah tiada wujud manusia itu pada hakikatnya . Yang wujud ialah Allah semata-mata tiada yang lain ( La Maujuda Ilallah ). Inilah Kalimah Tauhid Insan membawa pengertian bahawa hidupnya manusia itu dengan Hayat Allah , bergerak manusia itu dengan Kudrat Allah dan seterusnya.

MAKSUD KALIMAH RASUL

KALIMAH RASUL ditashdiqkan sebagai : -

Aku mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa Akulah Muhammad menyampaikan Hak Allah. Yang membawa maksud bahawa YANG BERSUARA itu ( Ruh / Nyawa ) mengaku disaksikan oleh YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu ( Jasad ) bahawa Yang Bersuara itu adalah penyampai ( Rasul ) Sifat Sifat Allah kepada jasad / tubuh badan.

Rasul ini disebut / dinamakan sebagai MUHAMMAD MUSTAFA RASUL ALLAH.

TAHAP TAUHID TAUHID mengikut IMAM AL-GHAZALI

Imam Ghazali menceritakan tahap tahap tauhid manusia itu dengan mithalan yang indah sekali didalam kitabnya IHYA ULUMIDDIN. Beliau mengibaratkan tahap tauhid manusia itu umpama sebiji kelapa.

Lapisan yang luar itu yang sangat nipis – ianya hijau bila kelapa itu muda dan menjadi coklat kehitaman apabila buah kelapa itu tua. Lapisan ini gunanya Cuma untuk menandakan umur kelapa itu tiada guna yang lain. Seorang bukan islam yang mengucapkan kalimah syahadah tanpa apa apa erti dihatinya umpama lapisan nipis inilah. Tiada apa gunanya sebutan itu.

Dibawah lapisan nipis itu ialah bahagian yang paling tebal pada kelapa itu. Ianya dipanggil sabut. Gunanya pada kelapa ialah untuk menahan hentakan ketika kelapa masak jatuh kebumi. Gunanya kepada manusia mungkin menjadi penghalau nyamuk, penyentah tahi ayam atau bahan kerusi kereta.

Imam Ghazali mengumpamakan sabut kelapa ini sebagai IMAN ORANG AWAM YANG RAMAI itu ( sabut bahagain paling tebal pada sebiji buah kelapa )
Yang ramai itulah yang mengtashdiqkan Dua Kalimah Syahadah sebagai : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.

Barangkali inilah maksud hadith Nabi yang bermaksud : janganlah kamu ikut orang yang ramai itu , kerana yang ramai itu menyesatkan kamu. Barangkali sahaja tetapi anda tentukanlah untuk diri anda sendiri sama ada mahu mengikut yang ramai itu ?

Dibawah sabut ialah tempurung dimana isi kelapa melekat. Kegunaan tempurung pada manusia adalah kegunaan peringkat rendah.

Pada Imam Ghazali tempurung diibaratkannya sebagai Tauhid Peringkat Ketiga. Manakala isi kelapa yang mengandungi santan itu diumpamakannya sebagai Tauhid Peringkat Tertinggi.

Ianya umpama RASA LEMAK SANTAN didalam santan kelapa itu. Rasa lemak inilah yang dikatakan sebagai ZAT KELAPA. Bila rasa lemak / zat dikeluarkan maka isi kelapa itu akan dikenali sebagai hampas kelapa.

Yang dicari oleh seseorang manusia yang arif didalam sebiji kelapa ialah RASA LEMAK kelapa itu. Orang yang arif yang mencari rasa lemak ini diumpamakan oleh Imam Ghazali sebagai orang yang bertauhidkan pada tauhid peringkat tertinggi yang bertashdiq bahawa :-

TIADA YANG WUJUD DI-SELURUH ALAM MAYAPADA INI MELAINKAN ZAT MUTLAK ALLAH SEMATA-MATA.

YANG ADA / WUJUD HANYA ALLAH MENTAJALLIKAN DIRINYA MELALUI NAMA NAMA & SIFAT SIFATNYA KEDALAM SETIAP YANG KELIHATAN WUJUD.

Tiada GHAYR – tiada yang lain. LA MAUJUDA ILLALLAH.

PENDAPAT IBNU ARABI

Manakala Ibnu Arabi pula mengatakan bahawa tiadalah sama antara orang yang beriman dengan orang yang ARIF.

Iman itu adalah umum dan biasa untuk orang awam dan orang biasa. Arif adalah khusus untuk orang khusus mengatasi IMAN dengan mengetahui HAKIKAT IMAN itu sendiri.

Pada hakikatnya orang Arif sudah pasti beriman manakala orang beriman ramai yang tidak arif. Maka diperentahkanlah sembahyang itu kepada orang yang beriman.

Khamis, 24 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN .oleh Fakirabdillah....ENTRI - 7 ( TUJUH ).



KAMUS SUFI anda ..............

FANA = binasa diri
FANI = orang yang fana’
GHAYR = yang asing , yang tidak wujud
GHAYRIYAT= ke-Lain-an
GHAUTH = ketua kepada qutub, ketua wali wali yang memerentah dunia. Pangkat dibawah ghauth ialah qutub.

PANDUAN DARI IBNU ARABI


Adapun Hakikat Semesta itu mempunyai DUA WAJAH yaitu Tuhan dab Makhluk dalam bentuk :-

Tuhan Makhluk


Yang Esa Yang Banyak
Yang Qadim Yang Baharu
Yang Batin Yang Zahir
Yang Awal Yang Akhir

Perbezaan antara dua hal ini HANYA TIMBUL dari sudut TANGGAPAN MANUSIA itu sahaja, sedangkan DARI SEGI HAKIKATNYA ( Yang Benar ) segala kenyataan itu adalah SATU bukan dua dan ghayr ( yang lain ) . Dia itu Aku dan Aku itu Dia. Yang wujud hanya satu yaitu WUJUD MUTLAK.

Maka ......

Allah menjadikan Insan sebagai CERMINNYA yang sudah digilapNya sehingga ia dapat memenuhi KEHENDAK ALLAH yang bertajalli padanya kerana PERANAN inilah Insan diangkat Allah menjadi KHALIFAHNYA dibumi ini yang dirinya merupakan PENGWUJUDAN KEHENDAK ALLAH bertajalli dalam bentuk yang kukuh.

HADITH QUDSI / KUNZA MAHFIYAN


Akulah Perbendaharaan tersembunyi. Maka Aku ingin sekali dikenali. Maka Aku jadikan Jin & Manusia itu untuk mengenali dan berbakti kepadaKu. ( baktinya ialah menjadi CERMIN untuk Allah melihat Keagungan dan KeindahahnNya dan memuji diriNya sendiri. Allah memuji diriNya melalui lidah makhlukNya )

HURAIAN PENGERTIAN KUNZA MAHFIYYAN


Apakah pelajaran yang saudara perolehi dari Hadith Qudsi ini ?

Pemahaman saya ialah saperti berikut :-

Zat Yang Mutlak yang tidak boleh dikenali makhluk melainkan melalui Sifat SifatNya, Asma’Nya & Af’alNya ingin sekali dikenali. Untuk dikenali diciptakanNyalah manusia & jin.

Maka ditajallikanNya RUH MANUSIA atau Muahammad Awal. Ruh itu bila ditajallikan masih lagi ghaib. Maka untuk menyatakan ruh yang ghaib itu diciptakanNyalah JASAD sesifat atau menyerupai RuhNya.

Melalui Jasadlah Ruh itu boleh dikenali.

RUH itu NYAWA - DIBEKALKAN DENGAN SIFAT 20 ALLAH

Dibekalkannya ruh itu dengan sifat sifatNya yaitu Sifat 20. Maka kerana itulah ruh dikatakan Nyawa kerana tanpa Nyawa menusia itu tidak boleh HIDUP / Berkuasa / Berkehendak / Mendengar / Berkata-kata / Melihat & Mengetahui. Maka memilikkilah manusia itu SIFAT MAANI & MAKNUYAH TuhanNya.

Siapakah pemilik sebenar Sifat Sifat itu ? Kita atau Allah ?

ADAKAH RUH MEMILIKKI SIFAT MAKNUYAH ALLAH ?

Sekilas pandang sifat sifat Maha Kaya saperti Maha melihat dan sebagainya tidak jelas wujudnya pada kita sebagai manusia .Ini tidak pula bermakna ianya tidak wujud pada Nyawa kita itu. Hanya Ilmu Hakikat dapat menjelaskan perkara ini.

Dilihat dari kacamata Ilmu Tasauf, sifat sifat Maha ini akan jelas kelihatan apabila seseorang itu berjaya membersehkan dirinya ketahap INSAN KAMIL saperti mana nmanusia awal itu yakni NUR MUHAMMAD.

Ini dilakukan melalui fisabilillah yaitu memecahkan tabir pemisah dirinya yang dipanggil HIJAB dan memerangi musuh yang dicipta bersamanya yaitu hawa nafsunya bergelar IBLIS. Iblis itu ditugaskan sebagai TESTER kepada manusia oleh Allah. Tahap Insan Kamil ini mengikut ulamak diberikan kepada para nabi nabi, rasul rasul, wali wali .

Kepercayaan atau keyakinan perkara yang diatas ialah Ajaran Tasauf SUNNI Al-Ghazali.

Pendapat Ibnu Arabi lain pula.


Menurut Ibnu Arabi manusia biasa saperti kita mustahil boleh mengenal Allah dalam erti kata kenal yang kita fahami. Yang boleh dikenal ialah RAHSIA ALLAH yakni Diri Hakiki manusia itu yaitu ruh atau nyawanya.

Perlu juga kita meningkatkan TAUHID kita ketahap tauhid peringkat tertinggi yakni TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH. Tiada yang lain kerana yang lain pada hakikatnya kosong belaka.

Yang demikian ingatlah bahawa :-

Jasad itu tiada berkuasa, yang berkuasa memerentah jasad ialah Ruh atau Nyawa. Ruh apapun ianya adalah HAK ALLAH yang dibekalkan dengan Sifat 20 Tuhannya. Yang mempunyai Sifat 20 itu tiada yang lain melainkan ALLAH. Ibnu Arabi merujuk Ruh itu sebagai MANUSIA HAKIKI atau yang sebenar-benarnya manusia. Dr Bagindo Muchtar merujuknya sebagai AKU....yang hendak kita cari dan kenali itu.

JASAD ITU MATI – NYAWA ITU HIDUP


Disinilah maksud :-

ALLAH MEMUJI DIRINYA DENGAN DIRINYA. Maksudnya ialah Allah MENTAJALLIKAN DIRINYA dalam bentuk manusia dalam pengertian manusia yang dinyatakan diatas.

Disini jugalah maksud :-

Sama ada perbuatan atau diam manusia itu bersifat MUNKAR atau MAKRUF , segala-galanya adalah AF’AL ALLAH belaka kerana pada hakikatnya semua anggota manusia itu mati, tidak boleh bergerak tanpa Nyawa.

Yang menghidupkan Jasad itu ialah HAYAT ALLAH. Maka hiduplah manusia itu dan manusia itu akan mati apabila Nyawa atau Ruh itu dipanggil kembali oleh Allah. Kita katakan manusia itu telah meninggal dunia.

Yang sabenarnya Ruh telah meninggalkan jasad yang mengakibatkan jasad jadi tidak berguna lagi dan perlu dikebumikan. Maksud kebumi disini ialah pergi kebumi atau ditanam didalam bumi.

MANUSIA ITU ADALAH ALAT ATAU SANDARAN ALLAH


Manusia wajib sedar setiap detik dan ketika bahawa ianya adalah Alat atau Sandaran Allah semata-mata. Maka menjadilah manusia itu kepunyaan atau Hak Allah . Kita ini umpama kotak radio atau kotak televisyen yang ada dirumah itu. Tugas kita ialah menerima siaran , tiada yang lain. Kotak radio atau televisyen hanya berfungsi sebagai radio atau televisyen dengan adanya dua perkara yaitu pertama stesyen penyiar dan keduanya gelombang yang kita panggil megahertz.

Pada kita manusia kotak televisyen itu ialah Jasad. Gelombang megahertz ialah Nyawa. Program atau apa yang disiarkan ialah Af’al Allah. Harus diingat gelombang itu milik stesyen penyiar dan bukannya milik kotak televisyen.

Bersambung........................................

Rabu, 23 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI 6 ( ENAM )



KAMUS SUFI anda ..............

AYNIYYAT = sama saperti ais dengan air
BAY-SHARA = orang orang Islam yang tidak berapa patuh kepada Syariat Islam
ZAT = Yang menunjukkan Sifat. Tidak dapat diperkatakan hakikatnya. Ada orang menganggap serupa dengan Wujud tetapi Wujud dikira antara 4 hypotesis Wahdat yakni Ilmu, Nur , Wujud & Suhud – manakala Zat mesti atas lagi daraipada hypotesis.
ZAT – i - ZAHIR = Zat – i – Batin terdiri dari Ahdiyyat , Wahdat & Wahdiyyat dan Zat – i- Zahir terdiri dari Arwah , Amthal & Ajsam.
ZAKIR = orang orang yang berzikir.
PROSES TAJALLI ZAT GHAIB DALAM SIFAT

Terciptanya manusia oleh KUDRAT yakni Maha Berkuasa Allah atas IRADAT yakni Maha Berkehendak Allah. Terjadinya Iradat kerana ILMUNYA yakni Maha Mengetahui Allah. Allah Maha Tahu kerana HAYATNYA.

Nyata Allah Maha Hidup kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat yaitu Sifat SAMA’ & BASARNYA.

Untuk dinyatakan apa yang dilihat dikatakan dengan KALAM. Kata kata Allah Yang Haq ialah KUN. Atas perentah ZAT Kalam mengatakan . Hanya Sama’ yang mendengar Basar belum lagi melihat.

Oleh kerana Basar belum melihat, Zat memerentahkan Kalam menyatakan PAYAKUN yakni TERJADI, maka terjadilah manusia dan barulah Basar melihat manusia itu.

Untuk menyatakan KESEMPURNAAN SIFAT SIFAT KEMULIAAN itu maka Zat berfirman : Kaunuhu Ya Muhammad.

Kaunuhu menyatakan Sifat Zat yang Maani itu. Menyatakan Sifat Maani atau keadaannya itu dikatakan SIFAT MAKNUYAH. Atau dengan lain lain perkataan Sifat Maani dinyatakan atau diterangkan oleh Sifat maknuyah. Ini dikatakan sebagai Sesifat dari Zat. Kalau sesifat dari Zat, maka tidaklah boleh dipisahkan lagi.

Itulah kebesaran Allah. Manusia ( Adam ) itu tanda Kebesaran yaitu ALLAH HU AKBAR.

Ternyata perkataan Allah Hu Akbar itu menunjukkan 7 Sifat Maani yang agung yang digelar HAKIKAT MUHAMMAD.

Sheikh Abdul Kadir Jailani memanggilnya RUH AL-QUDSI atau TIFLUL MAANI. Itulah nyawa kita yang dipanggil SIRR yang bersifat RABBANIAH ( Ketuhanan ) Ia dari Allah dan sentiasa behubung dengan Allah.

Syeikh Abdul Kadir mengatakan bahawa Ruh Al-Qudsi itu sesifat JASAD tetapi ianya adalah NUR ( Cahaya ) yang tidak boleh kita lihat dengan mata kepala. Jika Ruh Al-Qudsi itu sesifat Jasad dan ianya dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU, maka fahamlah kita akan makna Hadith yang mengatakan bahawa Allah menciptakan ADAM mengikut rupaNya dan bahawa manusia itu adalah RAHSIA ALLAH dan Allahlah Rahsianya.

Jika Allah tidak dapat anda bayangkan, kerana Allah itu belum pernah anda ketemui, maka anda bayangkanlah DIRI BATIN anda yang sesifat Jasad anda itu. Lihatlah cermin. Dialah yang menjadi Imam anda ketika anda sembahyang. Maka jadilah sembahyang anda saperti mana yang dikatakan oleh Arif – yang disembahlah yang menyembah dan yang menyembahlah yang disembah.

KEBESARAN = KEMULIAAN + KESEMPURNAAN = ALLAH

NUR ALLAH = Muhammad Mustaffa Yang Gilang Gemilang

KEMULIAAN + KESEMPURNAAN = KEBESARAN

ALLAH HU AKBAR

JASAD + SIFAT ( RUH ) = MANUSIA.

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah...ENTRI 5



KAMUS SUFI anda ..............

ATHAR = kesan
ASMA – i – ILAHI = nama nama Allah
ASMA – i – KIYANI = makhluk ( yang dijadikan )
ASMA – i THUBUTI = nama nama dengan yang dinamakan menunjukkan sifat sifat yang positif saperti berkuasa , mengetahui dsb
ASMA – i – SALABI = nama nama yang menunjukkan kekurangan sifat sifat saperti suci , kudus dsb

Sambungan dari entri 4...........

Sementara itu adalah jelas kepada kita akan betapa pentingnya mempelajari Ilmu Usul bila kita sudah tahu serba sedikit siapa diri kita yang sabenarnya, dari mana kita datang, kenapa kita disini dan kemana pula kita salepas ini.

Ulamak mengatakan bahawa satelah dimatikan kita akan kealam BARZAKH sementara menunggu kembali kenegeri asal kita yang disebut sebagai AKHIRAT.

JALAN DATANG & JALAN PULANG


Soalnya ialah bagaimana pula caranya kita boleh sampai semula ketempat asal kita yang disebut sebagai Akhirat itu dengan bukan sahaja selamat tetapi sempurna dan berkekalan ?

Ulamak mengatakan bahawa cara yang dikatakan selamat, sempurna dan berkekalan itu ialah dengan IMAN Yang Haq yaitu dengan menunaikan PERINTAH ALLAH yang ditunjuk oleh RASULNYA yang berasaskan Rukun Iman dan Rukun Islam.

Perintah Allah untuk kita tunaikan sangatlah banyak. Al-Quran menceritakan tentang Perintah & Larangan Allah, tentang dosa & pahala. Juga tentang Nikmat Syurga dan Azab Neraka.

JANGAN SEKALI-KALI BERBURUK SANGKA DENGAN ALLAH.


Namun begitu janganlah hendaknya kita bersusah hati mengingatkan akan perintah perintah Allah yang telah kita tinggalkan, tentang larangan larangan Allah yeng telah kita langgar.

Allah telah menunjukkan jalan keluar yaitu BERTAUBAT dan MEMINTA AMPUN kepadaNya dan wajiblah kita percaya bahawa Allah itu mengampunkan segala dosa melainkan dosa mensyirikkan Allah.
Janganlah sekali-kali kita berkata “ Entah diampun atau tidak dosa aku oleh Allah “ satelah kita minta ampun dan bertaubat. Ini dinamakan BURUK SANGKA terhadap Allah.

TAKUTILAH DOSA SYIRIK HOPPI


Sekali lagi fakir ingin mengulangi : Yang perlu kita takut dan berjaga-jaga ialah berhubung dengan dosa yang Allah tidak akan ampunkan yaitu dosa menduakan Allah atau menyengutukan Allah. SYIRIK namanya.

SYIRIK itu bukan sahaja syirik menyembah bahala dirujuk sebagai syirik yang KASAR tetapi yang paling ditakuti ialah apa yang disebut sebagai SYIRIK YANG HALUS atau TERSEMBUNYI atau SYIRIK HOPPI. Ini termasuk menyengutukan Allah dengan diri kita sendiri.

Bagi orang yang beriman yaitu yang benar benar beriman kepada Ayat Ayat Al-Quran mereka merasa lega dan bersenang hati dengan membaca dan berfikir dan memahami Firman Allah didalam Surah As-Shad : 46 :-

Katakanlah Ya Muhammad bahawa engkau diperintah untuk mengingatkan manusia SATU HAL SAHAJA yaitu MENGHADAP ALLAH DENGAN IKHLAS berdua-dua atau sendiri sendiri. Suruhlah mereka fikirkan.

FAHAMILAH MAKSUD IKHLAS


Allah juga Berfirman :-

Orang orang yang BERIMAN itu TIDAK TAKUT pada PENGURANGAN PAHALA atau PENAMBAHAN DOSA.

Maksudnya ialah orang yang beramal ibadah kerana didorong oleh rasa takut berdosa atau oleh keinginan untuk mendapatkan pahala belum lagi benar benar beriman.

Ini adalah kerana dia beramal dan beribadah dengan TIADA perasaan IKHLAS terhadap Allah. Lagipun Allah telah menyatakan melalui HADITH QUDSI yang dirujuk sebagai SUUL KHOTIMAH & HUSNUL KHOTIMAH bahawa urusan memasukkan seseorang kedalam Syurga atau Neraka itu adalah Hak & Ketentuan Allah, bukan ketentuan seseorang itu melalui amal ibadahnya apatah lagi jika amal ibadah itu tidak ikhlas.

Sekiranya kita betul betul faham siapa kita, siapa Allah dengan erti mengenalNya, faham pula kita maksud HAUQALAH, Kalimah Tauhid, Kalimah Rasul, Rukun Iman & Rukun Islam, tentulah kita akan menjadi orang orang yang benar benar beriman kerana kita tahu siapa diri kita yang menyembah dan kita juga tahu siapa Tuhan yang kita sembah.

Ini adalah kerana kita tahu bahawa semua yang kita lakukan itu adalah AF’AL Allah dan bukannya perbuatan kita.

Ingatlah bahawa SYARIAT itu KULIT dan ianya lakuan Jasad manakala HAKIKAT itu ISI dan ianya adalah AMALAN BATIN atau Ruh atau Nyawa.

Adakah IKHLAS itu ditempatkan ditubuh kita ?

TAKRIF ORANG ORANG BERIMAN MENGIKUT AL-QURAN


Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendapat Petunjuk.

Orang orang yang mendapat petunjuk ialah orang orang yang mendirikan Solat, menunaikan Zakat, Haji dan yakin pada hari Akhirat.

Orang yang tidak melakukan kezaliman yang besar yaitu orang orang yang tidak menyengutukan Allah

Orang yang mendapat kemenangan besar yaitu orang yang mentaati Allah & RasulNya, bertakwa dan berkata benar.

Orang yang tidak pernah memikirkan tentang dosa dan pahala bila beribadah kepada Allah

Orang yang gementar jiwanya bila disebut sahaja Nama Allah

Bersambung....................................

Isnin, 21 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKN Oleh Fakirabdillah....ENTRI 4




KAMUS SUFI anda ..............

AJSAM = badan – Alam Ajsam ialah alam kebendaan ini.
AMTHAL = misalan misalan
ARIF = orang yang mempunyai makrifat ( pengenalan )
ARWAH = ruh ruh ( plural for ruh )
ASYGHAL = ( singular = Syaghal ) Latihan Sufi, misalnya duduk dengan cara tertentu, tarik nafas dengan La Ilaha dan diarahkan kepada Hati dengan Illallah dan lain lain.

Sambungan dari Entri Tiga .

Allah memudahkan kita untuk mengenali Sifat / Asma’ & Af’alNya kerana Allah menghuraikannya didalam Al-Quran. Allah juga berfirman bahawa cara termudah untuk mengenaliNya ialah dengan melihat dan mengenali RAHSIANYA yaitu DIRI KITA sendiri.

Nabi pula bersabda : Sesiapa yang mengenali dirinya pasti mengenal Tuhannya. Ini adalah kerana Allah telah mengistiharkan bahawa makhluk yang paling sempurna yang telah diciptaNya ialah manusia itu sendiri. Maksudnya kita sebagai manusia lebih sempurna daripada Malaikat apatah lagi Iblis yang berasal dari malikat itu.

Jadi kenapakah kita tidak mengakui akan kebenaran Kalam Allah dan kebenaran Sabda Nabi kita dan memilih untuk percaya pula kepada kata kata ulamak zaman ini yang mengatakan Ilmu Mengenal Diri itu sesat dan menyesatkan. Tanpa mengkaji dan berfikir orang memilih untuk mengikut sahaja.

Soal MENGENAL DIRI SENDIRI bukanlah soal yang mudah dan boleh dipermudahkan.

Apakah yang dikatakan sebagai DIRI itu ? Adakah ianya jasd kita atau nyawa kita atau kedua-duanya sekali atau DIRI itu perkara lain yang tiada kaitan dengan jasmani atau nyawa kita ?

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20


Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.

Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja. Mahasuci Allah dari kekurangan itu sedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah. Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.

Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu. Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang manyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.

MENGENAL RASUL

Disini dikatakan bahawa yang dikatakan DIRI SENDIRI itulah RASUL atau PENYAMPAI yang diamanahkan oleh Allah. Rasul ini wujud bersama kita setiap detik & ketika selagi kita masih bernafas. Dialah yang dikatakan RAHSIANYA & AMANAHNYA.

Tugas Rasul ialah menyampaikan amanah yaitu Hak Allah kepada yang diamanahkan kepada Rasul itu dan tugas yang menerima amanah pula ialah MEMULANGKAN amanah ( yang dikatakan hak allah itu ) kepada Yang Empunya Amanah yaitu Zat Wajibul Wujud itu sendiri.

Mengenal Rasul adalah lebih mudah berbanding Mengenal Allah. Ini adalah kerana Rasul itu manusia. Perbezaan Rasul dengan manusia biasa ialah Rasul itu terpelihara sifatnya oleh Allah yaitu dijamin bersifat SIDDIQ / TABLIQ / AMANAH & FATONAH.

Namun begitu Rasul Zahir yang terakhir telah wafat. Pada hakikatnya tiada saorang pun manusia yang ada didunia sekarang ini berupaya menggambarkan manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah itu dengan tepat.

Yang demikian apa yang perlu kita kenal sekarang ini ialah RASUL DIRI KITA SENDIRI yang oleh Arif dirujuk sebagai Muhammad Mustaffa Rasul Allah. Rasul ini juga disebut sebgai RASUL BATIN dan disebut juga sebagai RUH atau NYAWA.


Bersambung......................................

Ahad, 20 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah - ENTRI 3



KAMUS SUFI anda ..............

ABRAR = orang orang yang baik / orang sufi
ADUM = kosong / tidak ada
ADUB = hormat untuk membezakan antara Ketuhanan & Kemanusiaan
AFAAL = lakuan / kerja / perbuatan
AHAD = satu / sama
AHDIYYAT = Peringkat Awal dimana tidak ada apa apa kecuali keheranan

Sambungan ENTRI DUA.......................

PERBEZAAN ESA dengan SATU

Inilah yang dimaksudkan dengan kata kata bahawa Allah itu Esa yaitu Allah itu Maha Meliputi. Allah Taala bukan sahaja satu atau tunggal tetapi Allah itu ESA yaitu ketunggalan yang Meliputi. Inilah makna sebenar satu atau tunggal itu.

Oleh itu hendaklah kita faham ESA itu bukan bererti SATU sebab satu itu boleh dibilang. Mahasuci Allah dari sifat yang boleh dibilang.

MEMAHAMI MAKSUD TAJALLI

Sekiranya kita sudah yakin bahawa Alam Semesta ini adalah pentajallian Allah dan manusia itu merupakan Pengwujudan Allah Yang Amat Sempurna Dalam Bentuk Yang Kukuh, maka tidaklah tepat jika kita mengkaji tentang Asal Usul Manusia itu lagi kerana pemahaman manusia tentang asal usul akhirnya memberi pemahaman yang salah kerana otak manusia itu
Enganggap “ yang ada kini tidak semestinya sama dengan asal usulnya . Contohnya :-

Dari kapas menjadi benang
Dari benang menjadi kain

Kapas tetap kapas , benang tetap benang dan kain adalah kain.
Asalnya sama tetapi benang bukanlah kain dan kain bukanlah kapas.

Didalam hal Allah dan manusia , dimana manusia ialah Pentajallian Allah, yang asal dan yang ada itu adalah TETAP SAMA TETAPI TIDAK SAMA. Allah Tetap Allah manakala manusia tetap manusia. Ayat ayat ini amat pelik dan otak amat susah untuk memahaminya dan akhirnya menolaknya sebagai perkara yang boleh diterima.

Untuk memberi faham, maka perlulah diberikan contoh contoh. Bila air dipanaskan , api yang memanaskan air itu tidak hilang sifat panasnya walaupun air mendidih ketahap 100 degrees celcius. Kepanasan api tidak sedikitpun kurang dalam proses memanaskan air itu . Manakala air yang dipanaskan pula walaupun mendidih bila sejuk tetap menjadi air tidak mungkin boleh menjadi api.

Namun begitu bagi maksud untuk menjelaskan apa apa yang mahu dijelaskan didalam Ilmu Hakikat pemahaman tentang pengertian Tajalli tidak patut difahami dalam konteks kapas, benang dan kain.

SEMUA BENDA & PERKARA PUNCANYA IALAH ZAT ALLAH


Asal usul atau puncanya adalah ZAT MUTLAK yang memperkenalkan DiriNya sebagai Allah.

Oleh kerana Zat Mutlak wujud tetapi tidak kelihatan secara nyata saperti objek objek dan tidak boleh dikesan oleh pancaindera manusia saperti bau wangi bunga kenanga atau dirasai saperti manisnya gula, maka Zat Mutlak itu memerentahkan manusia supaya berusaha mengenalNya melalui Sifat Sifat, Nama Nama ( Asma’ ) dan Perbuatan PerbuatanNya ( Af’al ) , melalui benda benda yang dijadikanNya dialam maya ini dan juga melalui satu lagi SIFATNYA yaitu manusia itu sendiri.

MUSTAHIL MANUSIA BOLEH MENGENALI ALLAH

Ibnu Arabi menegaskan bahawa adalah MUSTAHIL bagi manusia itu mengenali , apatah lagi melihat dengan mata kepala akan ZAT ALLAH itu.

Puncak tahu sesaorang mengenai Zat Allah ialah TIDAK TAHU. Penulis pula ingin menyatakan bahawa adalah mustahil juga untuk seseorang dapat mengetahui akan Allah tanpa Pertunjuk & Bimbingan Allah sendiri. Sebagai manusia biasa kita hanya boleh membayangkan rupa seseorang atau sesuatu benda itu bila kita telah pernah bertemu dengannya. Siapakah yang telah bertemu dengan Allah ?

Nabi Musa a.s merayu-rayu kepada Allah untuk melihatNya. Yang dilihat baginda ialah gunung Tursina yang telah hancur. Maka siapalah kita berbanding Nabi Musa ?

Oleh itu bagaimanakah caranya kita boleh Mengenal Allah itu ?

Ada orang mengatakan seseorang hanya boleh Mengenal Allah dengan Allah. Kenyataan sebegini amat membingungkan dan mendatangkan kecewa pada sesaorang penuntut ( salik / talib ) . Kita tidak suka mendengarnya.

Bersambung.......................................

Sabtu, 19 Jun 2010

MUZAKARAH MENAMBAH ILMU - Nota Muzakarah 2



NOTA MUZAKARAH 2 - Tarikh 15/6/10 hingga 17/6/10

Salam saudara pembaca yang di-Rahmati Allah.

Satu cara yang munasabah untuk mencari atau menambah ilmu ialah dengan berbincang secara berhemah . Ini dirujuk sebagai muzakarah. Kemudahan internet memudahkan perbincangan maya yang tidak melibatkan kos yang tinggi.

Inilah yang kami lakukan dilaman forum intranatebest yang dikelolai oleh Saudara Osman Hadi.

Jelas sekali melalui muzakarah itu kami telah menerima ilmu dari Allah jua melalui pentajallianNya. Ikutilah perbincangan kami itu dan saudara yang berminat dipersilakan menyertainya.

Fakir telahpun postkan Nota Muzakarah 1. Ikutilah apa yang kami bincangkan melalui entri kali ini Nota Muzakarah 2. Semuga memberi munafaat.

OsmanHadi

Salam,

Apa kabar sdr sharp shooter dan juga sdr Omar? di doakan di rahmati Allah sentiasa, dan bagi saya bak kata orang sehat sehat orang tua...Alhamdulillah.

Dari apa yang di perkatakan oleh sdr sharp shooter, rasanya sdr telah sangat sangat memahami apa dia Ilmu Pengetahuan Ketuhanan ini. Memang benar ilmu ini ialah ilmu ketuhanan, satu ilmu pengetahuan tentang Rahsia Allah, dan ianya di dapati dengan melahirkan diri sebenar diri dalam jasad kita ini. Maksudnya mengeluarkan (memancarkan) pancaran diri sebenar diri keluar melalui jari jari dan akhirnya seluruh tubuh kita. dan ini akan membawa pergerakan pada tangan dan akhirnya juga seluruh jasad.

Jadi cara kita Mengenal nya ialah dengan Rasa dan Perasaan (Rasa yang positive di dalam jasad dan juga di angota jasad kita) dan di RASA itu lah RAHSIANYA, disertakan dengan gerak nya tersendiri atau jalan nya. dengan NYA lah kita kenal Allah dan dengan NYA kita berhubung kembali dengan Allah. "Aku sudah pulang sebelum di panggil"

Memang benar kita harus kenal YANG DIJEMPUT bukan YANG DIHANTAR.
Dan Ilmu Pengetahuan ini berdasarkan DUA KALIMAH SYAHADAT .
Terima kasih kepada sdr sharp shooter kerana minat saudara,

Rasa dan gerak yang terasa itu akhirnya (insyaallah) akan sebati dengan jasad dan setiap pergerakan yang kita lakukan adalah gerak dari diri itu sendiri. Ini di panggil "Mendirikan diri di diri" dan ini semua adalah ketentuan Allah semata mata.

Si Gila Penjaga Alif ...menjawan pertanyaan sharpshooter berkaitan yang DI JEMPUT KE?atau yang DI HANTAR...?

Salam...,jawapannya terpulang pada DIRI...

**Alangkah baiknya lagi jika di HANTAR...Pernah dengar peribahasa saya ni? Nak DI JEMPUT ke DI CABUT?!!

Si Gila Penjaga Alif menjawab pertanyaan fadzil b hussain ..

Salam,rasanya ada baiknya saudara SELAM dalam DIRI dan belajar TERSURAT dan TERSIRAT..kerana itu kata saya tu ada terkandung MAKSUD..

**Baginda IBARAHIM A.S juga GILA dahulu sebelum kenal ALLAH..habis pokok bulan bintang disembahnya DEMI mencari yang HAKIKI RABBUL JALIL..Renungkan

Fakir memberi komen...

Yalah brader Alif ...brader osman dah ok nampaknya ....laman dia ni pun bertambah ok nampaknya.....lebih berseri dengan nur..banding laman forum lain yg lebih lama dan lebih berisi banding laman forum dzikirullah umpamanya yg terlalu akademik ..aliran Dr Bagindo Muchtar ...mmg pun bertumpu kepada " Yang Di-amalkan " atau yang patut diamalkan dan bukannya yang hendak diceritakan. Sedangkan laman web ini hanya mampu menampung hal hal yag hendak diceritakan. Maka kita teruslah bercerita wp ada anjuran diam itu lebih baik......kalau diam je laman web ini jadi statik.....

Si Penembak Tepat.

Salam sdr si gila penjaga ALIF. ...membuat satu andaian untuk menyampaikan ilmunya.

Salam sejaterah SAUDARA kami, Maaf sdra, Nampaknye mcm ada dendam atau tak puas hati dengan Sdra Omar...Klau tak silap saya,mungkin sbb sdr omar selalu jawab soalan di dlm laman blog ini, sdra omar jawab cara hakikat...namun sdra si gila penjaga ALIF, bukan lah duduk si makam hakikat...duduk di dalam makam RASHIA...

Maksud saya sdra, pendapat atau huraian bercanggah. sbb ilmu hakikat...adala ilmu usuluddin...duduknye di mkm akal...(ILMU HAFAL)TIADA PEMISAHAN ANTARA BADAN DAN NYAWA(DIRI)SECARA WUJUD... WALAU PON DAH TAHU USUL) Orang pandai2 kata..ilmu DISENGAJAKAN.

SI GILA PENJAGA ALIF PULA DUDUK DI MAKAM RASHIA(RASA)DI PANGGIL SIRRULLAH... ILMU RASA PULA BUAT PEMISAHAN ANTARA BADAN DAN NYAWA...DUDUK DI MAKAM RASHIA(RASA)TIDAK MENGGUNAKAN AKAL....MATIKAN AKAL...orang pandai2 kata...ilmu tak masuk akal...memang betol ilmu tak masuk akal sbb bergerak dngan sendirinya...tampa diperinta akal...maka tau lah mana badan mane diri. mane gerak perintah akal ( disengajahkan ) mane gerak dengan sendirinya. mungkin inila selalu bercangga tafsiran sdra...maaf jika salah...

ILMU KETUHANAN...BUAT PEMISAHAN ANTARA BADAN DAN NYAWA ( DIRI ) ( RASA ) DLM RASA BUAT PEMECAHAN ( RASHIA ) DLM RASA.
ILMU HAKIKAT...USUL DARI SIFAT KE ZAT ASMA AF'AL..DUDUKNYE DI AKAL..DI HAKIKATKAN... (HAFAL)

TETAPI SDRA SAMA ILMU ALLAH JUGA...CUMA PERINGKATNYE SAJA.

SILA BETOLKAN KALAU SILAP...PANDANGAN SAYA YANG DAIP NI.

Si Gila Penjaga Alif ....mengulas kenyataan sharp shooter diatas

Salam,

Salah tu..tiada dendam atau tak puas hati..sdra omar yg rasakan dia komen banyak..tak ada yang dengki iri hati..dia dengan kefahaman dia,saya dengan kefahaman saya..dan fahaman akan berubah umpama makam yang akan berubah, PENGALAMAN yang akan merubahnya...Bab makam rasa ke,makam pokok kemboja ke..tu saya tak pandai..suka hati pembacalah nak lempar saya makam mana pun..AKU tak bertempat..Rasa malaslah pulak nak reply komen pembaca lepas ni...

***Orang Waras tak RASA jadi GILA,tapi si GILA dah pernah RASA jadi WARAS..tak besssstttt
***Orang gila pun kena FITNAH...aduhh..dunia2..

OsmanHadi

Salam,

alhamdulillah saya sentiasa ok. kadang kadang semput.......
terima kasih kerana memeriahkan ruangan ini, dan di harapkan kita terus akan dapat menafaat dari nya....

Musafir ..saorang tetamu baru berminat memberi pendapat...

Tak sengaja saya termasuk dlm web ini. Saya neutral tak menyebelahi mana2 pihak. Orang yg jujur adalah orang yg berani berkata benar dan takut berkata salah kearana takut berbuat dosa.Orang yg salah berani berkata salah kerana dirinya terbawa dgn nafsu amarahnya kerana tidak khuatir dgn azab. Kebenaran tetap kebenaran dan salah tetap salah.

Pengalaman bagi si insan yg telah fana dan telah menyaksikan Allah , diri nya sahaja yg tahu. Maka yg masih belum mengalaminya bagi nya hanya masih satu ikhtiar belajar dan mencari ilmu agar mendapat menyaksikannya dan kedudukan nya masih duduk di dalam iman dan ilmu pengetahuannya hanya sebagai teori belaka.

Fakir

Salam semua..brader osman semput banyak hisap rokok tak ? kurangkanlah sikit..

Kpd brader sharpshooter ..nampak dah sgt tepat menembak...tulah ilmu tu tak pandai nak nyorok wp badan berusaha kuat menyorokkannya. ,pada saya spt yg si Alif kata...takda apa apa perasaan yg tak sedap....saya sgt menghormatinya dan saya faham apa yg dia nak katakan ...komen komen Alif ...mmg menggambarkan makam dia mcm yg sdra sharpshooter sebutlah...itu bahagian Alif yg Allah tentukan..kita sbg manusia mmg nak sampai ketahap Alif juga ...tapi kan itu ..tiada bab ikhtiari melainkan Ketentuan Allah jua...nanti kalau berhajat sangat hingga berasa keluh kisah ..tak tentu rasa..kerana kehendak yang mendadak ....langgar tauhid pulak....maka biarlah Yang Maha Menentukan menentukan apa yang dikehendakkiNya.

Kehendak Allah jualah yang kita lakukan sebagai sandarannya. macam saya ni entah apa pasal diarahnya menaip...maka menaiplah saya..apa yg saya nak taip ..saya hanya tahu bila sudah ditaip.....alhamdulillah jualah ..dengan Kudrat IradatNya jua saya boleh menyiapkan satu buku dalam masa seminggu sahaja jika itu kehendakNya...tak payah draf draf ..laju je menaip...jika kehendak menaip tu berhenti nak taip setengah mukasurat pun saya tidak mampu.

Kepada musafir ..rasanya sdra osman akan kata welcome....kita ni sama taraf dgn musafir juga saorang tetamu....itulah kdg2 terlanggar juga adab & kesopanan..agaknya brader osman maafkan kot ? . Mmg dalam laman ini kita cerita teori shj tuan musafir ...apa yg tuan sebut tu yakni MENYAKSIKAN , barangkali ramai juga belum sampai ketahap itu termasuk saya...jadi kita tulis cerita demi cerita shj lah..sbb nak tulis bab tu kita belum sampai...kalau dah sampai pun agaknya susah juga nak diceritakan ...apatah lagi halnya itu memang tidak boleh diceritakan.

Kpd Alif ...thank you brader. Saya sayang kat laman brader osman ini dan saya sgt berterimakasih kpd brader osman & rakan rakan yg lain kerana menerima saya sbg sahabat dan ahli wp saya bukan seperguruan dengan mereka semua yakni anak anak murid Yang Berbahagia Dr Bagindo Muchtar. Namun kitab beliau telah disampaikan Allah kepada saya sejak tahun 1980 lagi dan ajarannya memang menjadi amalan saya. Hendaklah juga kita ingat tidak semua dapat diceritakan dan tidak semua juga perlu diceritakan . Setiap orang itu memilikki rahsianya sendiri. Ya tak brader Alif ?

bks saorang tetamu baru ..menulis

"Mengapa kalian berdiam saja akhir-akhir ini Jono?" tanya Kartolo.
"Apakah ada kata-kata lagi setelah saling mengenali?" Wak pulangkan soalan itu.
"Mengapa 'saling mengenali'? Apa maksud 'saling'? Ada dua kah?" tanya Kartolo.
"Satu saja tapi untuk menzahirkan perlu ada dua. Seperti kata Muhammad: Namaku Ahmad tanpa huruf mim."

"Ahad?"
'Ya. Satu. Esa."
Dirikanlah ia menghadap 'dirimu' sendiri.
"solat?"

Kartolo: Aku terkadang kucar-kacir. Kadangkala aku ujudkan diri ini, ada masanya aku binasakan untuk timbulkan Dia. Kadang2 aku wujud semula. Bagaimana ya? Tuhannn..Bukakanlah pintumu?

Si Gila Penjaga Alif .....merujuk kepada komen fakir...

Tepat sekali..Maha Kaya DIA..JIka semua orang memiliki Rahsia yang serupa maka tidak bermakna Dia Maha Kaya...Jauh didalam jasad diri..Diri terperi menghormati pandangan saudara omar..
**Dengan kasih sayang-Mu Aku masih BERDIRI.Menumpang teduh di ARASH-Mu

Si Penembak Tepat menukar nama Inggerisnya dan menghuraikan tentang RASA.

Mari kita bercerita tentang(RASA) kenapa ia merangkumi atau meliputi keseruluhannya, KENAPA rasa itu (RASHIA ALLAH)

1 )setiap pergerakan kita lakukan mesti kita (RASA)
2 )kita percakap, kita (RASA)
3 )kita melihat, kita ( RASA)
4 )kita mendengar, kita (RASA)
5 )kita bernafas, kita ( RASA)
6 ) air , kita (RASA)
7 ) api, kita (RASA)
8 ) angin, kita (RASA)
9 )tanah, kita (RASA)
10 ) rahmat dan nikmat, kita (RASA)
11 ) manis pahit,kita (RASA)
12 )membaca dan menghafal,kita (RASA)
13 )susah senang, kita (RASA)
14)faham tahu, kita (RASA)
15 )pandai bodoh,kita (RASA)
16)dunia besar, dunia kecil,kita (RASA)
17)jadi tak jadi, kita (RASA)
18)yakin tak yakin,kita (RASA)
19)ada tiada,kita (RASA)
20)WUJUD tak WUJUD, kita (RASA)

Sdra,kalau la kita bercerita pasal (ALLAH)kalau Allah itu (NUR) =CAHAYA=agak2 sdra cahaya itu kita bole (RASA)?Kalau kata CAHAYA itu ade DUA,=TERANG dan GELAP= agak2 Sdra kita bole(RASA) mane =TERANG mane GELAP?soalnye dua2 ini kita(RASA)

Maknye itu la (RASA) itu =RAHIANYA= dlm (RASA ADA RASHIANYA.ia sdra tak kira , sdra belajar ILMU ape,SAYA bole mengatakan,
bila (RASHIAKU,maka AKU ADA DISITU.
selebihnya...Sdra SAMBUNG..kala ade LAGI. terimah kasih.

Salam sdra semua,mcm ni la yg best bercominikasi antara kita semua sdra, berfikiran positive... Si Penembak Tepat,tembak Curi2 je...Ape pon terima kasih sbb ade soalan dan jawapan baru laman blog ini meria...betol ke sdra Osman?pada sdra Omar dan sdra Alif, Si Penembak Tepat tiada niat untuk menghasut atau ape,cuma kita nak semua berikiran positive...

Si Penembak Tepat meruskan ....................

Sdra,klau NYAWA itu adalah ZATNYE meliputi di dlm batang tubuh kita (jasad) , NYAWA itu adalah DIRI. dan DIRI itu adalah RASA.

Sdra, apa saja ILMU yg kita nak belajar,syariat,tarikat,hakikat,ma'arifat, ILmu pengetauhan,ketuhanan. sape menggerakan kita untuk belajar ilmu ini semua?tentu kita katakan ALLAH...tetapi di sebalik ALLAH...tentu kita RASA nak belajar ilmu atau apa pon. dan kita terus RASA bergerak ke tempat yg di tujuh mahu belajar.

1) klau kita sakit, kita (RASA)
2)klau kita nak mati,kita (RASA)
3) klau kita dah mati,kita pon (RASA)
4)soalannye,kenapa kalau kita sudah mati kita(RASA) sbb (RASA )itu adalah DIRI=dan DIRI =itu adalah NYAWA.
5)kalau ALLAH itu NUR... dan NYAWA itu NUR...= Maknya NUR itu CAHAYA...=dan CAHAYA itu RASA...dan kesimpulanye SIAPA KAh(RASA) itu? .......RASA itu RAHSIA ALLAH...saya TIDAK... tahu... Sama2 kita REnungkan...sila betolkan Sdr OSMAN.sdr Omar, Sdr Si Gila Penjaga ALIF...JIKA salah...kudrat dan hidratnye yg mampu menulis ini.Sekian Terimah KASIH. Ini cuma TEORI semata -mata....

Fakir mengucapkan terima kasih.............

Salam ...sekali lagi diulang ..bagaimanakah aku dapat memujimu wahai sahabat alif & sharpshooter sedangkan ALHAMDU itu milikNya dan megemukakan pendapat....

Salam wak bks ...spt kata henggo wudhu berpisah solat bersatu.....tapi dia kan tak kemana pun tetap ujud dalam binasa ..tetap binasa dalam ujud ...kita tanya dia jawab..kita diam dia pun diam..tanya lebih lebih dia marah badan rasa malu lalu menggigil...tanya bila boleh jumpa ..dia jawab ..dah jumpa pun...dia kata ..dua lautan mengalir dan bertemu ..antara keduanya ada batas..kenapa tak musnahkan batas tu biar laut jadi satu...mcm mana nak musnah ....aku ..takda daya ...takda mintak pun katanya !!! Malu lagi....berapa kali malu dah...terus membisu terus langgar dan langgar.......zikir tu tak mantap lagi katanya...hai aku boleh zikir ke ? dah tu siapa yg minta nak jumpa tadi...kau kan dah nak berpisah dari aku...elok satu nak jadi dua ...masih lagi banyak kehendak...malu lagi....langgar dan langgar...mmg aku tak mahu pandai pandai....kesianlah kat aku.

Si Gila Penjaga Alif mengulas pandangan penembak tepat...ttg Nyawa & Zat
Dan menjawab terimakasih sifakir

SAYA mungkin TAK TAHU tetapi AKU akan berkata kebenarannya...

**Makin binggung dan binasa bila menghampiri GERBANG hadrat-Nya

Tepat...Bukan milik kita..dari dia dan kepada DIA semuanya..
**Bila la pulak nak dapat lokasi GPS ke SANA..Moga kami semua di ANUGERAHkan kordinat lebih awal..Amin

Musafir meneruskan muzakarah dengan pendapatnya ttg RASA yg dimulakan oleh sipenembak tepat.....

Maaf, kerana memasuki halaman ini tanpa izin. Saya minat dgn kata2 si penembak tepat, memang tepat sekali bahwasanya Rasa adalah sumber untuk mendekati diri kpd Allah kerna Rasa tidak boleh berbohong dan ialah pusaka dunia yg akan di bawa pulang sesudah berpisah nya diri zahir dgn diri bathin.

Yang merasai adalah Rasa walaupuan sesudah berpisah dgn jasad. Rasa itu yg akan merasa keindahan hidup di satu alam yg lain dan Rasa itu yg akan mrasakan kepahitan, kesengsaraan di alam yg lain. Selain Rasa, ada sesuatu yg bersatu dgn Rasa. Rasa sendiri tidak boleh membawa kemana2 melainkan di iringi dgn diri bathin.

Di sini, kerna Rasa itu adalah satu anugerah dari Allah maka Rasa itu yg banyak melakukan berbagai tugas selagi hayat di kandung badan. jasad itu hanya pakaian luar yg berpakaian bagaimana dgn diri bathin adakah berpakaian. Maka pakaian ini akan di anugerah dari Allah jika tidak bagaiman ia hendak menjadikan ya'ani KUN kata Allah. Jadi yg menjadikan atas kata KUN itu haruslah ada perbuatan nya.

Berniat tanpa perbuatan maka masih belum dikatakan KUN. Sama seperti mahu solat, niat tiada perbuatan, maka tiada perbuatan tiada KUN. Maka dgn firman Allah "Perbuatan kamu yg menentukan kamu. Cuba saudara renungkan baik2 adakah ia logik atau tidak. Jika baik ambil sebagai tauladan jika tidak baik maka ambil sebagai sempadan.

OsmanHadi mengalu-ngalukan kedatangan si-musafir

Salam,

Selamat datang dan salam perkenalan dari saya kepada sdr sdr yang baru di laman ini,..... Insyaallah bertambah meriah lagi halaman ini...................

Musafir mengucapkan terimakasih kepada tuan rumah....

Terima kasih wahai saudara Osman yg budiman kerna telah menizinkan saya melmani web ini. Walaupun saya bukan ahli tapi anggaplah sebagai ihwan. Saya hanya dapat melamani web ini waktu rehat di perjabat. Waktu free, itulah saya terserempak dgn web ini dan dapat sangat menarik.

Maka saya hanya memberi sedikit pandangan untuk meriahkan halaman ini agar ia bertambah seri dan menarik. Mudah2an alih2 tuan dapat menikmat dan merasai bersama hasil semaian yang kelak membuahkan hasil yang lumayan , insya'allah. Tetapi hasil yg lumayan itu jgn pula berebut2 seperti anak kecil, mahu yg ini, mahu yg itu, ini aku, ini engkau .Jika di bahgi ratakan enak, tiada perselisihan antara anak2. Maaf, kata2 seperti seorang ayah kpd anak2 nya.

Cuba renungkan kata2 ini. Adam adalah bapa segala manusia, dan dia adalah manusia pertama. Erti kata Adam adalah yg awal, tiada Adam tiada awal, tiada yang awal tiada agama.

Tentang maksud: awalu din ma'rifatu llah. awalu : ertinya yg awal, yg pertama, yg memulakan, yg terdahulu sekali, yg pertama memajukan, yg asal dan yg usul.
din: suria, cahaya, nur, agama dan yg lain, mungkin saudara lebih mengetahui.
mar'rifatu: (sir) rahsia yang....ghoib, tersembunyi,tak terlihat, yg halus dan sbb.
llah:bersangkutan dgn Allah, jika di susun jadinya ALLAH

Adakah benar atau tidak, logik atau tidak, saudara lah yg menilaikan nya, jika baik maka boleh dijadikan bahan pencarian, jika tak perlu, maka dibiarkan sahaja, di jadikan sempadan.

Sifakir bergurau dengan tuanrumah sebagai budi bahasa....

salam sdra osman ....elok juga duduk - duduk minum teh ...ajak alif sekali ...nak ajak sharp shooter jauh sangat.....desk pun kena di jemput

OsmanHadi tuan rumah menjawab....

Salam.... Setuju sangat............apa kata alif, desk??
Dan kalau ada sesiapa lagi yang sudi kita duduk kena teh .................

Sharp Shooter ....mencelah

Salam sdra Omar... sahabatku atau Abg ku yg Dikasihi ALLAH...Bole panggil Abg sbb Sharp Shooter baru 30thn...klau sdra dapat buka Dr. Bagindo Mochtar tahun 1980...masa tu sharp shooter baru lahir...

Tapi sdra, kalau ade perjumpaan...Minum tEH tarik...memang sharp shooter suka pada teh tarik...set time bila...tempat di mane...Insya-Allah Sharp Shooter Sampai...terima kasih sdra semua.

Salam Sdra Omar, maaf, bukan buka ia la(buku) bapak Bagindo Mochtar...Tapi Sdra semua anak2 Bapak Bagindo Mochtar,Bapak kata...ilmu yg ku bawak...adalah ilmu ALLAH...BUKAN ILMU aku...aku cuma menunjuk ajarin aje jalan untuk kalian...sbb kenapa Bapak Bekata Begitu?sbb Bapak Bukan NABI atau RASUL...takut kita lupa Di agung2kan yg sepatutnye...kita asyik sebut NAMA Bapak Bagindo Mocktar.maka kita jadi syirik atau dapat dosa.itu la maksud Bapak Bagindo Mochtar...Itu Pemahaman saya Pesanan beliau.

Insya- Allah Sdra Omar, klau dah tahu bila tarikh perjumpaan bgtau...Insya-Allah saya sampai...kan KATA-KATA orang pandai2...JAUH TAK BERANTARA, DEKAT TAK TERBATAS...Insya-Allah... sharp shooter,Si penembak Tepat akan sampai..Orang yg SAMA.

Salam sdra Musafir,Menag benar, si RASA berjalan sebagai sorang musafir berjalan pada jalannye sendiri, ia la jalan IHDINAS SIRATAL MUSTAKIM...jalan LURUS lg BENAR jalan berpetunjuk mengandungi nikmat ALLAH... dipakai didunia akan di tumpang di akhirat...si RASA hidup dari yang MAHA HIDUP...itu la di katakan "KUN"maka jadi, bila kata "JADI" bermaksud 'HIDUP" bila kata hidup, maka hidup itu sentiasa menjalankan tugasnye pada kita masing2,

kalau anda tidak percaya bhw hidup itu (JADI) sila sdra tngok badan diri sendiri...dari budak kecil kulit yang halus...lembut...dan budak itu masi kecil...maka dia HIDUP...kata "KUN' jadi....jadi..hidup...hidup...sentiasa berbuat menjalakan tugasnye...dari pada kulit halus tadi...jadi la dia kulit itu berupa bentuk jadi tua..berkedut...dan budak tadi jadi besar la dia nampak tua...
maknye...RASA tadi...bukan rasa sebarang rasa...jika tidak kenal rasa, maka ia akan binasa...aikkk...betul ke mcm tu pantun saya sdra musafir?
sekian terima kasih...

Musafir menjawab ulasan penembak tepat.....

A'ssa mu alaikum warohma tullohi wabarokatuh saudara Si Penembak Tepat (bull's eye) kat orang putih. Cuba renungkan perlahan2 kata2 saya ini sebagaimana saya menceritakan tentang Adam a.s. Awal Adam, awal manusia, awal yg berilmu, awal yg beragama, awal yg di ajari Allah, awal pertama yg mengenal Allah dan awal pertama mengenal nur Mhmd dan awal pertama yg beriman.

Kerana kasih sayangnya Allah terhadap Adam di atas kesalahan nya, (Adam hanya sarat di jadikan Allah di ujudkan dan turunkan ke dunia) maka Allah berfirman "Wahai Adam, Aku turunkan kau ke dunia, maka carilah jalan untuk kembali kepada asal usul mu". fakta nya di Al-quran, surah yg mana sya lupa.
Jadi di sini waktu Adam menjejak kaki ke bumi, ia tidak berpakaian dan tidak tahu apa2. Jadi bagaimana ia hidup, sampai menzahirkan zuriat yg disebut sebagai anak cucu cicit termasuk kita sekalian. Setuju atau tidak? Saudara yg menilaikan nya, baik di ambil, tak baik letak di recyle bin.
Adam adalah sumber yg asal dari anasir nya. Jika di ceritakan tentu panjang lebar. Untuk memendekan nya. Maksud: Awal pertama sumber kejadian dan awal pertama membuat kesalahan kerana termakan buah larangan. Ia adalah di dalam darah daging Adam hingga sampai kpd kita dan sampai ke akhir zaman. Walau bagaimanapun Allah pun berfirman, Walau bagaimanpun kesalahan mu, maka syorga tetap bagi mu". Jelas sekali Allah itu sungguh Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.

Ini hanya permbuka jalan untuk mengenal yang awal, yang tersurat di atas agama pertunjuk (Al-quran, hadiths, kitab2 termashur para wali dan sebagai nya) yang tersirat pada marifat, (sir - rahsia Allah kerana terhijab) dgn izin Allah maka terbuka hijab untuk berma'rifatlah sihamba itu dengan Allah. Maha Suci Allah lagi Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi.


Firman "Ingatlah kpd Ku maka akan Aku ingatkan kpd Mu hingga ke urat sarah Mu". Mengenal Rasa adalah pembuka jalan untuk bermarifat, jadi yang bertasdik maka gunakan lah Rasa kerana Rasa tidak bisa sebersar zarah berbohong. Yang merasa adalah Rasa yg ujud di dalam diri yg akan menjadi penyaksi di akhirat kelak dgn kata :la illa ha illaullah"/

omar abdullah / fakir cuba mengawal muzakarah.......

Salam semua...aha... itulah dia seronok kan muzakarah ini...macam macam ..ada ...yang lama dan yang baru timbul.....yang menyorok dah tak menyorok lagi....yang tahu telah mula memberitahu ...yang dah sampai pun ...dah menyampaikan ...yang belum sampai .tidak lagi terkapai - kapai.

Tapi kenalah kita disiplinkan perbincangan kita ...jika tidak ia akan jadi bercampur aduk dan tak keruan. Nampaknya kita sudah ada tiga orang yang boleh memperkatakan tentang RASA..brader Alif of course, brader penembak tepat & sdra baru join musafir ..... belum masuk yg kini masih senyap sepi.

Sabelum itu nak jawablah komen penembak tepat ttg kita dan Bapak Mukhtar..dia pemimbing kita yg manusiawi ..dan alhamdulilah & insyaAllah kita sentiasa pelihara Tauhid kita of course atas Bimbingan Allah jua.

Tentang RASA ini eloklah mula dari DEFINASI dulu ..apa maksud RASA dari segi Ilmu Hakikat. Bapak Muchtar kata RASA itu ialah satu macam gerak Tenaga Dalam umpama karen / stroom letrik katanya. Quran pun sebut lebihkurang macam tu juga yakni GEMENTAR JIWANYA bila sebut Nama Allah. Bincang juga kenapa bab RASA ini penting. Apa gunanya RASA ini. Hendak buat apa dengan RASA itu ?

Jadi bincang dulu pengertian sebanar RASA itu. Salepas itu kita bincang pula tentang cara cara atau amalan untuk mendapat RASA ini. Apa amalan yang kena buat, puasa ke, bersilat ke, solat tahajud ke , tafakur ke atau apa . Bila dah sampai ketahap methodologi ini kita nak tahu pula apa tanda tanda nya kita dah dapat RASA itu..ni macam checkpointl lah ni.

OK saya ini jadi moderator sukarela je ..tanpa siapa siapa suruh atau undang. Tujuannya supaya perbincangan kita teratur. Jadi kalau ada sesiapa yang nak ambil nota pelajaran dari forum ni kan dah sedia tersusun ya tak ? Saya mmg copy and paste semua perbincangan kita ni nak diwariskan kepada para penerima waris. Thank you brothers and thank you Pak Osman Hadi.

Salam saya sebut pasal minum teh tu spt INTERLUDE shj dan nak tengok brader Osman ada kat hujung talian tak ..Rupa-rupanya brader Osman sentiasa ada di talian ....Alhamdulillah ..nanti dia dok senyap je ..kita risaulah...maklumlah tuan rumah ..tak menjengok muka ...tetamu...rasa bebas saja macam rumah sendiri ...Tentang minum teh tu bila dah dapat pekenan semua ..maka kita minum teh sama-sama lah. ha ha brader osman tentu senyum tu. gurau brader ....ikan ikan itu apa macam dah banyak dan dah besar ke ?

Musafir memberi definasi tentang RASA.....

Maaf, jika menganggu di waktu begin, kebetulan online ada buat kerja rumah untuk persiapan kerja esok. Apa khabar Pak Omar. Beginilah, tentang ilmu rasa itu saya dapat merenung jauh tentang bapak baginda Mukhtar walaupun tidak pernah bersua wajah, sebagai hamba Allah hanya dapat mendoakan kesehjataraan beliau dan semua umat nabi Muhammad mudah2an selamat sejahtera di sisi Allah.

Alangkah baik jika beliau ada bersamping agar bukan sahaja membimbing ilmu agama tetapi dapat mengajar secara pratikal tentang ilmu belia. Pandangan saya ilmu dari Allah semua nya baik melainkan selain dari ilmu Allah. Salah nya kita banyak dalam berbagai hal contoh, salah menggunakan akal, fikiran. Fungsi akal adalah untuk mencari dan fungsi fikiran untuk memikirkan jawapan nya ia atau tidak. jadi jika menggunakan RASA, maka dah di katakan RASA tidak berbohong.

Benar sekali kata baginda Mukhtar RASA adalah seperti setrum , seperti pengaliran listrik di dalam diri, melalui urat saraf sebagaimana telah saya sebut tentang ingatan zikir pada Allah hinggakan Allah tambahkan ingatan nya hingga ke urat saraf kita. Bila kita dapat merasakan rasa melalui zikir, maka ini adalah tapak permulaan kita sudah dekat dengan Allah.

Justru itu, adalah lebih baik jika ada seorang guru mursyid yg membimbing kita cara nya, ya'ani di sini ada niat, ada perbuatan, maka jadilah (Kun) ia perbuatan itu. Saya hanya membuka jalan sebagaiman Baginda Mukhtar membuka jalan. Bapak baginda Mukhtar waktu tiba di Singapore adalah hampir sama masanya dgn masa almarhum guru saya, asalnya dari Banten, berhijrah ke Tg Pinang dan bertapak di Singapore pada awal 70an hingga belia kemabali ke rahmatullah pada 1988 bermakam di Makam Pahlawan di Jawa Barat, Bandung.

Anggapan saya sebagimana Bapak baginda Mukhtar dan almarhum guru saya dan lain para pemimpin Allah adalah tujuan yg sama iaitu meneggakan Agama Allah sebagaimana dgn firman "Pada suatu masa kelak, kau akan Ku pilih untuk menegakkan kebenaran Agama Ku".

Si Gila Penjaga Alif menjawab ttg jemputan tuanrumah minum teh bersama...

Kalau ikutkan SAYA no hal..tempat tarikh waktu sampai...tapi AKU ni susah laa..duduk dalam WAD..AKU jaga ALIF tu takut kena curi/rampas/hilang/lenyap..tu je masalahnya..tapi kalau SEBELUM ALIF tu dah di DIARIkan dari L** M**F**Z untuk bertemu insyaallah sampai..

Err..sudi ke abg.man,sdra omar dan saudara2 yang ingin gathering bertemu dengan orang gila ni..pakaian compang camping,baju terbalik,luar kedalam dalam ke luar??!

**Ish GPS rosak lagi nie...

omar abdullah / fakir memohon penjelasan lanjutan dari musafir dan yang lain lain ...

Salam & terimakasih sdra musafir. Tolong betulkan saya jika silap Dari segi definasinya / makna kalimah RASA itu ialah satu jenis RASA didalam yang digerakkan oleh tenaga dalaman saumpama karen letrik terlahir oleh kegiatan berzikir. Ini bermakna fahaman tuan adalah sama dengan apa yg dijelaskan oleh Dr Bagindo Muchtar. Selain berzikir adakah cara cara lain atau ibadah lain yang boleh menimbulkan rasa itu ?.

Umpamanya definasi Allah tentang orang beriman yakni apabila disebut sahaja Nama Allah maka gementarlah jiwanya. Jika berlandaskan ayat tadi sebut sekali shj maka GEMENTAR-lah jiwa kita. Adakah yang dikatakan GEMENTAR itu sama dengan pengertian RASA tadi dan adakah yang dikatakan JIWA itu maksudnya tenaga dalaman tadi yakni nyawa atau ruh kita ?

Seterusnya ingin ditanyakan adakah RASA stroom itu boleh berkekalan dalam waktu yang lama atau hanya dirasakan sekejap sahaja atau akan terus dirasakan sepanjang kita berzikir. Jika mengikut kitab Dr Bagindo Muchtar , ianya boleh diikutkan dan diperkuatkan sehingga terasa dihujung kesepuluh jari.

Dari segi pengalaman saya ianya suka sangat membentuk kearah gerakan tangan yang keras saperti bersilat. Ini telah ditegur oleh sdra osman..katanya amankan atau lembutkan ..tidak boleh menjadi gerakan yang kasar.....jika boleh diamankan maka ianya masih dalam kawalan otak bukan tenaga dalaman itu ?

Adakah benar begitu atau bagaimana. Barangkali brader osman boleh memberikan penjelasan utk sama sama menjadi panduan kita.

Barangkali telah ramai juga diluar sana itu " telah dibukakan" atau terbuka sendiri atau sedang berusaha untuk membuka. ..dan sedang terus beralatih atau beramal yang memerlukan panduan guru murshid yang telah letih dicari tetapi tak jumpa jumpa.

Apapun kita sekarang telah faham tentang makna RASA tadi atau ttg definasinya spt yg dijelaskan oleh sdra musafir. Barangkali sipenembak tepat akan memberi pemahaman dia pula . Mana dia si-penembak kita ini ..belum lagi muncul. Anyway tahnk you very much brader musafir.

Sehingga ...17/6/2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA



Sambungan ENTRI SATU.......................

DARI MANA DATANGNYA ILMU HAKIKAT INI ?

Orang orang ARIFBILLAH sejak zaman berzaman telahpun memohon Petunjuk & Bimbingan Allah. Para sahabat sudah tentu telah diajar oleh Nabi SAW mengenai perkara perkara yang khusus ini. Ianya RAHSIA YANG HALUS . Maka yang mengetahuinya tidaklah ramai kerana ianya ILMU KHUSUS. Jika semua orang tahu maka hilanglah kekhususannya.

Dan yang Maha Memberi Petunjuk ialah Allah. ILMU MENGENAL DIRI yang sampai kepada kita ini ialah dari Allah kepada Rasul , dari Rasul kepada Sahabat dan para sahabat menyampaikanya kepada Arifbillah dan turun temurunlah ilmu itu hingga sampai kepada kita dengan Pemeliharaan Allah jua.

Oleh kerana bidangnya ILMU GHAIB , maka otak kita yang terhad kemampuannya , adakalanya tidak mampu mencapainya, sedangkan otak biasanya berfungsi berlandaskan LOGIK. Oleh itu dalam perkara ini peranan otak adalah terhad dan terbatas.

Wajiblah kita yakin dan percaya sekiranya otak menolah sedangkan ada NAS yang menyokongnya. Itulah yang dikatakan IMAN sebab RUKUN IMAN 6 PERKARA itu ialah percaya kepada perkara perkara yang ghaib belaka.

ANTARA ULAMAK UTAMA ILMU HAKIKAT


Antara insan insan yang mendapat PETUNJUK ALLAH didalam hal ini ialah nama nama yang saudara barangkali sudah biasa dengar saperti Qutubul Aulia Syeikh Abd Qadir jailani, Imam Al-Ghazali, Ibnu Arabi, Hamzah Fansuri, Abdus Samad Palimbani, Syeikh Daud Patani, Tok Kenali dan ramai lagi.

Merekalah guru kita yang zahir. Semestinyalah GURU HAKIKI kita ialah Allah. Dalam mencari Ilmu apatah lagi Ilmu Ketuhanan , maka elok sangatlah kita selalu bertanya kepada GURU HAKIKI kita yakni Allah SWT.

Itualah yang sebenarnya berlaku ketika jari jari fakir digerakkan untuk menaip rencana ini tanpa ....fakir hanya menaip saperti yang digerakkan olehNya.

KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT
TAJALLI / PENAMPILAN ALLAH


IBNU ARABI mahupun HAMZAH FANSURI dan juga SYEIKH ABD QADIR JAILANI berpendapat bahawa manusia yang dirujuk sebagai INSAN itu ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH YANG AMAT SEMPURNA

ISTILAH yang mereka gunakan bagi menjelaskan penampilan itu ialah TAJALLI.
Yang demikian Tajalli ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH.

Sabenarnya menurut mereka, yang disebut sebagai ALAM SEMESTA ini, tidak lain dan tidak bukan melainkan semuanya adalah bentuk bentuk Pentajallian Allah belaka bermula dari yang maha kecil hinngalah kepada yang maha besar.

Namun begitu menurut kenyataan Allah didalam Al-Quran, PENTAJALLIAN ALLAH pada MANUSIA –lah yang sengaja lebih disempurnakan oleh Allah. Maksudnya ialah MANUSIA-lah BENTUK PENTAJALLIAN ALLAH YANG AMAT SEMPURNA LAGI KUKUH.

MERTABAT TUJUH


Bermula dari konsep Tajalli ini, mereka seterusnya menghuraikan PROSES PENTAJALLIAN itu melalui TUJUH MERTABAT atau manusia itu dijadikan/ diciptakan Allah sebagai bentuk Pentajalliannya yang kukuh lagi sempurna itu melalui 7 Alam Pentajallian.

Ini dikatakan sebagai TUJUH ALAM KEDATANGAN. Kembali pun melalui tujuh alam juga. Seaparuh ulamak menyebutnya sebagai 7 Alam Nafsu.

PELBAGAI ISTILAH GIGUNAKAN
Jangan Keliru Dengan Istilah Istilah Yang Banyak Itu.


Sudah tentulah banyak istilah dan nama nama digunakan dalam penjelasan mereka yang terperinci. Janganlah risau mengenainya. Yakinlah bahawa pokok pangkalnya adalah sama jua yaitu MANUSIA itu ialah PENAMPILAN WUJUD ALLAH didunia dan di Alam Maya ini, dalam BENTUK YANG AMAT SEMPURNA dan KUKUH.

Atau manusia itu adalah PENAMPAKAN ALLAH mengikut fahaman LIHAT SATU PADA YANG BANYAK dan LIHAT YANG BANYAK PADA YANG SATU.

Yang Satu itulah banyak dan Yang Banyak itulah satu.

Bersambung.......................

Jumaat, 18 Jun 2010

MARI BERZIKIR................



Assalamualaikum wr wb

Saudara saudara pembaca yang di-Rahmati Allah.

Ikutilah rencana yang dipetik dari dzikirullah . com tulisan bapak Tomo berkaitan ZIKIRULLAH.

kita semua telah menjadi saksi dari sejarah dan ayat-ayat Allah yang terhampar di bumi ini, ketika kita sedang menyaksikan kejadian di belahan bumi ini maka berdzikirlah kepada Allah, jika kita menjadi saksi kejadian di belahan bumi ini maka berdzikirlah kepada Allah, jika kita tidak berdzikir kepada Allah maka jadilah kita seperti bani israel , jika kita tidak berdzikir kepada Allah, maka jadilah kita kaum yang di laknat Allah.

Kita semua diturunkan kebumi hanya untuk menyembah dan berdzikir kepada Allah, biarlah Allah yang akan mengerakan badan kita, pikiran kita, hati kita, kesadaran kita, ibadah kita, kita tidak usah neko-neko ini dan itu.

sudah cukup jelas Allah memerintah kan kpd kita sebg hamba Allah, yang harus tunduk dan patuh ikut maunya Allah, ikut kehendak Allah, sudah ada contoh hamba Allah yang demikian itu yaitu Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, ya kalau kita mau ikuti jejak Beliau-Beliau, ya ikuti saja secara lahir maupun batin, tidak perlu banyak ini dan itu lagi.

memang kadang kita itu mengumbar hawa nafsu kita, membiarkan pikiran kita, mengabaikan hati kita, yang kahirnya kita sulit untuk menarik kembali keinginan, pikiran yang sudah liar itu, jikalau kita tidak menemukan jalan untuk mengembalikan kehendak, pikiran liar itu, kepada yang maha berkehendak ya sudah tamat riwayat kita menjadi gerombolan bani israel itu.

jika kita mampunya berdo'a kepada Allah ya kita lakukan itu, sesuai yang diberikan Allah kepada kita masing-masing suruh apa kita di dunia ini, kita sudah sering diberi petua oleh guru-guru kita tentang bagaimana mengabdi kepada Allah dan mengikuti Rasulullah SAW, bagaimana caranya kita menangkap ilham dan pengajaran dari Allah dalam setiap keadaan, kita juga sering di arahkan bagaimana melihat hikmah di balik kejadian mata dan pendengaran kita dst

yah ini semoga kita semua tidak lepas dari berdzikir kepada Allah Insya Allah dapat diturunkan rahmat dan hidayah Islam Iman dan Ihsan serta kesalamatan dunia dan akhirat, amiin insya Allah juga dengan kekuatan Do'a dan munajat kita kepada Allah dapat mengembalikan keadaan dunia ini mendapat safaat dan cahaya Nur Muhammad, menjadi tentran damai dan sejahtera amin

hanya Allah yang memiliki alam semesta dan isinya , kita sebagai hamba, mau atau tidak mau, terpaksa atau tidak terpaksa harus ridho, iklas dan sabar mengikuti dan tunduk padaNya

Ya Allah tuntun hambamu untuk berdzikir, tuntun hambamu untuk bersyukur, tuntun hambamu untuk memhon ampun, tuntun hambamu kejalan-jalan siratal mustaqim , salam hamba Mu untuk Rasulullah SAW berserta kel. sahabat2 nya dan seluruh pengikutnya yang setia amin

Khamis, 17 Jun 2010

MENDIDIK ANAK DI-ZAMAN ICT....alamak sakit kepalaku..



Salam saudara pembaca yang di-Rahmati Allah.

Pada entri kali ini, fakir ingin mengemukakan satu rencana Bapak Imam Sarjono..yang fakir petik dari Dzikirullah.com untuk bacaan saudara sekalian.

Ini adalah kerana , dizaman ICT ini, dimana anak anak sangat terdedah kepada pengaruh luar yang pro & kontra dalam membentuk keperibadian mereka, kita sebagai ibu bapa memang sakit kepala.

Kalau kita tidak pandai mengimbangi , maka bertambah rumitlah kehidupan kita jadinya.
Jika kita lihat diluar itu, membaca lapuran media mengenai akhlak anak anak remaja, kita tergugat juga , jika kita memilkki anak anak yang sedang dalam peringkat umur yang belum matang...

Silalah renungkan apa yang diutarakan oleh bapak ini, yang kini menetap di Perth, Australia.

..................................................................................

MENDIDIK ANAK ANAK ZAMAN MODEN.

Oleh: IMAM SARJONO
Perth, Australia. Artikel dari Dzikirullah.com


Assalamualaikum ww.wb.


Semoga keselamatan, kesejahteraan melimpah kepada kita semua. Semoga rahmat dan hidayah Allah tercurah kepada Bapak sekeluarga. Kita semua selalu dalam nikmat iman dalam petunjuk dan jalan yang diridhoiNya.

Tergelitik hati saya untuk sekedar menuliskan pandangan, sebagian berupa pandangan saya dulu dan sebagian besar berupa hasil pencerahan yang saya alami dan lakukan belakangan ini setelah mendalami makna sholat dan bisa mengenti hakekat sholat sehingga mampu melakukan sholat khusuk dan menerapkan makna sholat dalam kehidupan sehari-hari termasuk menerapkan makna sholat dalam pendidikan anak.

Pencerahan ini baru saya alami sekitar sekiat hampir satu setengah bulan dan menginjak ke dua bulan, sehingga tentu saja hasil dari apa yang saya lakukan pada anak-anak belum langsung terlihat namun sudah mulai terasa, dalam jangka panjang Insya Allah akan memberi kesadaran pada mereka semua. Amin.

Memang berat menjadi orang tua, apalagi ketika mereka menjelang remaja, anak-anak saya saat ini pada masa kritis, umur 16 thn (perempuan), 13 tahun (perempuan) dan terkecil 9 tahun (laki-laki).

Mereka sudah mengerti benar apa isi berita, apa alasan di balik itu. mereka semua mendapatkan banyak sekali informasi dari mana saja, sekolah, koran, radio, teman, internet dan lain sebagainya. Pembelajaran kepada mereka, tentu saja penuh dengan penentangan, terutama terhadap pendapat dan pendirian orang tua yang selalu mereka anggap ketinggalan jaman, tidak tahu kondisi dan kemajuan serta berita terkini.

Pada pembelajaran:

Prinsip utama yang harus kita sadari:
1. Anak-anak kita bukanlah kita, mereka adalah individu tunggal, mereka hanyalah titipan Allah kepada kita, maka perlu kaidah belajar mengajar yang benar untuk diterapkan kepada masing-masing anak, kenali pribadi masing-masing dan terapkan kaidah mengajar kepada masing-masing anak.

Kita juga harus belajar kepada mereka, mengenal dunia mereka saat ini, tahu kesulitan, tahu apa yang mereka inginkan, tahu apa yang mereka bicarakan. Proses menerima informasi dari anak-anak sangat penting, lalu kita persepsikan dengan pengalaman yang ada pada diri kita dan kita cari pendekatan menurut persepsi mereka, tentu saja masing-masing anak akan berbeda, misalnya untuk anak yang sangat mengidolakan sesuatu, pendekatan akan berbeda kepada anak yang tidak suka atau hanya sekedarnya saja.

Sebagai contoh untuk kasus ini, maka kita harus menerima informasi lebih dahulu tentang pendapat mereka, "Nak menurut pendapatmu atau menurut apa yang kau ketahui, kira-kira apa yang mereka lakukan, baik atau burukkah, bagaimana akibatnya, dsb, dsb".

Kita harus menggali informasi sebanyak mungkin dari persepsi anak-anak kita. Inilah kunci utamanya mereka bukan kita, mereka sudah punya persepsi, maka ketika kita mencoba memberi suatu persepsi yang baru kepada mereka, kita harus menggunakan bahasa yang mereka pahami yaitu dalam kontek persepsi mereka.

Ketika kita memaksakan kehendak yaitu memaksakan persepsi kita kepada mereka, yang terjadi adalah penolakan. Pendekatan persepsi ini harus dilakukan berulang-ulang sampai persepsi mereka menyerah dan tunduk dengan kesadaran sendiri mengakui bahwa ada suatu hal lain atau persepsi kita yang benar. Dengan suka rela mereka akan mau menderima pendapat (persepsi) kita tentang hal itu.

Intinya kita haruis melakukan pengamatan yang benar kepada anak-anak kita, obyektif tanpa persepsi bahwa nak kita itu pandai, baik, nakal atau apapun, amati saja, dengarkan mereka, awasi mereka, lihat tingkah lakunya, mengerti apa isi pembicaraan mereka, hilangkan dahulu persepsi kita tentang mereka.

Jadilah pengamat sejati yang mengamati anak-anak kita, sehingga kita akan sampai dan mengerti siapa mereka, apa persepsi mereka dan lain sebagianya. Ini modal awal kita dalam diskusi dengan mereka. Pembelajaran adalah diskusi, timbal balik informasi, sehingga mencapai suatu kebenaran (persepsi) yang disetujui bersama.

2. Kita yang ingin memberikan suatu persepsi haruslah mempunyai persepsi yang benar, coba arahkan persepsi kesadaran akal kita kepada Allah, yaitu coba kita dapatkan sebanyak mungkin informasi tentang masalah tersebut secara obyektif yaitu dari pengamatan kita bukan dari persepsi baik buruknya atau dari memori kita.

Benar-benar membaca kejadian dan mengamati kejadian itu sebagaimana halnya kita mengamati kejadian alam biasa. Maka akal kita akan sampai pada suatu kesimpulan dan pada suatu persepsi. Lalu kita hadapkan persepsi itu kepada Allah.

Ya Allah inilah persepsi saya tentang kejadian itu. Tunjukkanlah persepsi yang benar. Berilah aku keterangan. Mohon dengan sungguh-sungguh maka akan ada hawa halus yang mengalir membawa suatu keyakinan, bahwa itulah yang harus dikerjakan atau diajarkan kepada anak-anak kita atau masing-masing anak kita.

3. Kembali ke point pertama lagi yaitu kaidah mengajar atau meberikan petunjuk. Sesungguhnya petunjuk itu datangnya dari Allah, kita tidak akan mampu memberikan petunjuk kepada seseorang walaupun kepada anak kita sekalipun.

Kita punya bargain kepada Allah yaitu dengan doa, memohon kepada Allah agar diberi petunjuk dan jalan yang benar. Kemudian mulai memberi tahu, mengajar, memberi contoh, memberi suri taulan, contoh nyata yang kita berikan langsung merupakan pedoman/manual/petunjuk praktis bagi mereka.

Anak-anak kita akan selalu membandingkan apa yang terjadi di rumah dengan yang terjadi di luar rumah. Mereka bisa mengamati apa akibatnya kalau begini, apa akibatnya kalau begitu. Rumah yang indah, rumah yang nyaman, rumah yang bahagia, rumah yang damai, rumah yang penuh ketenangan. Home sweet home. Adalah merupakan reference bagi anak-anak.

Maka sekali lagi kita hadapkan keyakinan kita, kita hadapkan harapkan kita kepada Allah. Ya Allah, aku serahkan petunjuk untuk anak-anakku, aku telah mengusahakan sekuat kemampuanku, baik dengan kata, perbuatan bahkan dalam pikiran. Maka berikanlah petunjuk kepada mereka.

Seluruh proses ini kelihatannya panjang kalau ditulis, namun hanya perlu sekian menit kalau dilakukan, apalagi kalau kita sudah terbiasa melakukan, maka kalau ada kasus-kasus baru kita hanya perlu menambah pengamatan sedikit, karena persepsi yang lebih benar tentang anak-anak kita sudah ada dalam memori. Tentu saja persepsi tentang anak-anak kita harus diuji ulang, direvis dalam waktu-waktu tertentu.

Tulisan ini sebagai bahan pembanding bagi rekan-rekan lain yang mempunyai anak-anak remaja, apalagi saya hidup di tempat atau negeri dimana kebebasan adalah jalan hidup mereka. Kebebasan seks, tinggal serumah tanpa nikah, ganti-ganti pasangan. Kebebasan berpendapat. Dan lain-lainnya.

Selamat mencoba, semoga Allah memberikan kemudahan bagi kita semua.


Imam Sarjono Perth

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah



Nota Si-Fakir


Fakir memberhentikan penyalinan Manuskrip ASRARAL MAKRIFAH kerana bahasa yang digunakan dan cara penyampaian membuatkan manuskrip itu susah untuk kita fahami dan akhirnya menjadikan penyalinannya satu usaha yang kurang bermunafaat.

Sebagai gantinya , fakir akan sampaikan rencana rencana yang fakir ambil dari Manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat Yang Di-Wariskan hasil nukilan fakir sendiri. Pada awalnya usaha penulisan buku ini dilakukan untuk diwariskan kepada anak cucu fakir sendiri kerana bagi fakir menuntut Ilmu Hakikat ini merupakan perkara yang agak sukar juga kerana kekurangan guru yang benar benar memahaminya. Fakir sendiri mengambil masa lebih 17 tahun untuk mendapat pemahaman yang sewajarnya.

Cuba saudara pembaca baca rencana yang fakir ambil dari manuskrip Asraral Makrifah. Adakah ianya mudah difahami ? Itulah contoh contoh kitab yang terpaksa kami bincang dan pelajari dari pembimbing kami ketika mula mula menuntut ilmu ini dahulu.

Barangkali itulah sebab utama yang mendorong fakir untuk merakamkan apa apa Ilmu Hakikat yang dipelajari dalam bahasa Melayu sekarang ini dengan cara penyampaian yang mudah difahami juga.

Buku Pengantar Ilmu Hakikat Yang Di-wariskan ini merupakan BUKU SEFER yang agak baik juga untuk mendapatkan asas asas Ilmu Hakikat.

Ada beberapa rencana didalam buku asal ini telahpun fakir poskan dilaman blog ini .

Sekian, selamat membaca.

Fakirabdillah
Gemas, NSDK
Malaysia.

BAB SATU

USULUDDIN / AWALUDDIN


Saudaraku,

Apabila kamu telah mengucap Dua kalimah Syahadah, maka mengakulah kamu akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad. Sewajarnyalah kamu percaya, akur, patuh dan setia kepada Allah dan Muhammad, kepada Firman-FirmanNya, dan kepada Sabda Sabda baginda Rasul. Firman Firman ialah Ayat Ayat Al-Quran manakala sabda sabda disebut sebagai Hadith . Kedua-duanya kemudian dirujuk sebagai DALIL NAQLI.

USUL ialah perkataan Arab. Perkataan Melayunya pun usul juga ataupun asal. Jadi Usul atau Ilmu Usul ialah ilmu yang mengkaji asal usul sesuatu perkara itu termasuk apakah ianya atau apakah hakikatnya sesuatu benda atau perkara itu.
ADDIN juga aalah perkataan Arab. Perkataan Melayunya ialah agama. Jadi yang nya dikatakan USULUDDIN itu dari segi bahasanya ialah mengkaji asal usul agama.

Dari segi isi kandungannya ialah mengkaji perkara perkara yang menjadi INTIPATI agama itu dan yang kita bicarakan ialah agama kita , Agama Islam. Inpati agama ialah Tuhan & Makhluk khasnya manusia yaitu kepercayaan dan hubungan manusia itu dengan Tuhannya. Ini dinamakan IMAN & TAUHID

MENGENAL ALLAH MAKSUDNYA MENGENAL DIRI


Sabda Baginda Rasul :-

Awaluddin Makrifatullah
Awal awal agama ialah Mengenal Allah.

Firman Allah :-

Al insanu sirri wa ana sirruhu
Sesungguhnya insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya.

Sabda Baginda Rasul seterusnya :-

Man arafa nafsahu fa qad arafa rabba-hu dan seterusnya..................
Sesungguhnya siapa yang mengenal Dirinya sunnguh ia telah mengenal Tuhannya. Dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya dan Nyatalah Tuhannya.

Apakah yang dikatakan DIRI itu ? Dan apakah kaitan Diri itu dengan Tuhan ?

Ketahuilah saudaraku bahawa banyak lagi Firman Allah melalui Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Qudsi dan juga Hadith yang membawa kepada faham dalam perkara perkara yang cangan menjadi pokok utama perbincangan kita. Antaranya ialah :-

Allah lebih hampir kepada manusia itu daripada urat leher manusia itu
Malah aku beserta kamu ...tidakkah kamu nampak ?
Kemana sahaja kamu hadapkan wajah kamu disitu ada wajah Allah
Allah itu meliputi sekalian manusia
Apabila telah sempurna kejadian Adam...maka Aku tiupkan ruhKu

YANG HIDUP & MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH RUH


Saudaraku,

Apabila kamu membaca risalah ini dengan kuat ( bersuara ) ,geraklaku kamu adalah lebihkurang begini :-

Mata kamu melihat tulisan, otakmu mengenal huruf huruf dan menterjemahkannya kepada faham serta mengarahkan lidahmu bergerak mengikut tone tertentu bersama gerak halkommu dan terkeluarlah bunyi hingga terdengar oleh telingamu.

Perkara diatas boleh berlaku , kerana kamu masih hidup. Mata orang mati walaupun masih ada dan tidak cacat sudah tidak boleh melihat lagi. Otak mayat tidak lagi boleh menterjemah kepada faham kerana tiada apa apa isyarat atau gelombang yang dihantar oleh mata. Lidah dan halkom sudah tidak boleh bergerak lagi. Malah tiada satu anngota orang mati yang boleh berfungsi kerana semuanya sudah MATI.

Kenyataan mati diertikan sebagai sudah TIDAK BERNYAWA lagi atau NYAWA SUDAH MENINGGALKAN JASAD. Sebab itulah orang mati disebut sudah meninggal.

Maka nyatalah kepada kita bahawa NYAWA-lah yang HIDUP bukannya JASAD atau TUBUH BADAN kita. Mata Nyawa-lah yang melihat bukan mata kepala. Otak nyawalah yang berfikir bukan otak badan ..dan sebagainya.

Adalah juga jelas bahawa anggota anggota kita yang dihidupkan itu hanya alat alat milik Nyawa. Maka kita katakanlah bahawa YANG MENGHIDUPKAN JASAD atau TUBUH ialah NYAWA.

NYAWA ITU IALAH “ RUHKU “ ALLAH


Allah merujuk Nyawa itu dengan perkataan RUHKU. Maksudnya menurut Allah Ruh itu ialah Ruh Allah.

Didalam Al-Quran tiada pula Allah merujuk kepada Ruh itu sebagai Ruh Yang Aku Cipta atau Ruh Milikku. Yang ada Cuma RUHKU. Hanya penterjemah yang menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Melayu menulis didalam kurungan dengan penjelasan bahawa Ruh itu ialah Ruh yang dicipta oleh Allah.

Apa pun Ruh itu, maka nyatalah kepada kita bahawa Ruh itu adalah Ruh Allah dan bukannya Ruh kita sebagai manusia. Maka dikatakanlah bahawa Ruh itu bersifat Rabbaniyah atau bersifat Ketuhanan. Ruh ini berada didalam jasad kita secara khusus.

Maka tidakkah kamu faham akan Firman Allah bahawa Ianya ( Allah ) beserta kamu dimana sahaja kamu berada ..dan saperti FirmanNya yang lain yang bermaksud ...bahkan didalam diri kamu, apakah tidak kamu fikirkan ?

Nyata juga kepada kita bahawa kita ini sebagai manusia terdiri daripada dua perkara yaitu JASAD / TUBUH / BADAN / JASMANI yang berasal dari setitik MANI bapa kita dan sebutir TELUR ibu kita dan yang satu lagi dikenali sebagai NYAWA / RUH / RUHKU ALLAH / NAFS / HATI / QALBU / NUR MUHAMMAD / RUHANI ( dan lain lain nama yang banyak itu ) yang berasal dari Allah .

Ketahuilah juga mani bapa & sebutir telur pun berasal dari Allah juga disimpan didalam jasad ibu & bapa kita . Satu dinamakan ADAM & yang satu lagi dinamakan Muhammad.

Maka ditanya orang , dimanakah Allah ? Dijawab guru ...itulah Rahsianya manusia.

Maka bersabda pula Nabi kita :

Itulah Amanah Allah kepadamu. Maka pulangkanlah amanah itu kepada Pemiliknya yang sebenar yaitu Zat Wajibul Wujud yang Ghaibul Ghyub yang kepadamu menamankan DiriNya sebagai Allah.

DATANG & KEMBALI SE – JASAD & SE-RUH


Nyatalah kepada kita jika kita terus mahu hidup kita tidaklah boleh memisahkan Jasad dengan Ruh / Nyawa. Maka bolehkah dipisahkan Muhammad dengan Allah ?

Sebaliknya jika hendak dipisahkan juga, maka akan hilanglah HIDUP MANUSIA itu atau matilah. Ruhnya telah hilang kerana KEMBALI ketempat asalnya yaitu kepada Yang Empunya Hak. Jasadnya ditanam juga kembali keasalnya yaitu tanah.

Firman Allah :-

Dari Allah engkau datang kepadaNya-lah engkau kembali.

Jika kita yakin Ruh kembali kepada Allah dan Jasad kembali kepada tanah...tidakkah kita terfikir bahawa kenyataan yang biasa kita lihat itu bertentangan dengan kenyataan Allah saperti disebut ayat diatas ?

Salahkah keyakinan kita ...atau ada lagi yang belum kita ketahui ?

Kita datang kedunia atau keluar dari perut ibu kita secara hidup. Maksudnya kita lahir sejasad dan senyawa dalam keadaan bersatu jasad dan nyawa menjadi kita saorang bayi.

Maka pada akal kita sahlah kita datang dari Allah melalui ibu bapa kita dengan SE dan BERSEPADU . Kenapa pula bila kita mati atau kembali, hanya Ruh yang kembali kepada Allah. Tubuh pula tidak kembali kepada Allah tetapi dikembalikan kepada bumi. Bumi atau tanah kubur bukan Allah tetapi makhluk Allah .

KITA PERLU CARI ILMUNYA ...


Maka perlulah kita mencari jalan agar kita kembali sapertimana kembali yang dikehendakki Allah didalam FirmanNya diatas. Kembali SE yaitu kembali dengan Jasad dan Ruh – kedua-duanya kembali kepada Allah SWT.

Benarkah kemahuan kita itu ?

Jikalau benar, bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan agar kita kembali SE-jasad dan SE-ruh ?

MENCARI ILMU DATANG & KEMBALI ......


Allah berfirman yang terdahulu telah disebutkan didalam rencana ini bahawa kita diperlukan memulangkan Amanah kepada Yang Empunya Amanah yaitu Allah.

Pemulangan Amanah inilah JALAN KEMBALI YANG BENAR yaitu kembali SEJASAD dan SENYAWA.

Mencari Jalan Kembali / Pulang berpunca dari Jalan Datang.

Jalan Datang hanya boleh kita ketahui jika kita ketahui akan asal usul kita yakni asal dan maksud kedatanga kita , cara cara kita datang dan kemana kita salepas ini.

Inilah yang dikatakan sebagai JALAN atau ILMU MENGENAL DIRI atau ILMU USUL dan disebut juga sebagai ILMU MENGENAL ALLAH yakni mengenal asal kita. Asal kita dari Allah atau lebih dari itu. Inilah yang kita perlu pelajari.

Semua manusia malah bintang sekalipun berasal dari mani setitik. Hanya tiga manusia sahaja yang tidak berasal dari setitik mani yaitu Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa .as

Dari manakah datangnya mani itu ?

Jika kita katakan dari lelaki, kanak kanak lelaki belum ada mani selagi belum baligh. Jelaslah bahawa mani itu didatangkan oleh Allah kemudiannya kepada lelaki.

Apakah sebenarnya mani itu ? bagaimanakah mani setitik bagaikan nokhtah boleh menjadi kita insan yang kompleks ini dalam masa 9 bulan sahaja ?

Tentulah Allah Yang Maha Mengetahui. Macam mana cerdiknya pun manusia itu masih lagi tidak akan tahu bagaimanakah setitik mani boleh menjadi manusia tertentu , umpamanya jika suami isteri itu melayu, anaknya pun menjadi melayu. Saintis hanya dapat bercerita tentang dna & genes tetapi belum dapat mengetahui secara terperinci akan prosesnya.

Hanya segelintir manusia sahaja yang diberi pengetahuan oleh Allah tentang proses kejadian manusia ini.

Bersambung.......................